Rumah idaman terbengkalai, usahawan wanita, Aleeya Zailan kecewa ‘termakan’ janji manis kontraktor. Siapa yang tidak sedih bila rumah idaman yang sepatutnya siap dan boleh diduduki tidak siap dibina seperti yang dijanjikan.
Keadaan inilah yang berlaku pada Aleeya Zailan merupakan seorang usahawan dan juga pengasas Avenys dan Vitalicia.co. Rumah yang sepatutnya siap dalam tempoh 10 minggu seperti yang dipersetujui oleh pihak kontraktor umpama mimpi.
Baru-baru ini, Aleeya Zailan memuat naik satu video di laman youtube miliknya. Dalam video tersebut Aleeya menjelaskan kenapa rumah barunya yang dibina di Melaka lambat disiapkan dan tidak seperti yang dijanjikan.
Jelas Aleeya, dia dan suaminya telah dijanjikan oleh pihak kontraktor yang rumah baru mereka akan siap dalam jangka masa 10 minggu. Pihak kontraktor juga menjanjikan 25 orang pekerja bagi menyiapkan rumah tersebut.
Rumah tersebut sepatutnya siap sebelum raya tahun ini. Sebagai persediaan hari raya, tentulah Aleeya Zailan dan suaminya telah membeli barangan rumah. Barang-barang dihantar mengikut tarikh seperti yang dijanjikan mengikut progres pembinaan rumah itu (seperti yang dijanjikan dengan pihak kontraktor). Pada akhirnya barang-barang yang dibeli terpaksa diletakkan di luar kerana rumah tersebut belum siap dibina.
HALANGAN YANG ALEEYA HADAPI SEMASA PROSES PEMBINAAN RUMAH:
“Rumah ini telah dipersetujui untuk disiapkan oleh pihak kontraktor dalam tempoh 10 minggu. Bagaimanapun perjanjian ini tiada hitam putih. Hanya cakap mulut sahaja. Kontraktor berjanji 10 minggu mesti boleh siap.
“Saya kata kalau lambat, kena bayar, kontraktor kata ok. Kontraktor berjanji akan bagi 25 orang pekerja malangnya setiap kali saya datang melawat tapak, di Melaka hanya seorang, dua sahaja pekerja yang ada. Kadang-kadang tiada langsung pekerja.
Ads
“Saya beri tahu, sempat ke nak siapkan rumah saya seba saya lihat banyak lagi kerja yang belum disiapkan. Kontraktor berjanji akan buat kerja 24 jam untuk siapkan rumah itu mengikut tempoh seperti yang dijanjikan.
“Saya datang pukul 12.00 malam, tiada seorang pekerja pun di situ. Kerap juga saya berulang alik ke tapak pembinaan untuk melihat sendiri proses pembinaan rumah saya,” jelas Aleeya.
Kontraktor juga berjanji untuk menaikkan ‘bumbung’ sebelum bulan puasa. Rumah tersebut sepatutnya siap seminggu sebelum hari raya.
“Tapi sampai habis bulan puasa pun bumbung belum habis buat. Bumbung rumah pun ada banyak isu juga sehingga terpaksa di buka semula selepas dipasang. Macam-macam masalah terjadi termasuklah dinding senget. Pendek kata banyak halangan yang terpaksa saya lalui.
“Saya tidak faham kenapa perkara ini boleh terjadi sedangkan kita mahu bekerja sama secara baik dan menjaga persahabatan. Ini tidak, cakap lain, tapi buat lain. Janji macam-macam tapi tak dikotakan. Bila jadi begini, kita rasa sudah tidak seronok lagi untuk bekerjasama. Saya bab bekerja ni saya memang tegas. Bayangkan selepas raya, rumah saya masih belum siap lagi.
Ads
“Masalah pembinaan rumah saya ini juga bukan sahaja dengan kontraktor tetapi juga dengan arkitek dan konsultan. Saya bayar arkitek mahal-mahal tapi hasilnya menyedihkan.
“Ada yang bertanya dengan saya kenapa saya hantar barang sedangkan rumah tidak siap. Saya sentiasa berhubung dengan kontraktor. Saya maklumkan kepada mereka tarikh barang akan sampai contohnya barang-barang untuk dapur. Malangnya pada tarikh tersebut semuanya jadi lain.
“Semua orang yang saya berurusan dengan saya tidak sabar untuk melihat rumah saya. Ada juga pihak yang nak sponsor barang untuk rumah saya. Pada akhirya kami juga yang menjadi mangsa ‘kemarahan’ pihak -pihak yang menghantar barang. Kami dituduh tidak memberi info yang betul. Saya kesal sebab orang lain yang menipu, kami pula yang mendapat masalah. Kami pula dikatakan menipu. Kami dimarahi kerana kononnya tidak ‘check’ betul-betul ‘progress’ kerja-kerja di tapak pembinaan.
“Bukti melalui ‘whatsapp’ semua ada, kononnya kontraktor boleh menyiapkan ikut ‘timeline.’ Yang menjadi masalah bila kontraktor tidak mengikut ‘timeline’ seperti yang telah dijanjikan.
IMPIANA: Walau apa pun, kita doakan agar urusan membina kediaman impian Aleeya Zailan dipermudahkan. Moga kediaman tersebut dapat disiapkan secepat mungkin.
Berikut video penuh tentang isu tersebut yang dikongsikan oleh Aleeya Zailan:
Ads
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Konsep industri dalam seni reka bentuk dalaman telah lama popular dan menjadi kegemaran dikalangan pemilik rumah dan pereka, menjadikan permintaan terhadap bahan industri seperti konkrit yang biasanya digunakan di jalan masuk atau laluan utama serta pembinaan umum yang lain semakin meningkat. Konkrit juga merupakan bahan yang serba boleh kerana terdapat pelbagai cara penggunaan yang dapat kita lihat bukan sahaja untuk kemasan interior malahan juga untuk perabot seperti lampu dan meja sisi.
Sememangnya bahan ini dapat membuatkan kediaman anda tampak lebih moden dan unik tetapi sebelum anda memilih untuk menggunakan konkrit, adalah lebih baik jika lakukan sedikit research tentang sifat serta fungsinya agar tidak tersilap langkah dan bagi mengelakkan pembaziran di masa akan datang. Dengan mengambil tahu serba sedikit, ia akan membantu anda membuat keputusan untuk memastikan aplikasi yang anda mahu itu sesuai ataupun tidak.
Pemilik rumah mungkin suka untuk gunakan konkrit untuk bilik mandi, tetapi bahan ini tidak digalakkan untuk lantai kerana ;
1- ia boleh menjadi licin apabila basah, ditambah pula jika lantai dipenuhi sabun. Hati- hati ya!
2- Perlu juga diingat, konkrit mempunyai permukaan yang berliang, jadi kemunculan garis-garis retak mungkin akan berlaku dari masa ke masa.
3- Jika permukaan konkrit diletakkan berhampiran tingkap, haba yang dihantar melalui dinding akan menyebabkan permukaan retak dengan lebih cepat.
4- Apabila digunakan di dalam bilik mandi yang tidak mempunyai ventilasi yang baik, reaksi dengan bahan pencuci atau syampu juga mungkin akan menyebabkan kesan berbelak pada konkrit.
5- Jika anda masih berminat untuk mempunyai permukaan konkrit di kawasan basah, maka anda perlu menerima hakikat bahawa rupa dan keadaan konkrit itu akan berubah seiring masa.
Tapi janganlah bersedih dan terus tidak minat dengan konkrit, kerana terdapat pelbagai cara kreatif lain yang dapat kita lihat dengan menggunakan bahan serba boleh ini.
Dibawah IMPIANA kongsikan gambar-gambar untuk kita sama sama terinspirasi dengan konkrit. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
untuk pastikan rumah anda hari-hari kemas dan bersih meang agak sukar terutamanya bagi si ibu yang bekerja. Ramai yang menggunakan perkhidmatan tukang cucui. Itu pun datang 2/3 hari sekali dan di bayar mengikut jam. Tapi, NoorB Kids World berkongsi jadual perancangan mengemas rumah yang WAJIB mak-mak ada. Nanti Print, dan lekatkan pada peti sejuk ye.
Hari ini saya ingin kongsikan cara paling simple untuk menjaga rumah kita supaya sentiasa kelihatan kemas dan bersih.
Secara jujurnya, aktiviti mengemas rumah bukanlah mudah. Tapi saya percaya rumah yang bersih dan kemas menolong kita berasa rileks dan tenang.
Tips mengemas ini telah dipecahkan kepada empat bahagian iaitu mengemas setiap hari, seminggu sekali, sebulan sekali dan 4 bulan sekali. Bila kita bahagikan kepada empat bahagian, kita tidak ada masalah bila memikirkan apa yang perlu kita kemaskan dan rasa terbeban untuk mengemas itu kurang. Tapi secara jujurnya, tak semua orang ada masa untuk melakukan aktiviti mengemas ini setiap hari tetapi kalau seminggu sekali Itu mungkin tak ada masalah.
Tapi perlu diingat, tiada siapa pun dan tiada rumah yang nampak sempurna. Kalau kita mampu buat salah satu daripada list, itu dah cukup baik daripada kita tak mengemas langsung. Kesan ‘keterpaksaan’ mengikut list mengemas rumah kali ini boleh membuatkan kita berasa tenang berada di dalam rumah kita nanti. Bayangkan balik dari pejabat dan duduk di sofa, mata ni rasa sejuk sahaja tengok sekeliling rumah sebab semua dah bersih dan kemas. Akhirnya, kita juga yang senang hati.
Pagi hari ke kebun nak siram pokok, sekali tengok anak pokok tinggal batang nye sahaja. Sayur-sayur berdaun berubang-lubang. Cari serangga perosak, puas dibelek-belek tak jumpa. Kesan kehadiran sahaja yang ditinggalkan. Kebiasaanya serangga perosak yang aktif di waktu malam adalah siput. Yang paling sukar dikesan adalah siput trumpet kerana ia akan duduk di dalam tanah diwaktu siang.
Selain menggunakan semburan pemusnah, ada cara semulajadi dan organik untuk menyelesiakan maslah siput persoak tanaman di kebun.
Bahan-bahan:
1 cawan air
1 sudu gulua
1/2 yeast
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan letakkan di dalam caran plastik pakai buang
2. Tanam cawan berisi air yeast tadi di dalam tanah berhampiran tanaman yang sering diserang. Pastikan mulut cawan sama aras dengan medium tanaman untuk memudahkan siput masuk ke dalam perangkap
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.