Wah! Memang jarang-jarang kita dapat lihat rumah yang diperbuat daripada kontena dekat Malaysia ni sebab tidak ramai yang buat.
Namun begitu, ada seorang individu yang telah berkongsi cerita rumah kediamannya yang diperbuat daripada kontena lalu mendapat perhatian wargamaya.
Bukan sahaja tampak menarik dan kelainan, malah idea konsep yang ditonjolkan nyata kelihatan amat unik sekali serta kreatif.
Menurut individu berkenaan, rumah tersebut hanya berkeluasan lebih kurang 900 kaki persegi sahaja dan telah menelan belanja kos anggaran sebanyak RM120,000.
Kos tersebut termasuk dengan kos pembinaan, perabot serta hiasan dalaman dan luaran kediaman tersebut.
Maklumnya lagi, konsep serta idea untuk membina rumah kediaman yang diperbuat daripada kontena ini adalah merupakan ideanya bersama isteri.
Pada masa sama, pemilik kediaman ini tidak menafikan rumah yang diperbuat daripada kontena akan berdepan dengan masalah suhu haba persekitaran kediaman yang tinggi berbanding rumah yang diperbuat daripada batu konkrit.
Lalu, pemilik kediaman tersebut telah berkongsi langkah yang boleh dilakukan untuk menangani masalah tersebut bersama orang ramai.
“Kami stay dah lebih kurang 3 tahun. So far tak de lagi isu besar terlalu panas. Macam kita stay rumah biasa je. Jarang kami on air cond. Banyak guna kipas n buka tingkap je. Kemungkinan isu utama adalah heat + humidity. Tapi kalau korang ada bajet lebih boleh upgrade ventilation method tu contoh letak insulator dan sebagainya
“Selain tu saya dan isteri banyak tanam pokok tak nak nampak rumah keras selain nak rasa lebih nyaman. Dalam rumah juga letak pokok-pokok. Bahagian belakang rumah ada “hutan kecil” yang wife buat untuk tanam pokok-pokok. Rumah ni ada 3 ruang santai lepak-lepak. 2 kat atas satu kat bawah,” tulisnya menerusi entri perkongsian di laman media sosial Facebook.
Jika kita dapat lihat, pemilik rumah kontena ini telah memilih tema warna hitam sebagai pilihan yang nyata membuatkan kediamannya tampak begitu elegan serta kemas.
Dengan pemilihan warna yang tepat, rumah yang diperbuat daripada kontena ini masih tetap boleh kelihatan begitu mewah sekali.
Kalau anda masih mencari idea yang unik, ‘fresh’ dan mahu kediaman anda tampak berbeza daripada orang lain, mungkin anda juga boleh melakukan perkara yang sama.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sumber: Facebook Giler Deco
Baca artikel berikutnya: Jenis Rail Langsir Yang Dapat Memantapkan Mata Tetamu Anda