Biasanya jika kita cerita tentang deko kediaman, kebanyakkannya adalah rumah orang yang telah berkeluarga dan rata-rata nya kaum wanita. Kalau orang yang masih bujang, lelaki pula tu, memang jarang sekali. Mungkin bagi mereka tidak perlulah bersungguh sangat nak menghias, tunggu nanti dah beristeri baru fikir. Tapi tidak bagi pemilik akaun fb, EeMy Ismail yang baru sahaja 9 bulan menyewa rumah bujang nya di Flat Perumahan Jalan Kasawari, Larkin.
Dengan ukuran lebih kurang 650 kaki persegi, rumah ini dilengkapi dengan 3 buah bilik dan 2 buah tandas. Warna hitam, putih dan kelabu gelap menjadi pilihan pemilik, sesuai dengan status bujang yang sentiasa mahu nampak ranggi dan moden. Berbekalkan idea dan ilham dari grup-grup deko di fb, Encik Eemy membeli barangan dan perabot secara berperingkat di IKEA, Kaison serta SSF di sekitar Johor. Minat menghias rumah dipupuk bermula apabila sering menemani ibunya membeli barangan rumah.
Jom kita scroll ke bawah untuk lihat tempat tinggal pemuda ini yang mampu menepis persepsi orang ramai tentang rumah bujang. Selamat menghias!
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.
“Saya memiliki rumah ini sejak tahun 2021 dan ia disewakan pada tahun 2022. Saya pindah semula pada Aug 2023.”
“Hampir 3 tahun sejak saya memilikinya pada tahun 2021. Usia Sebenarnya rumah ini adalah lebih dari 100 tahun sebab ia dibina pada permulaan tahun 1900,” ujar Eddie.
Berkongsi tempoh proses renovasi kediaman yang terletak di Northern Rivers, New South Wales, Australia ini, menurut pemilik renovasi dijalankan dalam 2 peringkat. Peringkat pertama adalah pada permulaan 2022 untuk membina dek belakang rumah manakala peringkat kedua pula mengambil masa hampir 7 bulan, bermula dari bulan Dec 2023 hingga ke bulan Jun 2024.
Inspirasi & Konsep Kediaman
IMPIANA tertarik dengan pelbagai mainan warna yang ditonjolkan, menyerlahkan karakter dan seri ruang kediaman yang tampak ceria. Pemilik ‘berani’ menyuntik elemen rona terang pada dekorasi ruang kediamannya, berbanding kebanyakan pemilik rumah lain yang gemar memilih rona selamat seperi warna lembut dan pastel.
“Secara jujur, saya pun tak tahu apakah konsep rumah saya. Akan tetapi, saya memang minat dengan warna. Saya juga gemar dengan konsep minimalist (less is more), modern contemporary, vintage dan sebagainya,” kata Eddie.
Menariknya pemilik cukup berjiwa kreatif dan bijak menghias sendiri dekorasi hiasan dalaman rumah mengikut citarasa sendiri.Inspirasi menghias kediaman ilham datangnya dari majalah-majalah dekorasi, kedai-kedai perabot, filem-filem antarabangsa dan sebagainya.
Keutamaan Dekorasi Kediaman
Bagi pemilik aspek yang menjadi keutamaan sewaktu dekorasi ruang rumah ialah ruang yang lapang, tenang dan ceria serta dipenuhi tumbuhan semulajadi menghiasi laman dan ruang kediaman. Maka tidak hairanlah ruang dek belakang (back deck) menjadi ruang kegemaran buat pemilik dalam meluangkan masa dan menangkan fikiran di rumah.
“Rumah seharusnya adalah tempat dimana saya akan berasa selesa, tenang dan selamat selain dari tempat berteduh. Rumah juga adalah tempat yang selalu saya banggakan, lagi-lagi bila saya berasa tenang setiap kali saya pulang,”
“Saya suka ruang yang ceria, lapang, teratur dan juga dipenuhi dengan pokok-pokok, bunga-bunga hidup. Saya tak mahu rumah saya kelihatan berserabut,” jelas Eddie.
“Ruang favourite saya adalah dek belakang (back deck). Ruang ni selalu membuat saya berasa tenang, dikelilingngi kicauan burung-burung, pemandangan yang indah dan juga hirupan udara yang segar. Memang terbaik untuk minda,” ujar Eddie lagi.
Perancangan Masa Hadapan
Berkongsi impian dan perancangan masa hadapan buat kediaman ini, pemilik berhasrat untuk melakukan renovasi pada bilik air serta ingin bercucuk tanam di laman rumah.
“Saya merancang untuk membuat renovasi pada kamar mandi dan bilik air tahun depan jika ada rezeki yang berlebihan, in shaa Allah. Saya juga teringin nak memulakan tanaman sayur-sayuran, pokok-pokok yang hasilnya boleh dimakan seperti pokok cili, tomato, kacang panjang dan lain-lain lagi,” ujar Eddie.
IMPIANA doakan semoga segala impian dan perancangan dapat direalisasikan hendaknya suatu hari nanti. Semoga menjadi inspirasi buat peminat hiasan dalaman dan dekorasi rumah yang lain.
INFO KEDIAMAN: Nama Pemilik: Eddie Usia Kediaman: Hampir 3 tahun sejak saya memilikinya pada tahun 2021. Konsep Hiasan Dalaman: Minimalist, Classic & Modern Contemporary, Vintage Lokasi: Northern Rivers, New South Wales, Australia Keluasan Kediaman: 525sqm Jenis Kediaman: Banglo Rumah Kampung Spesifikasi Ruang Kediaman:
1 Dapur, 2 Bilik tidur, 1 Bilik Air, 1 Balkoni Depan atau Bilik Matahari (Sun Room), Ruang Tamu, Dek Belakang (Back deck), Garage (digunakan untuk storage) dan tempat letak kereta (car port) yang diubah menjadi ruang santai luar rumah.
Indahkan kaunter makan mu dan ruang makan utama kediaman dengan pemilihan lampu yang tepat. Kini ramai di kalangan kita yang mempunyai ruang makan yang cukup gah dan cantik. Pemilihan perabot dan hiasan dinding serta jambangan bunga tengah sebagai pelengkap gaya. Luar biasa.
Cuma adakala gara-gara pemilihan lampu yang silapmenjadiikan ruang akan atau kaunter makan kita kurang perisa. Kurang ummph….kita sendiri tidak tahu apakah kurangnya ruang makan kita ini. Tetapi ia dapat dirasakan oleh tuan rumah. Pemilihan lampu gantung atau pendant light sememangnya cukup indah dan khusus buat ruang makan. Cahaya samar yang lebih dekat namun tidak panas apa lagi menyilaukan mata.
Makanan nampak terang dan menarik, tanpa mengganggu pandangan kita. Pada masa yang sama suasana nampak warm dan selesa untuk menikmati hidangan makan malam.Namun apa yang penting anda perlu bijak memilih rekaan yang sesuai dengan konsep kediaman. Jangan kita membeli sesuka hati dan kemudian menyesal sendiri. Cuma kini terdapat banyak rekaan asas yang cantik. Bagi mengelakkan pengguna tersilap beli. Ia sesuai untuk apa juga konsep.
Misalnya lampu bulat sfera kaca jernih yang ringkas namun cukup cantik digantung beriringan. Begitu juga jenis yang berbentuk geometri dan ada juga yang didatangkan segugus. Ilham ringkas namun sangat menarik perhatian. Simple-simple aja di IMPIANA.
Kediaman ini boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk yang mencari rumah ciri sederhana dan indah bagi melengkapi gaya hidup lebih moden dan praktikal. Anda mungkin boleh jadikan rumah ini sebagai satu ciri rumah pilihan anda. Elemen gaya tradisional yang cantik mampu mengekalkan tradisi.
Direka oleh: Ben Callery Architects
Lokasi: Australia
Gambar oleh: Peter Bennetts
Kredit: Minimal Home Design
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.