![Paris Hilton Paris Hilton](https://cdn.impiana.my/2025/01/Untitled-design-2025-01-10T095024.429-696x365.jpg.webp)
Rumah mewah selebriti terkenal Paris Hilton musnah dijilat api dalam satu kebakaran hutan di California, Amerika Syarikat.
TMZ melaporkan rumah yang terletak di tepi pantai Malibu, California hangus terbakar sehingga kelihatan seperti timbunan runtuhan. Dalam satu hantaran di Instagram, Paris mengakui terkesan melihat insiden berkenaan menerusi siaran langsung di televisyen (TV).
“Kami boleh membina banyak lagi rumah, namun tidak akan sama dengan tempat istimewa yang kita sudah lama tinggal dan menyimpan memori bermakna,” katanya.
Paris, 43, turut menzahirkan terima kasih pada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus memadamkan api, sekali gus menganggap mereka adalah adiwira sebenar.
“Kepada anggota bomba yang berani dan mempertaruhkan nyawa mereka untuk melindungi kami, anda adalah wira sejati.
Turut terkesan dengan tragedi yang mengakibatkan wilayah antara Malibu hingga ke Santa Monica terjejas adalah beberapa selebriti Hollywood lain yang turut kehilangan tempat tinggal.
Antaranya ialah Mandy Moore, Spencer Pratt, James Woods, Diane Warren, Cameron Mathison dan Ricki Lake yang meluahkan kesedihan di laman sosial.
Terdahulu, seramai lima mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat kebakaran besar di wilayah berkenaan dengan mangsa terjejas dipindahkan ke kawasan selamat.
Pelbagai usaha diambil bagi mengelakkan kebakaran terus merebak namun keadaan angin kencang menjadikan situasi sukar dikawal.
Lebih 1,000 bangunan dilaporkan musnah susulan beberapa kebakaran hutan tercetus di sekitar bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat itu.
Wisma Putra melalui Konsulat Jeneral di Los Angeles mengesahkan tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terkesan dengan insiden berkenaan setakat ini.
Mesti Baca: Tanam Halia Dalam Pasu, Ini Cara Semai Nak Hasil Besar & Gemuk!
Baca Lagi Di Sini: Cara Cepat Biakkan Kunyit Dan Halia
Artikel Menarik:Potong Tanaman Kunyit & Halia Tanpa Korek Isi Keluar. Jimat Dengan Cara Ini!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
LBS Tingkatkan Projek Hartanah 2022 Selepas Capai Sasaran 2021
![](https://cdn.impiana.my/2022/01/TOP-IMAGE-WEB-IMPIANA-2022-01-08T014119.597.jpg)
Kumpulan LBS Bina Berhad (“LBS atau “Syarikat”) menjangkakan pencapaian yang lebih baik di tahun 2022. Pada tahun 2021, LBS telah melepasi sasaran jualan RM1.2 bilion dengan jumlah jualan yang diraih pada penghujung tahun sebanyak RM 1.575 juta.
Pada taklimat media tahunan LBS yang diadakan hari ini, Syarikat mengumumkan rancangannya untuk melancarkan 14 projek baharu pada 2022 – yang bakal meliputi kawasan Lembah Klang, Johor, Pahang dan Perak – berjumlah 3,733 unit dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM1.77 bilion.
Secara keseluruhan bagi Lembah Klang, yang menyumbang jualan tertinggi 2021, LBS berhasrat melancarkan 2,604 unit hartanah dengan jumlah GDV RM1.11 bilion. Khusus bagi perbandaran KITA @ Cybersouth, LBS akan melancarkan 2,128 unit hartanah dengan nilai GDV sebanyak RM853 juta dengan menyasar untuk membangunkan pangsapuri servis KITA Sejati, rumah teres satu dan dua tingkat di KITA Bestari serta rumah bandar dua tingkat pada tahun 2022. LBS turut merancang untuk melancarkan fasa baharu pangsapuri servis Melodi Perdana di perbandaran LBS Alam Perdana yang terdiri daripada 321 unit hartanah dengan jumlah GDV sebanyak RM120 juta serta sejumlah 155 unit Astella di D’Island Residence dengan jumlah GDV RM132 juta.
Bagi kawasan lain, projek baharu termasuk pangsapuri Bayu Hills di Genting Highlands (642 unit dengan jumlah GDV RM492 juta); rumah kluster satu tingkat di Taman Kinding Flora dan rumah teres di Chemor, Perak (248 unit dengan jumlah GDV RM 64 juta), rumah teres satu tingkat Emerald Garden 3, rumah Semi-D dua tingkat Royal Garden dan rumah teres dua tingkat di Laman Bayu 4, Bandar Putera Indah, Johor. (239 unit dengan jumlah GDV RM108 juta)
Sebagai perbandingan, pada 2021 LBS telah melancarkan sejumlah 3,344 unit hartanah bernilai RM1.6 bilion. Pelancaran ini merentasi pembangunan di Lembah Klang merangkumi KITA @ Cybersouth, LBS Alam Perdana, Bukit Jalil dan Prestige Residence di Seri Kembangan. Pelancaran lain termasuk rumah teres di perbandaran Bandar Putera Indah di Batu Pahat dan fasa baharu di Taman Kinding Flora, Chemor.
LBS turut menyokong penuh inisiatif Kerajaan Selangor bagi segmen pembangunan rumah mampu milik untuk rakyat. Ini dibuktikan menerusi usaha sama LBS dengan Kerajaan Negeri Selangor di dalam membangunkan projek MBI Rumah Selangorku Idaman dengan pembinaan 7,210 rumah mampu milik di 6 lokasi, dengan jumlah GDV sebanyak RM2.01 bilion. Pada 2022, LBS turut menyasar untuk melancarkan 4 buah projek Rumah Selangorku Idaman MBI iaitu Idaman BSP (Bandar Saujana Putra), Idaman Cahaya (Shah Alam), Idaman Sari (Puchong) dan Idaman Melur (Cybersouth). Manakala, pembinaan bagi Idaman KITA (Cybersouth) dan Idaman Perdana (Bandar Puncak Alam) dijadual untuk dilancarkan pada 2023.
Ketika ini, LBS mempunyai 18 buah projek pembangunan yang sedang berjalan dengan anggaran GDV sebanyak RM5.3 bilion.Sehingga 31 Disember 2021, simpanan tanah masa depan LBS dianggarkan berjumlah 2,744 ekar, dengan unjuran bagi memastikan Syarikat kekal relevan untuk tempoh 10 hingga 15 tahun. Di samping itu, mereka juga mempunyai jualan belum dibil kira-kira RM 2.304 bilion, dijangka memberikan impak pendapatan yang jelas untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. Di sebalik cabaran pandemik 2021, LBS berjaya memperoleh jualan hartanah yang kukuh dengan bantuan inisiatif pemasaran digital, penggunaan sistem pratuang IBS, dan pembangunan Laman Hartanah Maya serta pelancaran beberapa kempen digital seperti Ox-picious 8, Raikan Rezeki Bersama LBS, Vacci-Nation Bonanza dan Cabutan Bertuah Fabulous 20-21.
Usai taklimat media, Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, “LBS mencatatkan prestasi yang memberangsangkan pada 2021 walaupun ianya merupakan tahun yang sukar bagi kebanyakan perniagaan. Bukan sahaja kami telah melepasi sasaran jualan hartanah 2021 sebanyak 31%, kami juga berjaya menyerahkan milikan kosong sebanyak 2,570 unit dengan nilai RM1.3 bilion. Ianya amat bermakna apabila kami berupaya menyediakan rumah mampu milik kepada masyarakat dan melihat wajah-wajah gembira apabila menerima kunci rumah baharu mereka.
Melangkah ke hadapan, pemaju ini kekal mengadaptasi norma baharu di samping menerapkan pendigitalan dalam perniagaan serta bekerja keras untuk mencapai matlamat kami. Bagi memulakan tahun ini, LBS telah melancarkan kempen ‘Bring Happiness Home’, yang bakal memberi ganjaran Angpau Tahun Baru Cina sebanyak RM438,888 kepada pembeli rumah dari 1 Januari 2022 hingga 28 Februari 2022. Di bawah kempen ini, kami turut menawarkan pakej perabot, yuran tempahan yang rendah, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran flexi dan yuran keluar sifar. Di samping itu, kami akan mengenepikan yuran guaman dan duti setem ke atas perjanjian pinjaman bagi semua pembeli rumah apabila mereka membeli hartanah kediaman terpilih. Sebagai Pemaju Rakyat, kami terus komited untuk menyokong inisiatif perumahan kerajaan dan berharap para pembeli rumah terdorong untuk memiliki rumah seiring dengan usaha kami.
Sementara itu, peningkatan nilai pemegang kepentingan tetap menjadi keutamaan dan kami akan terus mengekalkan dasar dividen dengan kadar pembayaran sekurang-kurangnya 30% daripada keuntungan selepas cukai. Kami optimis dan berharap agar pemegang saham akan teguh bersama kami.
Untuk maklumat lanjut mengenai projek-projek LBS, layari https://lbs.com.my/ .
Artikel Berikut: Inspirasi Kediaman Agam Yves Saint Laurent
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bina Rumah Atas Tanah Sendiri, Cari Arkitek Dulu Bukan Kontraktor!
![](https://cdn.impiana.my/2024/01/522310.jpeg)
Isi Kandungan
ToggleBina Rumah Atas Tanah Sendiri, Cari Arkitek Dulu Bukan Kontraktor! Seronok melihat pencapaian usahawan berjaya Yatie Kamarzaman,41 ini dalam mengejar impian untuk memiliki rumah impian sendiri. Selepas 20 Tahun berusaha gigih, rumah idaman kakak kepada Dato Sri Aliff Syukri ini dijangka bakal siap pada Disember 2024.
Sepanjang proses pembinaan rumah impian tersebut, pemilik the_hijab.co ini, ada berkongsi panduan dan langkah yang betul sebelum ingin membuat rumah di atas tanah sendiri. Ia bagi mengelakkan kerugian kos jika ditipu oleh pihak kontraktor.
Berikut perkongsian tersebut yang boleh dijadikan panduan.
Selepas 20 tahun, akhirnya dream home Kak Yatie dengan @mohamad.zaidi.aziz terlaksana. Selebihnya kami plan kepada investment insyallah.
Sedikit yang Kak Yatie nak share dengan mereka yang ‘planning’ untuk ada rumah di atas tanah kosong. Maybe korang dah tau, tapi saje share dengan yang lain.
1. Beli Tanah Kawasan Ada ‘Value’
Sekiranya planning untuk buat ASET, pastikan tanah dibeli di kawasan yang ada value. Dekat dengan fasiliti. Elakkan jenis high rise building (unless plan untuk disewakan) dan tanah pertanian.
If memang itu je budget yang ada & planning untuk rumah persaraan ok je. Sebab, rumah yang kita diami adalah liabiliti selagi belum cash. Kalau revalue untuk refinance in future, semua ini diambil kira untuk memastikan tanah tersebut bernilai atau sebaliknya.
2. Ambil MLTT atau MRTT
Ambil MLTT atau MRTT semasa apply loan ( ada beza yg dua benda ni ). If anything happen pada owner, rumah atau tanah auto cash. Kalau korang ambil MLTT, kelebihannya ada return waktu maturity nanti. Cuma kena bayar lebih sikit lah. Sebab MLTT ada hibah, saving & coverage dalam insuran tu.
3. Minta Salinan Geran Tanah
Masa nak beli tanah, minta copy geran. Pastikan bukan geran kongsi & tiada sekatan. Sebab nanti tak boleh pindah milik. Kan dah susah.
4. Lantik Arkitek
Kalau nak build up rumah atas tanah kosong, hire lah archictect. Mereka akan buat drawing, settle kan dokumen dengan PBT untuk dapatkan semua kelulusan sampai CCC. So bila nak jual rumah atau refinance, semua ni ada value. Baru bank akan nilai aset tu selayaknya.
5. Lantik Peguam
Hire lawyer sendiri dari awal start proses beli sampai siap buat rumah. Kena ada kontrak official dan due date bila projek akan handover. Agreements antara kita & architect ( PAM agreement) serta kita dengan main contractor ( tender agreement ) adalah berbeza tau. Kita kena ada back up supaya mengelakkan isu tak diingini.
6. Rancang Bayar Tunai Pinjaman, Jimatkan ‘Interest’
Kalau nak jimat interest dengan loan, kita kena planning untuk bayar cash selepas beberapa tahun. Makesure tanya dulu bank, berapa tahun kita boleh cash kan. Kalau tak, ada penalties. Dan bank tetap akan kira interest seperti 30 tahun berhutang. Sebab tu kena dapatkan info selengkapnya.
Langkah Seterusnya Jika Ingin Buat Rumah Sendiri
Bagi yang ada planning nak buat di tanah sendiri follow simple step ni. Insyallah tak susah hati if kontraktor lari bila kerja tak siap, construction tak ikut spec atau lari budget. Yang ni baru 10% sahaja. Ikut timeline siap Dis 2024 Insyallah.
1. Cari Arkitek Dahulu
Cari arkitek dulu. Bukan kontraktor. Di bawah arkitek nanti mereka akan lantik Structural & Civil Engineer, Quantity Surveyor, Mechanical &Electrical Engineer dan others specialist consultant.
Arkitek akan dapatkan harga total projek yang dipersetujui untuk open tender pada kontraktor. Ini bertujuan untuk award kontraktor yang qualified.
Arkitek dah ada anggaran harga projek, sebab Quantity Surveyor dah kira kos projek.
2. Cari ‘Interior Designer’
Then baru cari Interior Designer selepas keluar drawing dari architect. Ada PAM agreement. Tapi, untuk secure hire lawyer on behalf kita dengan kontraktor pula. Jika mereka gagal deliver projek seperti dijadualkan, penalti akan dikenakan.
Kenaikan harga binaan tidak akan jejas atau bertambah sepanjang projek berlangsung. Kecuali VO atas unforseen event.
Apa pun, architect akan keluarkan sijil untuk approve sebelum payment release. Jadi, semua binaan adalah mengikut spefikasi.
Sebarang isu berkenaan PBT semasa projek berlangsung, owner tidak akan menjawab. Kerana sudah di bawah tanggungjawab kontraktor. Kalau kena saman etc, mereka yang kena jawab dan bayar.
Semoga Bermanfaat.
Mesti Baca:Beli Rumah Siap Atau Beli Tanah Lot, Buat Rumah Design Sendiri, Mana Lebih Baik
Baca Lagi Di Sini:10 “Defect” Wajib Periksa Sebelum Pindah Rumah Baru!
IMPIANA: Tahniah buat wanita hebat ini. Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain untuk berjaya dalam mengejar impian. Jika ingin buat rumah idaman atas tanah sendiri, ikut panduan yang dikongsikan ini, supaya tak mudah ditipu oleh pihak kontraktor. Malah segala proses pembinaan rumah berjalan dengan lancar.
Sumber: Yatie Kamarzaman
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Warna 2021 Dalam Kepercayaan Bangsa Cina
![](https://www.impiana.my/wp-content/uploads/2021/01/top-image-web-impiana-2-22_15_905605.png)
Setiap tahun IMPIANA akan berkongsi pendapat dan pandangan dari Master Kenny Hoo, tentang warna dan Feng Shui, ini bagi yang berbangsa Cina pasti akan menyukainya. Tidak salah kalau kita juga ingin mengetahuinya dari atas dasar dan kefahaman biasa. Jom kita dengar apa kata Master Kenny Hoo untuk tahun ini. Warna sebenarnya adalah salah satu elemen yang penting dalam kehidupan seharian, jika hidup kita tanpa warna tidak dalah ceria dan sempurna. Bayangkan hidup kita tanpa warna? Bosan kan!
![Warna 2021 Dalam Kepercayaan Bangsa Cina](https://www.impiana.my/wp-content/uploads/2021/01/332646-22_32_884921.jpeg)
Sebagai mengharapkan nasib baik yang ditawarkan tahun Golden Bull, Master Kenny Hoo dan AkzoNobel, syarikat cat dan pelapis global terkemuka dan pembuat Dulux, berkolaborasi untuk berkongsi nasihat berasaskan warna yang menguntungkan untuk mencapai Feng Shui yang baik. Selepas tahun yang mencabar, Master Kenny Hoo, Pengasas GOOD FENG SHUI Group telah menjuluki Tahun Baru Imlek Cina 2021 yang akan datang sebagai ‘Tahun Perputaran’ (轉機 年).
Dia mengintegrasikan kebijaksanaan GOOD FENG SHUI-nya dengan AkzoNobel’s Color of the Year 2021 Brave Ground, warna neutral yang hangat dan mendatar. Pelengkap yang sempurna untuk perubahan dalam simpanan untuk tahun yang akan datang, Brave Ground memupuk perasaan asas yang kukuh di bawah kaki kita dan memberi kita keberanian untuk merangkul perubahan.
Semasa sesi live streaming, Master Kenny berkongsi kebijaksanaan dan perundingan Feng Shui untuk tahun perubahan positif yang diramalkan. Dia memberikan nasihat mengenai hal-hal seperti tarikh yang baik untuk pembersihan musim bunga, kawasan yang baik untuk pengubahsuaian berdasarkan konsep Flying Star Feng Shui (carta astrologi untuk menganalisis sektor positif dan negatif suatu kawasan), tinjauan ekonomi, industri yang menguntungkan meningkat dan aplikasi praktikal Brave Ground untuk memanfaatkan peluang mengenai kekayaan, cinta, dan banyak lagi.
Master Kenny Hoo mengumumkan bahawa kata kunci tahun Golden Bull 2021 adalah 轉 (dibaca sebagai “zhuan”, yang bermaksud ‘giliran’), dia meramalkan bahawa pelbagai perniagaan dan aktiviti sosial secara beransur-ansur akan terbangun pada tahun 2021 dengan banyak peluang baik dan baru muncul . Ini serupa dengan apa yang dilambangkan oleh Color of the Year, Brave Ground AkzoNobel – bahawa untuk memberi ruang kepada peluang yang baik, pertama-tama kita harus mempunyai keberanian untuk menerima perubahan. Bersinergi memasuki Tahun Perputaran, Brave Ground (juga dikenal sebagai Wright Stone Brown) dinobatkan sebagai Warna Bertuah Terbaik Tahun Ini FENG SHUI untuk memberi kita keberanian untuk merangkul perubahan dan menyambut peluang baru.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI