Rumah kayu kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Tapi dengan perubahan era, masa dan tahun banyak rumah-rumah kayu ini kian ‘pupus’ di makan masa dan anai-anai.
Seorang pemilik syarikat kontraktor yang berpengkalan di Kota Bharu, Kelantan telah berkongsi di laman Facebooknya tentang bagaimana beliau berjaya merealisasikan impian pasangan guru pencen iaitu Pn Nik Patanah Binti Nik Muhammad untuk mendiami rumah kampung versi moden di Kampung Laut, Tumpat Kelantan.
Menurut En Aqwa Mustofa selaku kontraktor, beliau bertanggungjawab untuk menyiapkan segala pembinaan mengikut idea dan pandangan yang diutarakan oleh pelangannya seperti mahu membina rumah bertiang tinggi kerana ingin mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanaknya dahulu. Rumah kampung moden ini berkeluasan 1800 kaki persegi berkapasiti 4 bilik tidur, 3 tandas, 2 ruang tamu dan 1 dapur. Manakala kos keseluruhan pembinaan menelan belanja sebanyak RM350,000.
“Rumah ini disiapkan bersama kakitangan saya selama 8 bulan berikutan terdapat penangguhan dari segi faktor cuaca di pantai timur kerana apabila masuk sahaja musim tengkujuh, hujan turun tanpa henti dan mengakibatkan banjir sehingga menyukarkan projek ini disiapkan dalam tempoh yang pendek.”ujarnya.
Selain itu, senibina tiang tinggi ini bermanfaat untuk seisi keluarga kerana jika diperhatikan di sebelah bawah rumah, banyak ruang parkir yang tersedia. Pada pandangan penulis, jika tuan rumah mengadakan kenduri doa selamat, para tetamu tidak mempunyai masalah untuk meletakkan kenderaan masing-masing.
Di bawah ini adalah beberapa koleksi gambar yang dikongsikan oleh En Aqwa Mustofa untuk tatapan pembaca Majalah IMPIANA di luar sana. Mana tahu anda mendapat idea baru untuk renovasi kediaman ibu bapa anda di kampung. Jangan lupa Tag Facebok page IMPIANA ye!
IMPIANA: Menariknya seni bina rumah ini, sebiji macam rumah kampung tapi versi moden .
Mesti Baca:Pintu Pagar ‘Standard’ Tampak Eksklusif Dengan Idea Ini, Bajet Pun Rendah!
Baca Lagi Di Sini:Trik Kilatkan Pagar Aluminium Yang Dah Nampak Kusam Hasilnya Kembali ‘Merelit’
Artikel Menarik:DIY Pagar Daripada Cement Board, Jimat Banyak Banding Upah Tukang
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.