Wah! Memang jarang-jarang kita dapat lihat rumah yang diperbuat daripada kontena dekat Malaysia ni sebab tidak ramai yang buat.
Namun begitu, ada seorang individu yang telah berkongsi cerita rumah kediamannya yang diperbuat daripada kontena lalu mendapat perhatian wargamaya.
Bukan sahaja tampak menarik dan kelainan, malah idea konsep yang ditonjolkan nyata kelihatan amat unik sekali serta kreatif.
Menurut individu berkenaan, rumah tersebut hanya berkeluasan lebih kurang 900 kaki persegi sahaja dan telah menelan belanja kos anggaran sebanyak RM120,000.
Kos tersebut termasuk dengan kos pembinaan, perabot serta hiasan dalaman dan luaran kediaman tersebut.
Ads
Maklumnya lagi, konsep serta idea untuk membina rumah kediaman yang diperbuat daripada kontena ini adalah merupakan ideanya bersama isteri.
Pada masa sama, pemilik kediaman ini tidak menafikan rumah yang diperbuat daripada kontena akan berdepan dengan masalah suhu haba persekitaran kediaman yang tinggi berbanding rumah yang diperbuat daripada batu konkrit.
Lalu, pemilik kediaman tersebut telah berkongsi langkah yang boleh dilakukan untuk menangani masalah tersebut bersama orang ramai.
“Kami stay dah lebih kurang 3 tahun. So far tak de lagi isu besar terlalu panas. Macam kita stay rumah biasa je. Jarang kami on air cond. Banyak guna kipas n buka tingkap je. Kemungkinan isu utama adalah heat + humidity. Tapi kalau korang ada bajet lebih boleh upgrade ventilation method tu contoh letak insulator dan sebagainya
Ads
“Selain tu saya dan isteri banyak tanam pokok tak nak nampak rumah keras selain nak rasa lebih nyaman. Dalam rumah juga letak pokok-pokok. Bahagian belakang rumah ada “hutan kecil” yang wife buat untuk tanam pokok-pokok. Rumah ni ada 3 ruang santai lepak-lepak. 2 kat atas satu kat bawah,” tulisnya menerusi entri perkongsian di laman media sosial Facebook.
Jika kita dapat lihat, pemilik rumah kontena ini telah memilih tema warna hitam sebagai pilihan yang nyata membuatkan kediamannya tampak begitu elegan serta kemas.
Dengan pemilihan warna yang tepat, rumah yang diperbuat daripada kontena ini masih tetap boleh kelihatan begitu mewah sekali.
Ads
Kalau anda masih mencari idea yang unik, ‘fresh’ dan mahu kediaman anda tampak berbeza daripada orang lain, mungkin anda juga boleh melakukan perkara yang sama.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Air adalah keperluan asas yang begitu penting buat manusia. Tanpa air tidak akan ada hidupan di muka bumi ini memandangkan jisim badan manusia juga terdiri daripada 70% kandungan air. Justeru itu mencari sumber air yang bersih, berkualiti dan tidak tercemar adalah langkah-langkah yang perlu dititik beratkan agar kesihatan diri sendiri serta keluarga lebih terjamin.
Air bersih yang disediakan ke rumah-rumah adalah air terawat dan selamat untuk diguna. Tetapi adakah ia benar-benar bersih untuk diminum? Walaupun memasak air adalah salah satu langkah tambahan untuk memastikan air diminum 100% selamat tetapi bagaimana dengan mikrob halus yang terdapat di dalamnya yang digunakan untuk pelbagai aktiviti di dapur seperti memasak dan sebagainya.
Penapis air biasanya direka agar mampu menapis segala bendasing yang terendam di dalam kandungan air. Dengan segala pencemaran, karat, habuk dan mikrob yang tidak dapat dihalang dari mencemari air maka memiliki penapis air untuk kegunaan domestik kediaman adalah sesuatu yang perlu diutamakan.
Contohnya anda memasak nasi, kandungan air yang diletakkan di dalam beras adakah selamat dari bahan karat dan bahan kimia yang lain seperti klorin. Ini adalah salah satu sebab mengapa pentingnya penapis air yang digunakan.
Kadar pencemaran sekarang begitu tinggi berbanding dengan zaman dahulu. Walaupun air dirawat di loji sebelum disalur ke kediaman tetapi pastikah anda ia benar-benar bersih dari bangkai haiwan, karat, keladak dan bermacam-macam lagi. Dengan adanya penapis air, partikel halus di dalam molekul air ditapis sehingga ke zarah paling halus bagi membuang segala bendasing tersebut.
Kini banyak terdapat filter di pasaran dengan pelbagai teknologi. Ada yang mahal dan ada juga yang murah sesuai dengan bajet anda. Pilihlah satu yang bersesuaian agar kesihatan anda sekeluarga terjamin sepenuhnya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika yang suka menghias kediaman dalam cita rasa tersendiri, pastinya jenama yang berkualiti tinggi menjadi pilihan segelintir dari mereka. Di sini ingin saya bercerita mengenai jenama KARTELL yang pastinya ramai sudah tahu akan jenama ini, tetapi mungkin ada yang masih belum mengenali jenama ini dengan lebih dekat.
Ya, betul jika melihat harga barang hiasan serta perabot dari jenama ini pastinya berfikir lebih dari 3 kali untuk memilikinya. IMPIANA tidak menyangkal jika anda mempunyai padangan yang sebegitu. Tetapi jika sebenarnya dalam menghasilkan seni hiasan dalaman yang cukup berkualaiti dan tahan lama serta dalam kelas tersendiri. Perabot dan hiasan berjenama KARTELL ini lah yang patut menjadi pilihan. Apa pun IMPIANA ingin katakan berbelanjalah dengan bijak dalam apa jua sekali pun.
Siapa KARTELL dalam industri dekorasi?
Pengasas KARTELL yang berasal daripada Itali iaitu Anna Castelli Ferrieri dan Giulio Castelli. KARTELL juga adalah syarikat Itali, berdasarkan Noviglio, syarikat ini didirikan pada tahun 1949 (71 tahun dalam Pasaran). Mulai sebagai pengilang untuk aksesori kereta pada tahun 1949. Ia berkembang menjadi perabot rumah pada tahun 1963 dan kesemua produk hasil syarikat ini 100% dibuat di Itali. KARTELL menghasilkan pelbagai produk seperti lampu, perabot, peralatan makan dan aksesori rumah. Bahan utama dalam dalam pembuatan barang hasil KARTELL ialah Poly-Carbonate (PC) kerana mereka adalah syarikat yang paling maju dalam menghasilkan bahan asas PC di dunia. Hebatkan!
Mengapa Polycarbonate
Pengasas Kartell, Guilio Castelli adalah seorang jurutera kimia. Impiannya adalah untuk menghasilkan objek dengan ciri-ciri inovatif yang boleh menggunakan teknologi pembuatan baru menjadikan penggunaan bahan-bahan ekonomi dan menggunakan proses yang efisien. Projek plastik mereka yang terkenal adalah sangat tertumpu kepada penyelidikan dan reka bentuk teknologi untuk menangani bahan yang tidak seperti bahan semula jadi dan tidak mempunyai identiti visual sebelum pengeluaran. Jika anda ingin tahu polikarbonat adalah tahan lama, pentulan cahaya, penebat haba, tahan air, dan ringan. Inilah yang membuatkan rangkaian produk KARTELL mendapat tempat di dalam industri.
Jika anda ingin ketahui perkara lebih lanjut dengan mengenai jenama ini anda boleh layari https://lightcraft.com.my/ untuk rangkaian produk berjenama ini.
Gambar: Lighcraft
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rupanya ada cara betul untuk jaga periuk dan kuali jenis material keluli tahan karat atau lebih dikenali ‘stainless steel’ ni. Barulah permukaannya tetap berkilat, tahan lama dan tak mudah rosak. Bukan main sebarang cuci je.
Boleh ikut tip untuk jaga periuk, kuali jenis Stainless Steel yang dikongsikan oleh Puan Angeline Tyy ini.
Kalau tahu cara yang betul menjaga periuk stainless steel memang boleh tahan sampai ke anak cucu. Saya menggunakan ceramic cooker. Periuk stainless steel tetap akan berubah warna kalau menggunakan suhu yang tinggi sebab periuk overheated walaupun tiada api dan asap.
1. Jangan Guna Cecair Kimia / Berasid
Jangan sekali-kali menggunakan berus besi atau sebarang cecair kimia/ berasid seperti asam, jus nenas/ lemon, cuka, baking soda, coke mahupun garam untuk membasuh periuk stainless steel, nescaya rosak permukaan berkilatnya. Ini semua musuh ketat stainless steel. Kotoran akan mudah melekat bila permukaan berkilat menjadi kasar.
2. Rendam Dengan Air Selepas Memasak
Cara yang betul adalah merendam periuk itu dengan air selepas siap memasak. Kemudian buang air tersebut dan lap segala minyak & kotoran/ makanan yang melekat dengan tuala dapur kertas (paper kitchen towels).
3. Guna Scotch Brite 3M Green Pad & Pes Detergen
Selepas itu baru basuh menggunakan Scotch Brite 3M green pad yang basah dengan Axion/ Swif detergent paste. Lihat gambar ke-3. Tidak payah membuang masa untuk menggosok dengan kuat. Hanya membasuh seperti biasa. Tersangat mudah untuk dibasuh. Lap dengan tuala dapur kertas untuk mengeringkannya sebelum disimpan. Periuk itu akan senantiasa kekal berkilat.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi bagi yang ada periuk jenis stainless steel ni kalau nak cuci dan pastikan ia bersih serta tetap berkilat ikut tip yang dikongsikan ini.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.