Biasanya jika kita cerita tentang deko kediaman, kebanyakkannya adalah rumah orang yang telah berkeluarga dan rata-rata nya kaum wanita. Kalau orang yang masih bujang, lelaki pula tu, memang jarang sekali. Mungkin bagi mereka tidak perlulah bersungguh sangat nak menghias, tunggu nanti dah beristeri baru fikir. Tapi tidak bagi pemilik akaun fb, EeMy Ismail yang baru sahaja 9 bulan menyewa rumah bujang nya di Flat Perumahan Jalan Kasawari, Larkin.
Dengan ukuran lebih kurang 650 kaki persegi, rumah ini dilengkapi dengan 3 buah bilik dan 2 buah tandas. Warna hitam, putih dan kelabu gelap menjadi pilihan pemilik, sesuai dengan status bujang yang sentiasa mahu nampak ranggi dan moden. Berbekalkan idea dan ilham dari grup-grup deko di fb, Encik Eemy membeli barangan dan perabot secara berperingkat di IKEA, Kaison serta SSF di sekitar Johor. Minat menghias rumah dipupuk bermula apabila sering menemani ibunya membeli barangan rumah.
Jom kita scroll ke bawah untuk lihat tempat tinggal pemuda ini yang mampu menepis persepsi orang ramai tentang rumah bujang. Selamat menghias!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(GAMBAR) Perabot Ringkas, Tapi Dekor Nampak Mewah. Ini Sebabnya
Rona putih adalah warna selamat serta ringkas dalam menghasilkan sesuatu dekorasi dan ia juga nampak mewah. Namun, bagi keluarga yang mempunyai anak yang masih kecil dan aktif. Ini antara warna yang akan dielakkan. Ini kerana, si kecil cenderung menghasilkan lakaran seni di dinding.
Namun, bagi peminat dekorasi scandinavian, warna putih antara asas utama yang perlu disediakan untuk memastikan konsep yang dipilih menjadi. Hal ini menjadi asas kepada dekorasi homestay milik Pn Azean Yusof.
Beliau memilih tema scandinavian serta menyukai susun atur perabot yang nampak minimalist. Menurut pemilik Duplex Condominium ini, rumah ini pada asalnya merupakan rumah pertama yang dibelinya di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu di Jalan Ampang. Ia berkeluasan 1900 kaki persegi dan dilengkapi 3 bilik tidur +1 bilik air bersambung dan bilik powder.
Penulis amat menyukai susun atur perabotnya yang simple dan tidak serabut serta amat serasi dengan ciri-ciri scandinavia yang mementingkan kesederhanaan dalam hiasan rumah. Walaupun mempunyai bukaan tingkap yang besar, tetapi penggunaan
Pada masa yang sama pilihan warna putih akan mengoptimumkan lagi cahaya didalam rumah walaupun kediaman ini mempunyai full glass facade bersaiz besar.
Kalau tanya penulis, memang sangat setuju dan suka dengan dekor yang ditampilkan. Simple tetapi nampak mewah.
Ikuti susunan kompilasi gambar yang telah disediakan untuk tatapan pembaca lain agar menjadi inspirasi kita bersama.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pesona ‘Entrance & Backyard’ Konsep Minimalist Clean, Serikan Kediaman Teres 1,680Kps
Isi Kandungan
TogglePesona ‘Entrance & Backyard’ Konsep Minimalist Clean, Serikan Kediaman Teres 1,680Kps. IMPIANA tertarik dengan dekorasi pada bahagian dapur, laman belakang (backyard) dan bahagian hadapan (entrance) kediaman jenis teres setingkat berkeluasan 1,680Kps ini. Cukup ringkas, namun menyerlahkan lagi pesona pada kediaman yang baru setahun didiami ini.
Pemilik, Nor Afiza memilih konsep ‘Minimalist Clean’ sebagai dekorasi pada rumahnya.
Proses renovasi dan menghias kediaman ini memakan masa selama hampir 14 bulan iaitu dari September hingga November 2023, dengan anggaran kos RM56K.
Definisi Rumah
Rumah seharusnya mempunyai definisi yang tersendiri dalam membentuk ‘acuan’ ruang dekorasi dengan cara yang tersendiri. Mengikut apa yang digemari, tanpa perlu terlalu mengikut pilihan dan citarasa orang lain.
“Rumah seharusnya mempunyai dekorasi cara yang kita suka sendiri sebab itulah ruang yang kita miliki tiap hari,” jelas Nor Afiza.
Bagi pemilik, dekorasi rumah hanyalah mengikut citarasa sendiri, tanpa melantik pereka dalaman. Instagram Duda Senna Arquitetura dari Brazil pula sering menjadi rujukan dan inspirasi idea dalam menghias rumah.
‘Favorite Spot’ Di Rumah
Bagi pemilik, ruang yang menjadi keutamaan sewaktu dekorasi ruang rumah adalah pada bahagian dapur, laman belakang (backyard) dan bahagian hadapan (entrance) kediaman, dengan menekankan pengudaraan dan pencahayaan semulajadi. Sekaligus ia menjadi ruang kegemaran buat pemilik.
“Favorite spot di ruang kediaman ialah pada bahagian ‘backyard dan entrance’. Sewaktu merancang renovasi rumah ini, saya teringin ada semi outdoor kitchen since saya suka dengan ruang yang cerah dan terang apabila memasak serta pengudaraan yang baik juga sangat penting,” jelas Nor Afiza.
Berkongsi perancangan masa hadapan, pemilik berhasrat untuk menukar lantai kemasan jubin yang digunakan sekarang kepada kemasan jenis SPC.
Semoga perkongsian dekorasi ini menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi yang lain.
INFO KEDIAMAN:
Nama Pemilik: Nor Afiza
Usia Kediaman: 1 tahun (2023)
Konsep Hiasan Dalaman: Minimalist Clean
Lokasi: Kuantan, Pahang
Keluasan Kediaman: 21’x80’ (1,680Kps)
Anggaran Kos Renovasi: RM 56k
Jenis Kediaman: Teres
Spesifikasi Ruang:
3 bilik 2 bilik air, 1 stor, backyard, Wet kitchen, Ruang Makan, Ruang tamu
Mesti Baca: Kecil Namun Selesa, Inspirasi Rumah Persinggahan Hujung Minggu Keluasan 600kps Kos RM80K
Baca Lagi Di Sini: Casa NH Kediaman Baru Neelofa & Haris, Syukur Lalui Proses Bina Rumah Bersama
Artikel Menarik: Cantik Villa Konsep Farmhouse Pinggir Kampung, Target Dijadikan Rumah Pencen
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Idea Laundry Room Ini Bakal Buat Kediaman Anda Lebih Kemas Dan Teratur
Bilik laundry merupakan satu ruang yang semakin popular di kalangan pemilik rumah. Sebuah rumah yang ideal sudah tentu memiliki bilik khas untuk kerja mencuci dan melipat baju. Jika anda tertanya-tanya manakah bahagian yang paling sesuai untuk kita letakkan bilik laundry ini, perkara pertama yang perlu anda titik beratkan adalah kemudahan. Mudah atau tidak untuk bawa pakaian kotor ke bilik laundry? Serta mudah atau tidak untuk membawa pakaian bersih yang telah dilipat masuk ke almari di dalam bilik? Ada juga yang meletakkan ruangan ini berdekatan dengan dapur atau bilik air mengikut kesesuaian. Selain itu, point lain yang perlu kita ambil kisah ialah bunyi mesin basuh yang bising. Perkara ini nampak remeh tapi bila keadaan rumah tidak tenang, kita nak buat kerja pun tak boleh fokus. Bagi megelakkan bunyi yang terlalu kuat, boleh lapikkan mesin basuh anda dengan alas anti-vibrasi. Perlu juga kita ingat, kadangkala bilik ini boleh ‘banjir’ tanpa disengajakan. Oleh itu kita perlu lebih peka dan berhati-hati ya. Mari kita lihat 10 idea menarik untuk bilik laundry anda.
- Sinki, ruang melipat dan tempat menggantung pakaian dikelilingi kabinet kayu warna gelap. Mesin basuh dan dryer disusun bertindih agar dapat menjimatkan ruang.
2. Laundry room bertemakan scandinavian moden serba putih dengan kemasan kayu sebagai counter top ini nampak segar dengan simbahan pencahayaan semulajadi iaitu cahaya matahari.
3. Warna mint green yang dipadankan dengan jubin bercorak geometri nampak lembut dan kemas. Kabinet built-in pula dibina untuk memastikan setiap inci ruang dapat digunakan.
4. Lantai gelap tampak menonjol apabila dipadankan dengan all white interior. Kabinet ceiling to floor di pasang untuk memberi lebih ruang penstoran agar anda dapat meletakkan pelbagai barangan yang berkaitan. Lebih nampak kemas dan tersusun.
5. Tingkap dua daun sebagai focal point ruang memberikan ilusi bilik yang luas. Warna kelabu kabinet sangat cantik digandingkan dengan warna hijau jubin backsplash. Membina laundry room sebenarnya tidak memerlukan ruang yang luas, ia boleh juga kelihatan seperti ruang rahsia yang disembunyikan.
6. Ruang kecil tidak menjadi penghalang untuk anda menyusun atur bilik cucian agar nampak kemas. Gunakan setiap penjuru yang ada dengan bijak agar dapat bergerak dengan selesa ketika melakukan kerja di bilik laundry.
7. Baju, tuala dan bahan cucian tersusun rapi di atas rak yang dipasang cermat. Jubin dinding dipasang agar ruang nampak menarik selain mudah untuk dibersihkan.
8. Rak dinding diisikan dengan bakul untuk baju yang telah dilipat atau barang keperluan di bilik cucian. Penyangkut juga boleh dipasang pada dinding untuk alatan seperti penyapu, penyodok dan berus.
9. Kombinasi warna biru, soft pink dan marble amat sesuai untuk jiwa yang lebih muda. Terdapat juga artwork yang digantung pada dinding untuk menaikkan mood ruang.
10. Layout yang memanjang mungkin membuatkan bilik nampak sempit tetapi dengan penggunaan warna putih dan siling gelap, ruang dapat ditransform menjadi lebih selesa dan tersusun.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI