Kemeriahan sebuah rumah ibarat taman tema di I-City Shah Alam mendapat perhatian orang ramai selepas kawasan halamannya dihiasi dengan lampu solar lip lap berwarna-warni.
Dekorasi Lampu Solar
Menerusi perkongsian video oleh Puchong Viral, dekorasi lampu berkenaan menghiasai pokok, tumbuhan selain rekaan mini seperti bangunan KLCC dan KL Tower yang dibina pemiliknya.
Lampu suria yang disangkut pada setiap penjuru rumah membuatkan kediaman berkenaan bercahaya.
“Matahari hilang je terus hidup, hidup sampailah bateri habis, kadang-kadang sampai pagi pun pernah,” kata pemilik rumah ini.
Anggaran Kos RM2,000
Menurut individu yang merakam rakaman ini, dekorasi lampu solar ini telah dilakukan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.
Ads
Menurut pemilik, anggaran kos yang telah dibelanjakan untuk memasang lampu lip lap ini sekitar RM2,000. Namun baginya jumlah tersebut tidak rasa begitu besar, kerana ia dilakukan secara berperingkat dan dipasang sedikit demi sedikit.
Pemilik rumah juga berbesar hati membenarkan orang ramai untuk datang tengok dan ambil gambar dan tidak merosakan kawasan dan harta di kediaman ini.
Ads
Rata-rata komen daripada pengguna media sosial memuji keindahan rumah pemilik ini.
“Cantik rumah pakcik ni, gigih nak bagi cantik, ada kreativiti tersendiri dan menarik perhatian ramai,” komen Massuriani.
“Cantik, rajin keluarga ini menghias rumah,” komen Zana.
Ads
“Cantik dan kreatif hiasan lampu solar yang berwarna-warni,” komen Zaira.
IMPIANA: Memang cantik, meriah rumah bercahaya dan berseri apabila memasang lampu lip lap sebegini. Lagi-lagi dipasang pada malam 7 likur dan menjelangnya Syawal.
Mungkin ada yang di kalangan anda yang pernah menjadikan binaan rumah yang bercirikan seni bina Islam ini sebagai satu persoalan, adakah ia merupakan faktor yang sangat penting dalam segi seni pembinaan kediaman anda.
Selain menjadi satu persoalan, sejauh mana seni bina rumah atau kediaman yang bercirikan Islam ini telah menjadi satu komponen yang sangat penting dalam segi reka bentuk sesuatu pembinaan kediaman?
Maka dalam episod terakhir Tour Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan perkara tersebut di bawah program yang bertajuk ’5 Skim Pembiayaan Rumah Bank Islam Ramai Tak Tahu’ bersama para penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Puan Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama panel tetamu jemputan istimewa iaitu Haji Zameran Bin Jusoh, selaku Pengarah Wilayah Central 1, Bank Islam Malaysia Berhad.
Ketika sesi temu bual berlangsung, Haji Zameran berkata adalah sangat penting untuk semua para umat yang beragama Islam memiliki sesebuah kediaman yang bercirikan seni bina Islam bagi membina ikatan kekeluargaan antara satu sama lain yang lebih harmoni.
“Pertama sekali apa yang kita perlu faham adalah apa perkara yang sebenarnya kita mahukan dalam rumah kita. Seperti yang pernah berpesan oleh Baginda Rasullah, Nabi Muhammad SAW, sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat,
“Dan kita akan memperolehi hasilnya berdasarkan dengan apa yang telah kita niatkan. Contoh, bilik tidur kita adalah satu ruang privasi dalam rumah kita, jadi tak akan kita nak masuk terus dalam rumah dengan mempamerkan ruang bilik tidur kita kan?
“Kalau kita ada anak jantina berlainan seperti lelaki dan perempuan misalnya, kita perlu menyediakan bilik yang berasingan untuk mereka. Begitu juga kita perlu menyediakan ruang atau bilik untuk beribadah yang mana ianya bukan satu kehendak tetapi keperluan untuk seisi keluarga dalam sesebuah rumah,
“Antara faktor yang paling penting untuk sesuatu kediaman adalah persekitarannya,” katanya.
Jika anda mahu mengetahui perbincangan selanjutnya, anda boleh menonton video penuh pada pautan video di bawah:
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Tip pilih karpetuntuk rumah, kena sesuaikan dengan konsep dekorasi. Memilih warna karpet atau permaidani yang sesuai untuk kediaman memang sangat penting. Sekiranya pilihan warna yang salah ia mampu mencacatkan pemandangan ruang tamu anda. Ikuti tip ini untuk memilih warna permaidani yang sesuai.
+ Untuk ruang kediaman yang minimalis anda boleh memilih permaidani dengan warna menarik tetapi tidak perlu terlalu banyak motif.
+ Pilih satu warna permaidanisahaja untuk menghadirkan kesan ruangan yang sudah terasa penuh atau banyak perabot. Namun untuk ruang yang lapang dan kelihatan kosong, anda boleh memilih permaidani dengan kombinasi warna yang bersesuaian.
+ Pilih warna permaidani yang sesuai dengan fungsi ruang. Seperti ruang bilik tidur anda boleh memilih warna yang lembut dan mampu memberikan keselesaan.
+ Untuk ruang tamu, pilih warna permaidani yang mampu membangkitkan suasana ruang. Anda boleh membandingkan warna permaidani dengan reka bentuk sofa, jika sofa bermotif anda boleh memilih permaidani jenis polos dan sebaliknya jika sofa anda tidak bercorak.
+ Untuk menampilkan kesan yang teduh pada ruangan anda boleh memilih warna neutral dengan tekstur yang halus dari bulu-bulu permaidani.
+ Pilih warna yang mampu mencerahkan dan menyerlahkan suasana sebuah ruangan. Misalnya, warna hijau, emas, ungu ataupun warna hitam dan putih.
Makover Dapur Rumah Sewa, Nanti Nak Pindah Kabinet Boleh Cabut Balik. Ramai beranggapan, bila duduk rumah sewa buat rugi je kalau kita dekor cantik-cantik. Nanti yang untung tuan rumah. Betul tak? Impiana nak tanya, siapa yang akan hidup dan bertapa dalam rumah tua? anda kan? Sudah pasti anda inginkan keselesaan.
Tuan rumah lebih hargai penyewa yang pandai menghias dan menjaga rumah jika dibandingkan mereka yang hanya duduk dan menyawa alakadar sahaja. Ini kan lagilah yang buat hal. Silap-silap, penyewa yang pandai menjaga dan menghias rumah ni pemilik boleh bagi harga diskaun lagi.
Ada juga yang bagi alasan nanti tuan rumah tak bagi tebuk dan pecah dinding. Ish! tak payah lah sampai macam tu. Cuba lihat cara Siti Sara hias dapurnya. Walaupun rumah sewa, Kabinet dapur tetap digunakan tetapi yang jenis pasang siap. kan cantik
Dapur rumah sewa jenis flat. Asalnya dapur ni tak ada kabinet. Kami suami isteri ubah suai pasang kabinet knoxhult. Suami saya pasang sendiri, tempat sinki pun dia buat sendiri. Pilih kabinet ni sebab boleh dibuka dan bawa sekali bila pindah.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.