Baru-baru ini, ada seorang individu yang mengunakan nama profil Koleksi Shaz Nazreyz di laman media sosial Facebook telah berkongsi beberapa keping foto memaparkan sebuah rumah kayu yang kelihatan usang dan sudah lama terbiar.
Rumah kayu lama itu yang dahulunya kelihatan sangat usang kini telah berubah sekelip mata tampak seperti sebuah rumah yang mewah dan sangat selesa untuk di diami.
Individu tersebut turut berkongsi foto setelah rumah kayu yang usang itu diubahsuai dan diberi nafas baru. Menerusi hantaran yang sama, pemilik akaun media sosial berkenaan juga ada berkongsi foto sewaktu rumah kayu lama itu masih dalam proses renovasi dan pengubahsuaian.
Ads
Lihat sahaja rumah kayu yang dahulunya tampak kelihatan usang dan terbiar kini sudah kembali menjadi sebuah rumah yang sempurna untuk di diami. Hebat bukan?
Jika dapat dilihat, pemilik rumah tersebut masih mengekalkan kemasan kayu untuk di tingkat atas manakala kemasan konkrit simen di tingkat bawah.
Untuk rekaan dalaman pula, pemilik telah memilih dan mengunakan kemasan kayu di bahagian lantai, dinding serta siling rumah. Senang kata, hampir kesemua bahagian dalaman rumah menggunakan kemasan kayu.
Ads
Di samping itu, penggunaan tingkap kaca pada setiap dinding sebagai sumber pencahayaan semula jadi untuk ruang dalaman rumah adalah sangat tepat dan bersesuaian.
Hasilnya, kita dapat lihat kedua-dua kombinasi ini boleh membuatkan ruang dalaman rumah tampak lebih mewah dan eksklusif!
Nyata, transformasi yang telah dilakukan pada rumah kayu yang lama ini boleh dijadikan sebagai salah satu sumber inspirasi kepada kita semua untuk memiliki rumah idaman meski ianya hanya daripada sebuah lama yang diubahsuai.
Umum tahu, kediaman berukuran 650 kaki persegi mempunyai keluasan dan ruang yang sangat terhad. Memberi cabaran kepada penghuni atau pemilik bijak menyusun atur agar semua keperluan dapat diisi dalam ruang yang terhad. Untuk kelihatan ruang kediaman lebih luas, kebanyakkan pemaju kini memilih konsep “open kitchen”. Jadi, ia memberi peluang dan ruang kepada pemilik untuk mengolah ruang mengikut keperluan. Seperti yang diakukan oleh Firdaus Hadzri dan pasangannya. Ruang dapur yang sangat terhad diolah sesuai dengan cita rasa dan keperluan.
Kami berdua memang sukakan sesuatu yang ringkas (minimalis) dan unsur-unsur segar dari alam sangat dekat dengan hati kami berdua. Kami berdua banyak mendapat idea atau inspirasi dari pinterest dan juga instagram.
Tema sebenar gaya bohemian ini adalah ringkas, sederhana serta sesuai untuk kediaman yang kecil supaya nampak tenang dan lapang. Perkara yang kami titik beratkan sekali adalah keluasan. Ini adalah kerana keluasan rumah kami adalah 650 sft. Keluasan ruang amat penting sekali untuk kami menentukan saiz, susunan serta jumlah kabinet, peralatan dapur, dan aksesori yang diperlukan supaya bersesuaian dengan ruang dapur agar tidak terlalu sempit atau terlalu kosong.
Pemilihan warna kabinet, peralatan dapur, dan aksesori yang bertepatan padanan warna juga amat mempengaruhi suasana ruang dapur. Warna yang tepat padanan akan dapat memberikan dimensi ruang yang kecil supaya nampak lebih besar dan luas. Selain itu juga, warna mampu memainkan sentuhan emosi kepada setiap orang yang memandangnya. Kami juga merancang untuk menukar pencahayaan (lampu) untuk menaikkan lagi mood bohemian pada masa terdekat ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Warna cat ideal untuk kediaman, jangan sampai tersalah pilih. Memang agak sukar untuk menentukan jenis warna yang akan digunakan sebagai warna utama agar ianya nampak sepadan dengan perabot yang telah kita pilih. Terdapat beberapa faktor yang wajar diberikan pandangan yang serius seperti kombinasi warna asas serta utama dan jenis ruangan yang akan dicat.
Anda pasti tidak mahu kelihatan sama warna dengan rumah orang lain bukan? Sebagai pemilik kediaman anda tentunya ingin muncul dengan idea tersendiri untuk mewarnai mahligai indah yang diidam-idamkan selama ini.
Berikut beberapa panduan pemilihan warna yang boleh anda terapkan di kediaman anda nanti.
TRY AND ERROR DI RUANGAN YANG KECIL
Saat ini anda masih lagi was-was dengan pilihan warna yang ada, jadi cuba dahulu di ruangan dinding yang kecil saiznya agar anda nampak kesannya setelah cat ditepek ke atas dinding. Ataupun anda boleh memilih dinding yang mudah untuk dilihat dan suai padankan perabot anda dengan dinging percubaan tersebut. Tetapi jika ianya nampak tidak sesuai, anda boleh tutupi kesilapan tersebut dengan hiasan wallpaper yang sesuai mengikut cita rasa anda sendiri.
PILIH WARNA YANG SESUAI DENGAN MOOD ANDA
Tahukah anda jika anda tersalah memilih warna untuk bilik tidur, anda akan rasa susah untuk tidur seperti diganggu dan ia mempengaruhi kadar rehat anda dan kesan buruknya amat nyata di pagi hari selepas anda bangun dari tidur yang tidak lena. Oleh itu, pemilihan warna neutral seperti biru air laut serta hijau muda amat sesuai.
PERIKSA DAHULU ADAKAH WARNA CAT SESUAI DENGAN PENCAHAYAAN DI KEDIAMAN ANDA
Sebelum anda membeli cat, anda pasti akan ditunjukkan oleh wakil penjual tentang pilihan kotak warna untuk rujukan anda. Di sini ketelitian anda amat diperlukan dalam menentukan warna apa yang sesuai dengan lampu yang digunakan di rumah kerana di Malaysia terdapat dua jenis lampu yang amat popular digunakan iaitu lampu pijar, warnanya agak kekuningan manakala lampu kalimantang pula menghasilkan warna putih serta sedikit biru.
FAHAMI SUSUNAN KELUARGA WARNA DARI CERAH HINGGA KE WARNA GELAP SERTA KETAHUI JUGA JUMLAH KECERAHANNYA
Berikut adalah di antara dua sebutan yang popular dalam penentuan kadaran warna iaitu Hue dan Saturation. Merah dan biru adalah warna hue. Nilainya bergantung kepada tahap keterangan atau kegelapan sesuatu warna tersebut.
Saturation pula adalah tentang tahap kepekatan sesuatu warna tersebut. Ianya amat penting kerana cara ini dapat menentukan kombinasi warna yang akan anda gunakan samada kuning terang bercampur biru muda atau sebagainya.
UJI WARNA PILIHAN SECARA TERUS PADA DINDING UTAMA PADA SKALA KECIL
Anda boleh cuba padankan segala pilihan warna terus ke atas dinding. Tetapi anda perlu bersedia dengan cat warna asal dinding, kerana anda perlu menutupnya kembali jika segala warna yang anda cuba tidak menetapi citarasa anda. Ini kerana di peringkat permulaan tadi, anda hanya bayangkan warna yang mengikut katalog yang disediakan, tetapi anda kini membawa pulang beberapa sampel yang bersesuaian.
PEMILIHAN WARNA MENGIKUT SKALA LINGKARAN WARNA
Senjata utama para designer adalah skala lingkaran warna. Ianya membantu mereka dalam pemilihan kombinasi warna yang tetap. Contohnya, padanan warna merah terang dan hijau muda merupakan padanan ideal untuk tema gelap-terang. Skala ini membantu adunan warna tersebut tampak hebat apabila diaplikasikannya nanti.
Pemilihan jubin bukanlah satu perkara yang ringkas dan mudah untuk kita membuat keputusan saat memasangnya. Tekstur, warna dan kemasan amat penting untuk menghasilkan satu gaya atau ciri mengikut konsep yang di kehendaki. Jika tersalah pilih boleh menyesal ye. Sila ambil perhatian! Jubin bukan boleh main pasang kalau tak suka kita boleh cabut dan ganti yang baru. Mungkin boleh jika anda terlalu banyak duit.
Kali ini, IMPIANA ingin kongsikan jubin pilihan IMPIANA yang berkonsepkan Urban Heritage, mana tahu anda tertarik dengan konsep dan ciri jubin ini. Jom lihat koleksi dari Guocera Sdn Bhd.
Jangan lupa kempen Raya Dekor IMPIANA x Mamyhome Semakin menyegit hantar penyertaan anda mana tahu anda adalah bakal pemenang wang tunai yang bernilai RM1000, RM500 dan RM300. Kalau nak DUIT RAYA hias cepat Ruang Raya anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.