Dekorasi

Rumah Lampu Solar Warna Warni, Meriah Bercahaya Macam Dalam Taman Tema ‘I-City’!

Share

Kemeriahan sebuah rumah ibarat taman tema di I-City Shah Alam mendapat perhatian orang ramai selepas kawasan halamannya dihiasi dengan lampu solar lip lap berwarna-warni.

Dekorasi Lampu Solar

Menerusi perkongsian video oleh Puchong Viral, dekorasi lampu berkenaan menghiasai pokok, tumbuhan selain rekaan mini seperti bangunan KLCC dan KL Tower yang dibina pemiliknya.

Lampu suria yang disangkut pada setiap penjuru rumah membuatkan kediaman berkenaan bercahaya.

“Matahari hilang je terus hidup, hidup sampailah bateri habis, kadang-kadang sampai pagi pun pernah,”

kata pemilik rumah ini.

Anggaran Kos RM2,000

Menurut individu yang merakam rakaman ini, dekorasi lampu solar ini telah dilakukan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

Menurut pemilik, anggaran kos yang telah dibelanjakan untuk memasang lampu lip lap ini sekitar RM2,000. Namun baginya jumlah tersebut tidak rasa begitu besar, kerana ia dilakukan secara berperingkat dan dipasang sedikit demi sedikit.

Pemilik rumah juga berbesar hati membenarkan orang ramai untuk datang tengok dan ambil gambar dan tidak merosakan kawasan dan harta di kediaman ini.

Rata-rata komen daripada pengguna media sosial memuji keindahan rumah pemilik ini.

“Cantik rumah pakcik ni, gigih nak bagi cantik, ada kreativiti tersendiri dan menarik perhatian ramai,”

komen Massuriani.

“Cantik, rajin keluarga ini menghias rumah,” komen Zana.

“Cantik dan kreatif hiasan lampu solar yang berwarna-warni,” komen Zaira.

@puchongviral 📍 Jalan Taqwa,Kg Langkas, Puchong 📍 Rumah Lampu Solar lip lap di Puchong. Pakcik dan makcik ini sangat la baik hati dan membenarkan org ramai datang tgk dan ambik gambar, as long as jaga anak anak sendiri dan tidak merosakan Kawasan dan harta pakcik ni. #puchong #foodie #puchongpermai #puchongperdana #puchongutama #puchongprima #pusatbandarpuchong #puchongjaya #puchongindah #puchongintan #bukitpuchong #batu14puchong #batu13puchong #putraperdana ♬ original sound – PuchongViral

 Mesti Baca: Nak Laman Bercahaya Terang Tapi Masih Jimat Elektrik Sehingga 80%
Baca Lagi Di Sini:Buat Sendiri LAMPU PELITA Guna Minyak Masak, Jimat Tahan Sampai Subuh!


Artikel Menarik: Kini Sudah Ada Lampu Pelita Solar, Lebih Canggih & Jimat!

IMPIANA: Memang cantik, meriah rumah bercahaya dan berseri apabila memasang lampu lip lap sebegini. Lagi-lagi dipasang pada malam 7 likur dan menjelangnya Syawal.

Sumber: Puchong Viral, Kosmo

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Binti Abd Wahab