Rumah Berinspirasi Pinterest & Hotel Yang Dikunjungi

Share

Pertama sekali IMPIANA ingin ucapakan ribuan terima kasih kepada pemilik rumah jenis kondominium yang jauh dari Pulau Pinang ini, yang lebih selesa dengan nama panggilan Neddya Illyasak. Berkongsi kediaman indah beliau untuk inspirasi kepada semua diluar sana. Kata Neddy rumah ini banyak mendapat inspirasi dan idea dari laman Pinterest dan juga hotel yang pernah mereka kunjungi. Kondominium dengan keluasan 2400 kaki persegi ini, cukup luas dan besar.

Ruang paling menarik perhatian kondo ini adalah ruang pakir yang cukup luas dan boleh meletak kereta di hadapan rumah, sekali pandang dah macam rumah teres. Jika anda semua ingin tahu rumah yang berkonsepkan moden ini mengenakan cat pilihanya iaitu JOTUN Majestic Almond Beige. Jom kita tengok kediaman milik wanita ini.

Ruang pakir yang cukup luas, sekali pandang macam pakir rumah teres.

 

Kemasan kabinet dapur acrylic ini memberi kesempurnaan yang maksima untuk ruang dapur.
Pemilihan set meja makan berkerusi tinggi ini cukup sempurna dan beri kelainan.

Binaan kabinet pasang siap warna merah hati jadi pilihan
Wainscoting jadi pilihan kemasan untuk laluan dalam ke bilik.

Gambar: neddyaillyasak

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Impiana