Memiliki kediaman yang indah dan selesa merupakan impian bagi setiap insan yang mengimpikan kehidupan bahagia bersama keluarga tersayang. Namun, tidak semua orang mampu merealisasikan cita-cita tersebut. Pelbagai kekangan serta proses perlu dilalui sebelum seseorang itu layak untuk membeli rumah.
Terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membeli sesebuah kediaman. Ini adalah bagi menjamin pelaburan yang dilakukan tidak sia-sia dan rumah yang dibeli boleh didiami untuk jangka masa yang lama.
Antara perkara yang perlu anda semak termasuklah :
1.Beli rumah yang mempunyai akses mudah ke lebuhraya.
Lebuhraya berfungsi untuk mengurangkan masa perjalanan dan kesesakan lalu lintas. Hartanah yang mempunyai kemudahan ini juga boleh meningkat daripada sudut permintaan serta nilai sewaan.
Ads
2. Kaji terlebih dahulu kawasan persekitaran.
Selain dari faktor geologi, faktor keselamatan juga harus diambil kira bagi membeli rumah kediaman atau rumah untuk pelaburan. Cuba pilih kawasan persekitaran yang sesuai dan selamat.
3. Lihat kemudahan atau fasiliti yang disediakan.
Bagi melancarkan kehidupan seharian, faktor kemudahan memainkan peranan yang penting. Pilih kawasan yang berdekatan dengan kemudahan awam yang menjadi prioriti korang mengikut keinginan dan gaya hidup. Sebagai contoh, jika korang ingin membeli untuk kediaman keluarga, kemudahan seperti sekolah dan pasaraya yang berdekatan dengan hartanah yang ingin dibeli akan memberi lebih manfaat.
Ads
Ads
Impian anda untuk miliki rumah sendiri bakal menjadi realiti dengan EcoWorld #SENANGjer, menjanjikan rumah idaman seindah kayangan.
Tidak dinafikan, ada segelintir kalangan masyarakat kita yang sanggup mencatu perbelanjaan makanan harian atau erti kata lainnya ‘mengikat perut’ demi mahu memiliki sebuah kediaman yang cantik dan mewah.
Tetapi tahukah anda, apakah kesan serta keburukan yang bakal dihadapi sekiranya anda melakukan tindakan sedemikian yang mungkin boleh memberikan kesan buruk kepada seluruh ahli keluarga selain diri anda sendiri?
Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan topik hangat berkenaan yang bertajuk ‘Ikat Perut Kerana Obses Nak Rumah Cantik’ bersama para penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama panel tetamu jemputan istimewa iaitu Encik Asrul Khairi Kamaruddin yang merupakan seorang arkitek daripada syarikat swasta tempatan.
Ketika sesi temu bual berlangsung, Encik Asrul berpendapat tingkah laku ‘mengikat perut’ demi mahu memiliki sebuah rumah yang cantik seperti ini dalam konteks umum adalah bukan satu keperluan sangat penting.
“Pada pendapat saya, tak perlu pun untuk ‘berikat perut’ demi mahu memiliki sebuah rumah yang cantik. Tetapi tidak dinafikan, setiap orang mempunyai citarasa yang tinggi dan ingin memiliki sebuah kediaman yang cantik.
“Jika kita bercakap tentang perkara keinginan untuk memiliki sebuah rumah yang cantik ada pelbagai cara yang boleh dilakukan supaya hasrat anda itu tercapai. Contoh apa yang boleh anda lakukan adalah tidak menggunakan khidmat pereka hiasan dalaman untuk rumah anda.
“Untuk maklumat anda, dari segi sudut untuk penambah baik rumah ni ada dua konsep iaitu pertama ‘Soft Furnishing’ yang mana terlibat dengan pemilihan perabot untuk dalaman rumah manakala yang kedua pula adalah ‘Hardworks’ yang melibatkan pengubahusaian seluruh rumah.
“Tentang soal pemilihan perabot dalaman rumah ini, saya rasa anda boleh melakukan secara sendiri mengikut citarasa anda tanpa memerlukan khidmat nasihat arkitek mahu pun pereka hiasan dalaman.
“Ini kerana sumber idea inspirasi dan pelbagai maklumat anda boleh cari di internet, majalah dan sebagainya,” jelasnya.
Konklusinya, adakah anda sanggup untuk mencatu makanan harian anda serta ‘mengikat perut’ semata-mata demi mahu memiliki sebuah rumah yang cantik? Ketahui kesemua kupasan topik perbincangan ini dengan menonton episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;
.
Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang keemasan merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sebelum ini IMPIANA ada kongsikan bagaimana ingin memilih mask yang betul https://www.impiana.my/tahu-atau-tidak-perbezaan-topeng-muka/ kali ini cara bagai mana pula anda perlu tahu untuk membuang topeng muka yang telah digunakan agar tidak membiak virus COVID19.
1. Putuskan bahagian tepi pada tali penutup mulut dan hidung. 2. Lipat penutup mulut dan hidung ke arah dalam dengan kemas dan ikat menggunakan tali yang telah diputuskan. 3. Buang penutup mulut dan hidung terpakai ke dalam tong sampah yang bertutup. 4. Cuci tangan dengan air dan sabun selepas membuang penutup mulut dan hidung terpakai.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Columbia Asia telah memenuhi keperluan penjagaan kesihatan warga Malaysia selama lebih dari 20 tahun. Setelah berjaya melancarkan salah sebuah hospital utama kami, Columbia Asia Hospital – Iskandar Puteri, pada tahun 2010, kami sukacita memperkenalkan hospital kedua kami di Johor iaitu Columbia Asia Hospital – Tebrau.
Columbia Asia Hospital – Tebrau mula beroperasi pada 27hb November, 2019. Ia merupakan hospital Columbia Asia yang ke-13 di Malaysia dan ke-19 di Asia Tenggara. Bangunan setinggi empat tingkat ini merupakan yang terbesar antara semua hospital Columbia Asia di Malaysia.
Terletak di hab kediaman dengan kadar lalu lintas yang tinggi di Kota Southkey, hospital ini terletak hanya 7 km dari pusat bandar Johor Bahru serta dikelilingi oleh kawasan perumahan seperti Taman Sentosa, Taman Sri Tebrau, Kampung Melayu Majidee, Taman Pelangi, Taman Abad, Taman Kebun Teh, Taman Century, Taman Melodies, Taman Suria dan Taman Kota Southkey. Hospital ini juga dilengkapi dengan lebih 200 tempat letak kereta bagi memenuhi keperluan masyarakat Tebrau yang semakin berkembang.
Selain daripada kemudahan moden dan kepakaran tinggi, Columbia Asia Hospital mempelopori trend penjagaan kesihatan swasta dengan rawatan perubatan yang terkini dan kurang invasif lantas memendekkan tempoh tinggal di hospital. Struktur penetapan harganya adalah telus dan lebih kompetitif berbanding model standard khidmat kesihatan swasta.
Program perubatan di Columbia Asia Hospital – Tebrau meliputi Kardiologi, Perubatan Dalaman, Telinga, Hidung & Tekak (ENT), Pembedahan Am, Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik, Ortopedik, Radiologi dan Anestesiologi.
Hospital ini juga menempatkan Makmal Pengkateteran Jantung (Cardiac Catheterization Lab), Bilik Litotripsi, Mamografi, Ultrabunyi, 128-slice CT Scan, 1.5 Tesla MRI, Farmasi, Makmal, Bilik Fisioterapi, Ruang Pengasingan, ICU, Bilik Bersalin dan lima Dewan Bedah berkemudahan lengkap.
“Keputusan untuk membina hospital Columbia Asia kedua di Johor berdasarkan kajian kami tentang kurangnya kemudahan khidmat kesihatan di kawasan sini. Tambahan lagi, penduduk Johor Bahru semakin ramai. Kerana itu, kami memberi pilihan kepada pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan,” kata Pengurus Besar Serantau Columbia Asia Hospital – Tebrau dan Iskandar Puteri, Puan Rahani Yaacob.
Memandangkan kapasiti hospital Columbia Asia di Iskandar Puteri hampir penuh, Rahani menjelaskan bahawa inilah masa yang sesuai untuk memperluaskan lagi kumpulan hospital ini di Johor. Dengan pembukaan Columbia Asia Hospital – Tebrau, keperluan khidmat kesihatan di Johor Bahru akan dapat memenuhi permintaan yang tinggi.
“Columbia Asia Hospital – Tebrau adalah satu-satunya hospital dalam kumpulan kami yang mempunyai kapasiti 205 buah katil. Ini berbeza daripada struktur hospital biasa kami. Kemudahan perubatan lain mempunyai kapasiti tidak lebih daripada 100 buah katil setiap hospital. Dengan permintaan tinggi bagi khidmat kesihatan swasta di Johor, kami membuat keputusan untuk membina sebuah hospital Columbia Asia yang lebih besar di Tebrau untuk memenuhi keperluan kesihatan masyarakat di sini,” tambah Rahani.
Memandangkan peningkatan bilangan pesakit warga asing yang meningkat di Malaysia, Columbia Asia Hospital – Tebrau bersedia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, termasuk permintaan dari Singapura dan Indonesia.
“Selain menyediakan akses penjagaan kesihatan swasta yang berkualiti kepada penduduk Johor, hospital baharu ini turut mewujudkan peluang pekerjaan. Bukan itu sahaja. Kami mempunyai pelbagai kempen menarik yang telah dirancang, untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan penduduk tempatan,” kata Rahani.
Dalam bulan Disember tahun lalu, kempen ‘AyuhSihat!’ telah diadakan sempena pembukaan hospital di Tebrau. Kempen yang terbuka kepada orang awam ini merupakan hari yang menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur, pemeriksaan kesihatan dan tawaran istimewa untuk pakej yang ditawarkan oleh hospital kami. Acara itu bertujuan untuk mendorong para hadirin untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Hasil jualan tiket Ayuh Sihat diserahkan kepada Yayasan Kanser Laksamana Johor.
Ingin ketahui lebih lanjut tentang Columbia Asia Hospital – Tebrau, atau menerima berita tentang program dan pakej perubatannya? Log masuk ke laman web Columbia Asia Hospital di www.columbiaasia.com/malaysia atau ‘like’ laman Facebook ‘Columbia Asia Malaysia’ di www.facebook.com/columbiaasia atau hubungi 07-272 999 untuk pertanyaan lanjut.
Columbia Asia Hospital – Tebrau terletak di Persiaran Southkey 5, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.