Berikut antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama mereka di rumah. Anak-anak pasti lebih seronok dan teruja malah rumah anda akan menjadi lebih cantik.
CAT BILIK TIDUR
Anda boleh melakukan aktiviti mengecat bilik tidur. Musim cuti sekolah pada hujung tahun memberi erti bahawa anak-anak semakin membesar dan meningkat usia. Oleh itu, mungkin kita sebagai ibu bapa boleh mencorak dan mengubah cita rasa mereka dengan cara mengubah keadaan bilik mereka. Mulakan dengan mengecat dinding bilik. Terdapat pelbagai konsep yang sesuai buat bilik tidur anak-anak lelaki ataupun perempuan.
KUMPUL BARANG LAMA
Lakukan aktiviti mengemas dan mengumpulkan barangan lama yang tidak lagi digunakan. Jual barangan lama tersebut di laman sosial anda, mungkin ada yang berminat untuk membeli. Selain dan mengurangkan jumlah barangan yang tidak diperlukan dirumah anda, ia juga boleh dijadikan duit poket untuk anak anda di musim cuti sekolah.
BERKEBUN
Ketika di rumah,boleh juga lakukanlah aktiviti berkebun atau bercucuk tanam bersama anak-anak.Inilah masa untuk mencantikkan halaman dengan pokok bunga-bungaan dan sayur-sayuran.Tanamkanlah rasa cinta anak-anak kepada alam sekitar. Besar manfaatnya andai berbudi kepada tanah!
BANTU KERJA RUMAH
Pada waktu cuti inilah, waktu yang sesuai untuk ajak dan ajar anak-anak melakukan kerja-kerja rumah bersama-sama, seperti menyapu lantai, mengemas rumas, membasuh baju dan sebagainya. Ia juga merupakan latihan kendiri dan latihan kemahiran hidup buat mereka.Tidak lah kekok apabila sudah besar nanti.
DIY
Lakukan aktiviti yang menguji kreativiti anda dan anak-anak dengan menghasilkan kraf atau perabot dengan cara ‘DIY’. Sekarang terdapat banyak video tutorial yang boleh anda rujuk dan ketahui langkah yang betul bagi menghasilkan sesuatu produk. Aktiviti ini pasti menyeronokkan dan memberi kepuasan buat anak anda apabila dapat menghasilkan sesuatu yang cantik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI