Rumah landed yang bertitle strata semakin popular di Malaysia, terutamanya di kawasan bandar yang padat penduduk. Namun, ramai masih keliru dengan konsep ini. Adakah rumah landed strata ini sama dengan rumah landed biasa?
Apa Itu Rumah Landed Strata?
Rumah landed strata merujuk kepada rumah atas tanah seperti teres, semi-D, atau banglo, tetapi berada di bawah sistem strata. Ini bermaksud pemilik rumah memiliki hak eksklusif ke atas rumah mereka, tetapi kawasan bersama seperti taman permainan, kolam renang, dan jalan dalaman dikongsi bersama. Ia berbeza dengan rumah landed individu di mana pemilik mempunyai hak penuh ke atas tanah dan bangunan.
2. Caj Pengurusan (Maintenance Fee)
Walaupun anda tinggal di rumah landed, anda perlu membayar caj pengurusan untuk penyelenggaraan kawasan bersama. Caj ini biasanya digunakan untuk memastikan kebersihan, keselamatan, dan penyelenggaraan kemudahan seperti pagar keselamatan dan jalan. Caj ini mungkin lebih tinggi bergantung kepada jenis dan kualiti kemudahan yang disediakan oleh pemaju.
Ads
3. Pentadbiran Badan Pengurusan Bersama (JMB/MC)
Rumah strata, termasuk rumah landed strata, berada di bawah pengawasan Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Badan Pengurusan (MC). JMB/MC ini bertanggungjawab menguruskan kawasan bersama, mengutip caj pengurusan, dan membuat keputusan penting tentang penyelenggaraan. Pemilik rumah perlu menghadiri mesyuarat yang diadakan secara berkala untuk memastikan suara mereka didengar.
4. Sekatan dan Peraturan
Rumah landed strata mempunyai peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh semua pemilik rumah. Contohnya, anda mungkin tidak dibenarkan mengubah suai bahagian luar rumah sesuka hati kerana ia boleh menjejaskan estetika keseluruhan kawasan. Hal ini berbeza dengan rumah landed individu, di mana kebebasan untuk mengubah suai rumah lebih fleksibel.
5. Keselamatan Lebih Terjamin
Salah satu kelebihan utama rumah landed strata ialah tahap keselamatannya yang lebih baik. Kawasan ini biasanya berpagar (gated) dan mempunyai kawalan keselamatan (guarded) yang dikendalikan oleh pengurusan. Ini memberikan ketenangan hati kepada penduduk, terutama di kawasan bandar yang sering menghadapi isu keselamatan.
Ads
Kelebihan dan Kekurangan Rumah Strata
Kelebihan Rumah Strata
Keselamatan Lebih Terjamin : Kawasan rumah strata biasanya dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24/7, sistem CCTV, dan akses berpagar (gated and guarded). Ini memberikan rasa selamat, terutamanya untuk keluarga dengan anak-anak kecil atau bagi mereka yang sering meninggalkan rumah untuk urusan kerja.
Kemudahan Moden : Rumah strata menawarkan kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, taman permainan, dewan serbaguna, dan kawasan hijau yang tidak selalu tersedia untuk rumah individu. Pemilik rumah dapat menikmati gaya hidup lebih mewah tanpa perlu menguruskan penyelenggaraan sendiri.
Pengurusan Bersama yang Teratur : Pengurusan kawasan bersama seperti landskap, pencahayaan, dan jalan dikendalikan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Badan Pengurusan (MC). Ini memastikan kawasan sentiasa terjaga tanpa perlu pemilik rumah menguruskan secara individu.
Komuniti yang Lebih Teratur : Rumah strata mewujudkan suasana komuniti yang lebih teratur kerana terdapat peraturan yang mengawal tingkah laku penghuni, seperti larangan terhadap bunyi bising atau tempat letak kereta yang tidak teratur.
Nilai Jualan Semula yang Stabil : Rumah strata di kawasan strategik cenderung mengekalkan nilai jualannya kerana lokasi dan kemudahannya. Permintaan untuk hartanah jenis ini juga sering tinggi, terutama di bandar.
Kekurangan Rumah Strata
Caj Pengurusan Bulanan : Pemilik rumah strata perlu membayar caj pengurusan setiap bulan untuk penyelenggaraan kawasan bersama. Caj ini boleh menjadi beban tambahan, terutamanya jika kadar yang dikenakan tinggi.
Kebebasan Terhad : Pemilik rumah strata tidak mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk mengubah suai rumah, terutamanya bahagian luar. Peraturan ini bertujuan untuk mengekalkan estetika dan keseragaman kawasan.
Ketergantungan kepada Pengurusan : Jika JMB atau MC tidak cekap dalam menjalankan tugas, kawasan bersama mungkin terabai. Ini boleh menjejaskan kualiti hidup penduduk serta nilai hartanah.
Konflik Komuniti : Dalam komuniti strata, terdapat potensi untuk konflik antara penduduk, seperti isu parkir, kebersihan, atau penggunaan kemudahan bersama. Hal ini boleh menyebabkan ketegangan antara jiran.
Pemilikan Bersama : Walaupun pemilik memiliki unit mereka secara individu, kawasan bersama seperti jalan, taman, dan kemudahan adalah milik bersama. Jika berlaku kerosakan besar, penduduk mungkin dikenakan yuran tambahan untuk pembaikan.
IMPIANA :Rumah landed strata mungkin pilihan yang ideal bagi anda yang ingin menikmati gaya hidup eksklusif dengan kemudahan moden, tetapi dengan sentuhan komuniti yang lebih teratur. Namun ia memerlukan komitmen dari segi kos dan pematuhan peraturan.
Bagi anda yang berhasrat ingin membeli sebuah rumah baharu khususnya di bawah projek perumahan dengan pemaju, ada beberapa perkara penting yang perlu anda tahu sebagai seorang pembeli sebelum membuat keputusan untuk membeli kediaman tersebut.
Maka oleh itu, dalam episod Tip Impiana kali ini kami bawakan tetamu jemputan istimewa iaitu Cik Amaliena Mazlan yang merupakan salah seorang Perunding Hartanah dari MATRIX Concepts Holdings Berhad bagi berkongsi tip tersebut bersama para penonton.
Ketika sesi temu bual bersama hos segmen Tip Impiana, Raff dan tetamu jemputan telah memaklumkan ada beberapa perkara yang penting sebagai pembeli harus tahu sebelum mahu membeli rumah baharu dengan pemaju.
“Apa yang saya kongsikan ini sebenarnya adalah perkara asas yang pembeli harus tahu terutamanya kepada mereka yang pembeli rumah pertama yang masih tidak tahu beberapa perkara penting yang wajib anda tahu.
“Pertama sekali, anda perlu tahu mengenai pemilihan lokasi kediaman anda. Maksudnya di sini, anda perlu tahu di mana lokasi projek perumahan anda itu bakal dibangunkan dan sebagai pembeli anda kena tahu rumah yang anda mahu beli itu berada di lokasi mana dan sebagainya.
“Ini kerana sebagai pembeli anda kena tahu jarak dari lokasi perumahan anda ke tempat-tempat kemudahan awam seperti hospital, kedai ke tempat kerja dan sebagainya.
“Mengapa saya kata lokasi ada perkara pertama yang penting wajib anda tahu ini kerana kita lihat potensi projek kawasan perumahan kita itu sebab kita bukan beli rumah semata-mata, tetapi kita beli dengan persekitaran kawasan perumahan itu sekali,” jelasnya.
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai perkara yang penting wajib anda tahu sebagai seorang pembeli rumah baharu dengan pemaju, anda boleh tonton video penuh pautan di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tak dinafikan rumah boleh menjadi aset hartanah yang menguntungkan apabila ia berjaya dijual. Namun ia juga boleh menjadi sebaliknya. Bukan semua rumah yang dimiliki mudah untuk dijual. Lebih-lebih lagi jika mempunyai 3 perkara asas ini yang menyebabkan rumah susah untuk dijual.
Baca perkongsian daripada Perunding Hartanah, Syakila Mokhtar ini sebagai panduan;
3 sebab utama kenapa rumah tu susah nak dijual.
Selalu orang ingat jadi perunding hartanah ni senang buat duit. Hakikatnya tidaklah semudah itu.
Kalau begitu mudah, pasti dah ramai perunding hartanah jadi jutawan.
Nak jual rumah bukanlah mudah. Lagi-lagi kalau tuan rumah punya perangai macam ni:
1.Rumah Buruk
Bila kami pergi tengok rumah dari luar pun kami dah geleng kepala. Cat dah berlumut, laman penuh lalang, grill besi dah senget, tingkap dah kopak.
Bila masuk dalam lagilah tak lalu. Nak ambil gambar pun fikir banyak kali, siapa ada selera nak beli rumah macam ni? Paling-paling pun kaki flip rumah busuk.
Kalau tanya tuan rumah sendiri dia tak lalu nak duduk rumah tu. Macam mana nak tarik pembeli bagi offer?
2.Permintaan Rendah
Bukan semua kawasan sama. Ada kawasan yang permintaan tinggi. Kalau rumah tu dalam kawasan yang permintaan rendah, memang lambat nak dapat pembeli.
Kawasan yang jauh dari kemudahan asas, sekolah, kedai, ada ramai pendatang asing dan jauh dari peluang pekerjaan biasanya memang susah nak jual. Lagi-lagi kalau tuan rumah buat hal kat bawah ni.
3.Minta Harga Tinggi
Ramai juga tuan rumah yang main petik je berapa harga dia nak. Selalunya dia akan petik sekali harga yang jiran-jiran lain dah jual. Entah betul entah tidak, saya tengok rekod transaksi takde pula jual harga macam tu.
Dengan kombinasi 3 in 1 kat atas ni, memang susah kami nak jual hartanah tu. Tapi kadang-kala tuan rumah tak nak faham. Dia ingat semua rumah berbaris orang nak beli.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi buat pemilik rumah yang nak jual rumah, elakkan 3 perkara ini yang boleh menjadi punca rumah susah untuk dijual.
Tidak dinafikan, apabila kita mahu memulakan langkah untuk melakukan pengubahsuaian kediaman khususnya, antara perkara penting yang sering menjadi keutamaan adalah bajet kos perbelanjaan yang diperlu dilaburkan.
Bukan sekadar itu sahaja, jumlah bajet kos perbelanjaan yang perlu dilaburkan bagi untuk melakukan pengubahsuaian rumah juga boleh menimbulkan kebimbangan serta perasaan yang hiba dalam diri bagi memiliki sebuah rumah idaman.
Apabila berbicara soal jumlah bajet kos perbelanjaan pengubahsuaian kediaman, mungkin ada juga segelintir di kalangan anda yang beranggapan dengan jumlah kos perbelanjaan bajet yang terhad hasrat untuk memiliki sebuah rumah idaman tidak akan berjaya dikecapi.
Namun tahukah anda, dengan kos perbelanjaan yang terhad anda sebenarnya mampu menghasilkan rekaan binaan sebuah rumah yang cantik bersama konsep yang anda ingin tampilkan pada kediaman anda.
Sebagai pemiliki kediaman, anda seharusnya perlu bijak berbelanja dan teliti dalam mengatur setiap langkah pengubahsuaian bagi kediaman anda. Kita mesti mahu sentiasa memberikan yang terbaik untuk rumah idaman kita, betul tak?
Seperti contoh perkongsian menerusi beberapa keping foto di atas, anda dapat lihat sebuah binaan rumah yang memiliki ciri-ciri rekaan yang menarik dan cantik meski dengan bajet kos perbelanjaan yang terhad.
Bagi anda yang mempunyai kos bajet perbelanjaan yang terhad bagi pengubahsuaian rumah, anda disarankan untuk menggunakan bahan-bahan binaan kos yang lebih murah sebagai pilihan. Selain anda juga digalakkan untuk bertukar daripada pengunaan jubin kepada kemasan simen licin untuk seluruh ruang permukaan lantai kediaman anda.
Apabila melihat hasil binaan rumah ini setelah siap sepenuhnya, sememangnya akan terzahir rasa kagum melihat keindahan kediaman yang sangat menakjubkan ini. Jadi, diharapkan perkongsian ini juga boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan pemangkin semangat kepada anda semua.
Foto: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.