Menarik Rumah Kampung Konsep Terbuka, Ruang Berkumpul Keluarga Tanpa Sekatan. IMPIANA tertarik dengan perkongsian idea dan konsep pada rumah kampung yang terletak di Kota Tinggi ini.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, rumah tampak cukup lapang, luas dan mendamaikan. Ditambah dengan konsep terbuka, setiap ruang dibiar ‘saling berhubung’ tanpa ada sebarang sekatan. Sekaligus ‘menjemput’ pencahayaan dan pengudaraan semulajadi ke dalam rumah.

Perkongsian daripada pemilik kediaman Noor Inah ini boleh dijadikan panduan bagi yang berhasrat untuk membina rumah kampung dengan konsep terbuka begini.

Rumah kampung saya ni jenis open concept. Ruang tamu ,dining, kitchen semua bersambung takde partition. Saya memang suka suasana open macam ni sebab saya tak suka duduk dalam ruang tertutup. Suka sebab semua family member boleh berkumpul dekat satu tempat tanpa sekatan ❤️

RUMAH KAMPUNG Konsep Terbuka, Ruang Berkumpul Keluarga Tanpa SekatanRUMAH KAMPUNG Konsep Terbuka, Ruang Berkumpul Keluarga Tanpa SekatanRUMAH KAMPUNG Konsep Terbuka, Ruang Berkumpul Keluarga Tanpa SekatanRUMAH KAMPUNG Konsep Terbuka, Ruang Berkumpul Keluarga Tanpa Sekatan RUMAH KAMPUNG Konsep Terbuka, Ruang Berkumpul Keluarga Tanpa Sekatan RUMAH KAMPUNG Konsep Terbuka, Ruang Berkumpul Keluarga Tanpa SekatanRUMAH KAMPUNG Konsep Terbuka, Ruang Berkumpul Keluarga Tanpa Sekatan   RUMAH KAMPUNG Konsep Terbuka, Ruang Berkumpul Keluarga Tanpa Sekatan RUMAH KAMPUNG Konsep Terbuka, Ruang Berkumpul Keluarga Tanpa SekatanRUMAH KAMPUNG Konsep Terbuka, Ruang Berkumpul Keluarga Tanpa SekatanRUMAH KAMPUNG Konsep Terbuka, Ruang Berkumpul Keluarga Tanpa Sekatan

Question that i always get about my open concept house ni :-

1.Takde nyamuk ke ?
Of course ada tapi manageable biasanya pada waktu petang ke maghrib je. So memang sentiasa pasang ubat nyamuk dan bakar-bakar sampah, daun-daun kering.

Ads

2. Takde lalat, semut,lipas, atau apa-apa serangga ke?
Sama juga ada, tapi boleh dikawal. Ada musim-musimnya. Kalau teruk sangat pun kita akan duduk dalam rumah je la. Lagipun kat dalam ada dry kitchen. Paling penting jangan kumpul sampah. Malam-malam sebelum tidur make sure dapur bersih, takde sampah. Tikus semua takde. Rezeki kami rumah ni senang nak jaga.

3. Tak ada monyet, babi, ular, biawak ke?
Takde. Memang takde. Kita pasang pagar untuk elak binatang masuk. Paling penting area ni memang sentiasa busy. We spend a lot of time kat area ni. Sebab ni la centre of the house. So maybe diorang pun malas nak kacau kot. Kita doa jela memang takde ye. Kawasan luar rumah ni bersih, kami jaga takde semak So alhamdulillah semuanya ok je.

4. Takde hantu ke?
Tak ada. Kitorang memang pemberani. Nak takut apa kita la tuan kat rumah sendiri. Tengah malam malam pun anak-anak kita berani dok luar makan maggie tau.

5. Takde pencuri?
Alhamdulillah.. alhamdulillah..tempat kami aman damai. Setakat ni takde pencuri.

Ads

6. Tak penat ke bersihkan habuk?
Rumah saya sangat kurang habuk. Maybe kawasan kampung jauh dari rumah orang lain dan jauh dari jalan raya. Kawasan ni diguna setiap hari dan dibersihkn setiap hari. So memang tak sempat berhabuk.

7. Tak tempias ke hujan?
Ada je tempias sikit tapi cepat kering sebab kawasan lapang angin tolong keringkan.
So ni la rumah kampung saya yang orang selalu ingat ‘homestay’.

IMPIANA: Wah seronoknya ada rumah kampung konsep terbuka begini. Cukup damai dan menenangkan apabila berada di rumah. Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang lain.

Ads

Mesti Baca: Sentuhan Rona Ceria Dekorasi Indah Rumah Kampung Di Australia Usia Lebih 100 Tahun
Baca Lagi Di Sini: Rumah Kampung Pusaka 12 Bilik Binaan Baru Dalam Kebun, Hasil Kongsi Duit Adik Beradik
Artikel Menarik: Rumah Pusaka Bertukar Jadi ‘Homestay,’ Buruk Macam Nak Roboh Terus Jadi Villa

Sumber: Noor Inah

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI