![Untitled design - 2025-02-06T130305.855](https://cdn.impiana.my/2025/02/Untitled-design-2025-02-06T130305.855-696x365.jpg.webp)
Rumah kemas, tak bersepah walau ada anak lelaki yang tengah lasak? Nampak macam mustahil tapi sebenarnya ada saja yang mampu melakukannya.
Kebiasaannya, suasana rumah akan berterabur dengan mainan dan barang barang walau telah dikemas beberapa kali. Sudahnya dibiarkan saja.
Bagi ibu yang pening dengan keadaan keadaan ini, perkongsian Wan Nur Atikah boleh dijadikan panduan untuk memastikan keadaan rumah kemas dan bersih.
Beliau yang mempunyai tiga anak yang sedang aktif mempraktikkan 7 peraturan di rumah yang perlu dipatuhi semua termasuk anak agar kediaman dalam keadaan ‘terkawal’.
Rumah kemas dan terkawal dengan 7 peraturan
Cara saya kekalkan rumah dalam keadaan terkawal. Nak kata kemas, bersih tak jugak. Dengan anak tiga yang sedang aktif, ini sedikit sebanyak perkongsian saya.
1. Anak bermain satu tempat saja
Peraturan pertama, tetapkan lokasi bermain hanya di dalam bilik anak anak sahaja. Di ruang tamu tak dibenarkan bermain. Kalau ada mainan, satu dua boleh. Makan pun hanya di meja makan sahaja dan makan mesti serentak. Memudahkan kerja mengemas, sekali harung.
2. Tak simpan barang
Elak suka simpan barang tak diperlukan memandangkan rumah tiada stor. Sesetengah orang akan simpan barang yang ada sentimental value seperti barang kenangan dari zaman kecik, zaman bujang tapi saya tak.
Kebanyakan barang dalam rumah adalah barang kegunaan harian. Bila rasa lama tak digunakan lagi saya akan letak di luar rumah untuk suami settle kan. Sama ada nak jual semula, sedekah atau buang.
3. Jangan beli barang tak bersesuaian dengan rumah
Jangan beli atau bawa masuk barang yang dirasakan tak ikut tema rumah atau akan buat rumah berserabut. Contoh dulu saya ada banyak raga raga baju yang besar besar. Warna hijau, merah, biru. Bila masuk rumah baru barang ini saya terus beri pada orang yang nak.
4. Tetapkan tema warna rumah
Tetapkan konsep warna. Saya suka yang simple saja sebab anak tengah melasak berlari, main kejar-kejar. Jadi setiap kali nak beli barang hiasan rumah kena fikir. Jangan tiba-tiba suami terbawa balik kerusi kuning dan sebagainya. Saya selalu pesan, bab membeli biar saya uruskan.
5. Ajak anak kemas rumah sekali
Saya bekerja sebagai jururawat, waktu tak menentu jadi saya taida masa nak kemas 24 jam. Sebelum tidur ajak anak anak kemas sama. Vacum dan mop rumah, jadi bila bangun tidur dan balik kerja rumah masih kemas. Bila rumah berserabut mood boleh berubah.
6. Baju semua gantung
Ini mengurangkan risiko lambakan baju dalam raga, dan menjimatkan masa melipat. Baju anak yang sudah tak muat asingkan terus beri orang atau buang. Saya takkan simpan untuk adiknya yang masih kecil. Nanti berlambak.
7. Peralatan dapur beli satu set
Peralatan, barang dapur macam pinggan saya beli satu set. Sama corak pinggan,cawan, mangkuk bagai. Itulah yang guna untuk harian dan bila ada tetamu. Saya tiada ruang khas untuk simpan pinggan pinggan yang tak digunakan sebab rumah kecil.
Ini adalah aturan yang dibuat Wan Nur Atikah, boleh sangat untuk kita ikut atau ubah untuk kesesuaian keluarga. Paling penting aturan tersebut membantu kita memiliki kediaman yang kemas, selesa dan menenangkan.
Sumber: Wan Nur Atikah
Mesti baca: Tak Jemu Mata Memandang, Dekorasi Rumah Flat Tampak Elegan, Cantik & Kemas
Baca lagi: Rumah Kecil Atau Besar Bukan Penentu BAHAGIA, Deko Ikut Kemampuan Asalkan Kemas & Tenang
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI