
Tiada apa yang mustalil jika ada usaha dan kesungguhan. Siapa sangka hanya berbekalkan minat, sedikit kemahiran dan juga rujukan dari YouTube pasangan suami isteri Azizi Anuar dan TgSH Husna lantas mengubah suai rumah papan yang didiami bersama orang tua mereka. Pasangan ini yang tinggal di rumah kampung bersama orang tua, tapi teringin nak gaya moden.
Rumah Papan Kampung Berubah 360 Darjah Dengan Make Over Gaya Moden
Bermula dari PKP, make over kediaman yang terletak di Dungun Terengganu dilakukan sedikit demi sedikit, dari ruang tamu, dapur, bilik solat dan bilik anak. Paling menarik mereka berdua melakukannya sendiri dari awal hingga akhir walaupun tiada latar belakang pertukangan.
Menurut Azizi ia bermula dari suka-suka, ubah suai dilakukan kerana mahukan gaya moden dalam kediaman. Berikut adalah tranformasi kediaman rumah papan gaya moden hasil kerja tangan Azizi dan isteri. Semoga memberi inspirasi kepada yang bercadang mengubah suai kediaman.
SEBELUM
SELEPAS
Dapur
Ruang tamu
Ruang solat
Ruang belajar anak
Sumber: Azizi Anuar dan TgSH Husna & Ziandnamalaysia
Baca Lagi Di Sini:‘Classy’ Persis Hotel Mewah, Scha Alyahya Kongsi Dekor Rumah Ilham Bersama Suami
Mesti Baca:CARA Basuh Kain Buruk, Kain Lap KOTOR Kembali Bersih & Wangi Macam Baru!
Baca Lagi Di Sini:DIY Tukar Tandas Cangkung Ke Tandas Duduk, Jimat Kos Tak Perlu Pecah Jubin!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kesalahan Ketika Menggunakan ‘Air Fryer,’ Ramai Yang Masih Tak Tahu

Isi Kandungan
ToggleAir fryer popular menjadi pilihan terutamanya bagi mereka yang mengamalkan pemakanan yang sihat. Namun, ramai yang tidak sedar akan kesalahan yang dilakukan ketika menggunakan peralatan memasak ini. Berikut 8 kesalahan ketika menggunakan Air fryer
1. Masak dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa
Walaupun tertera kapasiti muatan air fryer 1.8, 2.5 liter atau sebagainya, ini tidak bermakna anda boleh isi penuh ruang memasak. Ini kerana, sistem memasak di dalam air fryer menggunakan aliran udara panas. Jika makanan terlalu padat, ia memberi kesukaran kepada udara untuk bergerak bebas dan memastikan makanan masak merata. silap-silap, tekstur makanan akan berubah dan tidak enak.
2. tidak menggeringkan makanan terlebih dahulu
Untuk memasak makanan seperti daging, ayam, ikan dan sayuran, pastikan anda keringkan bahan tersebut dari air. Macam daging, ayam dan ikan tu, tekap dengan tisu sebelum dimasak. Permukaan makanan yang kering lebih cepat dan mudah dimasak
3. Peralatan air fryer tidak di cuci secara rutin
Layaknya peralatan masak yang lain, air fryer juga sebaiknya dibersihkan secara rutin. Terutama apabila ia sering digunakan. Lakukan pembersihan secara kerap mengikut langkah-langkah yang disarankan mengikut setiap jenama.
4. Tidak memanaskan air fryer terlebih dahulu
Sama seperti oven, air fryer juga perlu dipanaskan terlebih dahulu seblum makanan dimasukkan. Ia dapat memastikan proses memasak dapat dilakukan secara optimum
5. Tidak membalikan makanan
Walupun tatapan air fryer boleh diset dan tinggalkan ia cukup masa dimasak. Namun, teknik ini kurang sesuai untuk bahan seperti daging, ayam dan ikan. Sekurang-kurangnya, anda perlu membalikkan daging yang dimasak sekurnag-kurang 1-2 kali sepanjang proses untuk memastika ia masak rata
6. Tidak langsung menggunakan minyak
Walaupun air fryer dinali sebagai peralatan mengoreng tanpa minyak, ini tidak bermakna ia tidak memerlukan langsung minyak. Untuk hasil masakkan yang lebih cantik dan enak, semburkan sidikit minyak di atas makanan sebelum dimasak
7. Menggunakan cooking spray
Elak guna cooking spray pada permukaan air fryer. Ini kerana permukaan air fryer telah direka lengkap dengan lapisan anti lekat. Jika anda menggunakan cooking spray, ia dikhuatiri akan merosakkan permukaan anti lekat tersebut.
8. Tidak memeriksa makanan
Walupun air fryer dilengkapai dengan tetapan masa, anda tetap perlu memeriksa makanan sesekali. Ia bagi memastikan makanan anda masak merata
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ini 6 Cara Bebaskan Dapur Anda Dari Bau Busuk Yang Melekat

Ruangan dapur tidak wajar dipandang enteng kerana selain daripada menjadi tempat kita memasak, ianya juga berupaya menjadi ruangan sosial untuk mengeratkan hubungan antara keluarga.
Tetapi, bagaimana kalau dapur berbau busuk sehingga tetamu kita ingin lekas pulang?
Tidak perlu pening, IMPIANA menggariskan beberapa tip untuk memastikan dapur anda bebas dari segala bau busuk.
Ikuti tip ini :
- Pastikan segala peralatan dapur anda dilap kering sebelum disimpan semula. Anda bayangkan jika segala sudip dan senduk diletakkan secara menegak dalam bekas plastik dan airnya bertakung di dalam? Anda pasti tidak akan menggunakan lagi perkakas tersebut.
2. Jangan bertangguh untuk membuang sampah di tong atau bilik sampah yang disediakan oleh majlis bandaraya serta jawatankuasa penduduk. Mahukah anda bau isi perut ikan menyelubungi kediaman anda?
3. Pastikan anda mencuci bersih segala pinggan dan mangkuk yang telah digunakan. Pasti anda tidak mahu tidur bersama aroma lauk basi dibiarkan semalaman. Jadi, masalah ini boleh diselesaikan dengan menyegerakan pencucian segala perkakas, kerana bau sahaja sudah cukup menyeksakan dan belum lagi dengan kehadiran lalat serta makhluk perosak yang lain.
4. Asingkan daging dengan papan pemotong sayur dan papan pemotong roti. Sewaktu mencuci, fokuskan cucian anda terhadap kesan potongan pisau kerana tanpa kita sedari, terdapat jutaan bakteria yang membiak di dalam ruang potongan kecil tersebut. Penulis akan memastikan untuk melalukan air panas kepada setiap papan pemotong untuk membunuh bakteria dari terus membiak.
5. Gunakan lilin aromaterapi sebaik sahaja anda selesai membersihkan dapur sebagai salah satu alternatif daripada menyembur pewangi malahan kaedah ini tempoh wanginya bertahan lebih lama dari semburan pewangi aerosol yang bersifat sementara. IMPIANA mencadangkan bauan serai atau lemon.
6. Ganti atau cuci kain langsir yang menghiasi dapur anda. Ini amat penting kerana material yang digunakan untuk kain langsir ada yang nilon, polyester, dan kain cotton. Kain cotton meresap segala partikel halus masakan anda dan ianya berisiko tinggi untuk memerap bau yang akan membuatkan anda tidak selesa di kemudian hari. Selain itu, jika anda menggunakan sistem ventilasi udara, pastikan anda mengikut jadual servis berkala yang ditetapkan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Awas! Anda Perlu Peka Dengan 14 Peralatan Dapur Paling Kotor Dan Dipenuhi Bakteria Ini

Buat pengetahuan anda, dapur yang juga merupakan jantung bagi sesebuah kediaman ini merupakan kawasan yang paling banyak terletaknya alatan atau item yang paling kotor berbanding ruang lain di rumah.
Sebagai ruang penyediaan makanan, dapur hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat. Ini bagi mengelakkan risiko jangkitan dan penyakit. Kehadiran bakteria atau kuman pada peralatan di dapur boleh dibendung dengan beberapa langkah dan amalan. Mari kita semak petua yang dikongsi Puan Huda Zainal ini.
Statement ’Joan Stiller’ dalam majalah Kings Of Maid, “Even the cleanest kitchen has germs”, terus tarik minat nak baca sampai habis.
Terdapat 14 benda paling kotor di dapur dan disinggahi bakteria yang sentiasa menemani
1. Span pencuci pinggan mangkuk
Span pencuci pinggan mendapat undian nombor satu sebagai benda paling kotor. Keadaan span yang memerangkap lembapan menjadi tempat paling baik untuk pembiakan bakteria.
Cara terbaik adalah dengan menggantikan span setiap 2 minggu sekali menurut satu kajian yang telah dilaporkan oleh The New York Time.
2. Papan pemotong
Span pencuci pinggan dikategorikan sebagai benda paling kotor di dapur, namun papan pemotong dinobatkan sebagai alat nombor satu punca keracunan makanan.
Ini kerana, tempat yang tercalar akibat kesan memotong meninggalkan serpihan makanan dicelah-celahnya.
Kaedah yang disarankan untuk membersihkan adalah menggunakan air suam terutama selepas memotong ayam. Menurut Ben Chapman, ‘food safety resercher’ di NC State University.
Katanya lagi, papan pemotong kayu lebih bagus digunakan untuk memotong sayuran dan buah. Manakala papan pemotong plastik untuk daging dan ayam.
3. Sinki dapur
Menurut Web MD, mangkuk tandas lebih bersih daripada sinki dapur jika kita meninggalkan pinggan atau periuk kotor di dalam sinki semalaman.
Cara terbaik pembersihan sink adalah menggunakan produk disinfectant sehari sekali dan dibiarkan kering dengan sendiri.
4. Kain lap/ kain buruk
Kain tuala yang paling kotor di dalam rumah. Dicadangkan ganti penggunaan setiap hari. Kumpulkan semua dan basuh semua sekali dengan merendam di dalam air panas dan bleach.
5. Pembuka tin
Antara peralatan yang kotor kerana sering salah cara pembersihan selepas digunakan. Ramai hanya melalukan air pada pembuka tin tanpa memberus pada bahagian tajam pembuka tin.
Sebulan sekali, perlu direndam didalam air larutan cuka untuk membunuh kuman. Kemudian dibiarkan kering tanpa perlu membilas
6. ‘Knife block’ atau tempat letak pisau
Habuk atau serpihan makanan yang kecil mungkin tersumbat di bahagian ruang memasukkan pisau. Cuba jujur, bila kali terakhir kita mencuci atau membersihkan tempat letak pisau?
Sebulan sekali, rendam ‘knife block’ di dalam air panas dan campurkan sedikit sabun pencuci pinggan. Ambil berus kecil seperti berus pencuci straw atau berus puting botol susu untuk membersihkan ruang kecil tempat memasukkan pisau itu.
7. Kaunter-top
Kaunter-top merupakan tempat untuk meletakkan makanan. Dan kebiasaanya, hanya akan dilap atau dibersihkan sekiranya terdapat tumpahan atau sisa makanan.
Menurut Lily Cameron seorang pakar dalam bahagian cleaning & organizing di Fantastic Service berkata, cara paling baik membersihkan kaunter top adalah setiap hari dengan menggunakan span, air panas yang dicampur dengan pencuci pinggan mangkuk.
Menggunakan produk disinfeksi atau bleach tidak sesuai pada kaunter-tops kerana kaunter-top adalah tempat meletak makanan. Akibat menggunakan bleach atau produk disinfeksi akan mengakibatkan keracunan.
8. Ruangan sayur di dalam peti sejuk
Salmonella, Listeria, yis dan kulat sentiasa menemani sayur-sayur yang disimpan di dalam ruang ini andai ia tidak dibersihkan.
Menurut National Science Foundation, ruang ini perlu dibersihkan setiap bulan. Keluarkan laci penyimpanan sayur ini dan cuci dengan air suam dan sabun pencuci pinggan.
Kemudian, disarankan untuk sanitasi laci ini dengan campuran air dan cuka atau soda bikarbonat. Biarkan air campuran cuka atau soda bikarbonat selama 10 minit di dalam laci sayur. Setelah itu, buang air campuran tanpa perlu dibilas dan dilap. Biarkan kering.
9. Kawalan panel peralatan elektrik
Kita sering membersihkan ruang dalam peralatan eletrik seperti oven, microwave, air fryer atau cooker. Namun adakah kita membersihkan butang kawalan pada bahagian luar.
Kadangkala, ketika menekan butang kawalan panel dengan tangan yang berminyak tanpa kita sedar.
Cara yang terbaik untuk membersihkan butang kawalan panel adalah mengelap dengan kain bersih dan sedikit cecair pencuci pinggan . Setelah bersih, butang kawalan boleh disanitasi menggunakan cuka dan dibiarkan cuka kering dengan sendiri tanpa perlu membilas semula.
10. Bekas garam dan lada sulah
Antara barang yang kerap kita guna sebagai penyedap makanan. Namun ia antara bekas yang jarang dicuci.
Sebelum memasukkan garam atau lada baru, pastikan cuci dahulu bekas. Rendam dengan air panas seketika untuk membunuh segala kuman.
11. Pemegang pintu peti ais dan almari
Segala pemegang seperti pemegang pintu peti ais, knobs pintu almari, pemegang pintu microwave atau oven. Atau apa sahaja pemegang di dapur adalah antara bahagian yang kotor di dapur.
Rajinkan diri untuk membersih dan lap semua pemegang di dapur.
12. Blender gasket
Rujuk manual cara yang betul untuk membersihkan blender gasket. Namun blender yang baik adalah yang boleh dibuka bahagian bawah blade dan gasket untuk dibersihkan.
Setelah guna, perlu dibasuh dengan bersih. Sekiranya menggunakan blender yang boleh dibuka pada bahagian bawah, pastikan gasket dan blender betul-betul kering barulah dipasangkan semula dan disimpan.
Jika tidak, bahagian alur blender dan gasket akan berlumut dan wujud serpihan hitam yang mengelilingi gasket. Yuks.
13. Tong sampah
Memang tugas tong sampah untuk mengumpul segala bahan buangan. Namun tidak semestinya ia tidak perlu dibersihkan.
Gunakan bleach untuk mensanitasi tong sampah. Namun cuci bersih dahulu sebelum krja-kerja sanitasi.
14. Mesin pembuat kopi
Ramai penggemar kopi yang memiliki coffee maker di rumah ataupun di pejabat.
Disarankan untuk mengosong dan membersihkan tangki menyimpan air seminggu sekali. Masukkan 1 nisbah 10, cuka dan air ke dalam tangki simpanan dan biarkan didih sehingga air tinggal separuh. rehatkan selama 30 minit.
Kemudian buang air campuran cuka dan didihkan semula air bersih. Ulang proses didihkan air kosong sebanyak 2 kali.
SELAMAT MENCUBA!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI