Rumah kayu kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Tapi dengan perubahan era, masa dan tahun banyak rumah-rumah kayu ini kian ‘pupus’ di makan masa dan anai-anai.
Seorang pemilik syarikat kontraktor yang berpengkalan di Kota Bharu, Kelantan telah berkongsi di laman Facebooknya tentang bagaimana beliau berjaya merealisasikan impian pasangan guru pencen iaitu Pn Nik Patanah Binti Nik Muhammad untuk mendiami rumah kampung versi moden di Kampung Laut, Tumpat Kelantan.
Menurut En Aqwa Mustofa selaku kontraktor, beliau bertanggungjawab untuk menyiapkan segala pembinaan mengikut idea dan pandangan yang diutarakan oleh pelangannya seperti mahu membina rumah bertiang tinggi kerana ingin mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanaknya dahulu. Rumah kampung moden ini berkeluasan 1800 kaki persegi berkapasiti 4 bilik tidur, 3 tandas, 2 ruang tamu dan 1 dapur. Manakala kos keseluruhan pembinaan menelan belanja sebanyak RM350,000.
Ambil Masa 8 Bulan
“Rumah ini disiapkan bersama kakitangan saya selama 8 bulan berikutan terdapat penangguhan dari segi faktor cuaca di pantai timur kerana apabila masuk sahaja musim tengkujuh, hujan turun tanpa henti dan mengakibatkan banjir sehingga menyukarkan projek ini disiapkan dalam tempoh yang pendek.”ujarnya.
Selain itu, senibina tiang tinggi ini bermanfaat untuk seisi keluarga kerana jika diperhatikan di sebelah bawah rumah, banyak ruang parkir yang tersedia. Pada pandangan penulis, jika tuan rumah mengadakan kenduri doa selamat, para tetamu tidak mempunyai masalah untuk meletakkan kenderaan masing-masing.
Ads
Di bawah ini adalah beberapa koleksi gambar yang dikongsikan oleh En Aqwa Mustofa untuk tatapan pembaca Majalah IMPIANA di luar sana. Mana tahu anda mendapat idea baru untuk renovasi kediaman ibu bapa anda di kampung. Jangan lupa Tag Facebok page IMPIANA ye!
Ads
Ads
IMPIANA: Menariknya seni bina rumah ini, sebiji macam rumah kampung tapi versi moden .
Langsir merupakan aksesori wajib ada bagi sesebuah kediaman. Jika tiada langsir, bagaikan tidak sempurna ruangan yang ada.
Untukpastikan langsir eyelet yang digantung sentiasa dalam keadaan yang tersusun,seorang pengguna Facebook (Lia Johari) ada berkongsi tip yang genius dengan pembaca. Ikuti petua ini..
Sakit mata bila tengok susunan/gelembung langsir eyelet tak sekata kan.
Saya kongsikan cara jimat DIY curtain devider guna cawan plastik je.
Cara
Belah dua cup dan potong bawah cup bentuk bulat untuk muat masuk dalam rod langsir.
Kemudian letakkan cup pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir.
*boleh lihat step pada gambar.
SEBELUM Senget sana sini.
Bila di tiup angin asyik bergerak dan hilang susunan. Stress saya!
CARA-CARANYA :
1. Guna plastik cup macam ni
2. Potong cawan plastik guna gunting dan kemudian potong bentuk bulat bahagian bawah cawan tersebut.
3. Masukkan cawan yang telah di potong tadi pada rod langsir mengikut gelembung langsir
SELEPAS Siap! Langsir nampak lebih kemas dan tersusun
Kabinet dapur amat penting, sejauh mana pun yang anda inginkan untuk ruang dapur anda. Rekaan dapur seperti mana yang anda idamkan tetapi perkara ini anda perlu ambil tahu. Jangan sesekali pandang enteng atau remeh, dalam perkara ini. Apakah perkara tersebut? Ketinggian kabinet gantung di ruang dapur. Penting sangat kalau tersalah pasang, alamatnya selamanya akan berada di situ.
Lihat gambar di bawah untuk rujukan kabinet dapur yang betul, jangan tersalah langkah dan ikut rasa hati.
Reka Teemor, nama yang tidak asing lagi untuk industri hiasan dalaman. Mula bertapak sejak 2006, pelbagai anugerah telah digalas menyebabkan Reka Teemor sentiasa menjadi perhatian bukan sahaja di dalam industri dalaman, malah kini lebih aktif sebagai perancang perkahwinan. Sentuhan magis Faizal Sabari dan Rozana Mumtaz sentiasa menjadi idaman pasangan mempelai. Jika sebuah dekorasi tidak kira interior mahupun majlis perahwinan yang mendapat sentuhan pasangan ini, pastinya membuatkan mata yang melihat hilang kata-kata, bagaimana pula dengan keindahan kediaman mereka ya?
Untuk edisi raya kali ini, IMPIANA diberi peluang berkunjung ke kediaman pemilik Reka Teemor yang terletak di Shah Alam. “Asal struktur kediaman ini adalah dari Batu Pahat dan ia merupakan rumah pusaka dari nenekanda yang mengetengahkan nilai senibina rumah limas Johor,” kata pemilik untuk pengenalan. Keseluruhan struktur diperbuat daripada kayu dan menggunakan sistem tanggam serta pasak menyebabkan ia boleh dibuka untuk tujuan memudahkan jika ingin beralih ke lokasi berlainan.
Namun, untuk memastikan nilai terdisional pada struktur asal tidak terlalu lapuk, pemilik menggabungkan senibina kolonial agar ia kelihatan lebih segar. Menyerlahkan lagi struktur dan interior kediaman ini, pemilik telah memberi tatapan rona monokromatik agar ia sentiasa kelihatan segar dan tidak sarat apabila terkandung himpunan koleksi pemilik. ”
Tambahan, rona tenang seperti putih dan beige dapat memberi ketenangan vibrasi rona ketika menghias pelamin,”jelas pemilik. Dari fasad, sudah jelas menunjukkan nilai arkitektural yang masih terpelihara seperti pada bahagian bumbungnya dan daun tingkap. Rekaan bumbung bertebar layar di lengkap dengan tunjuk langit namun tidak di padankan pula kerawang bagi mengetengahkan gaya kolonial. Pemilihan atap genting amat sesuai buat iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Ia menjadikan kediaman ini sejuk dan nyaman.
Jom lihat kediaman ini dalam aplikasi 360?
Inginkan cerita yang lebih panjang dan menarik mengenai kediaman ini, dapatkan e- magazine IMPIANA, di E-Mall. Ikut arahan di bawah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.