Rumah mewah selebriti terkenal Paris Hilton musnah dijilat api dalam satu kebakaran hutan di California, Amerika Syarikat.
TMZ melaporkan rumah yang terletak di tepi pantai Malibu, California hangus terbakar sehingga kelihatan seperti timbunan runtuhan. Dalam satu hantaran di Instagram, Paris mengakui terkesan melihat insiden berkenaan menerusi siaran langsung di televisyen (TV).
“Kami boleh membina banyak lagi rumah, namun tidak akan sama dengan tempat istimewa yang kita sudah lama tinggal dan menyimpan memori bermakna,” katanya.
Paris, 43, turut menzahirkan terima kasih pada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus memadamkan api, sekali gus menganggap mereka adalah adiwira sebenar.
“Kepada anggota bomba yang berani dan mempertaruhkan nyawa mereka untuk melindungi kami, anda adalah wira sejati.
Turut terkesan dengan tragedi yang mengakibatkan wilayah antara Malibu hingga ke Santa Monica terjejas adalah beberapa selebriti Hollywood lain yang turut kehilangan tempat tinggal.
Antaranya ialah Mandy Moore, Spencer Pratt, James Woods, Diane Warren, Cameron Mathison dan Ricki Lake yang meluahkan kesedihan di laman sosial.
Terdahulu, seramai lima mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat kebakaran besar di wilayah berkenaan dengan mangsa terjejas dipindahkan ke kawasan selamat.
Pelbagai usaha diambil bagi mengelakkan kebakaran terus merebak namun keadaan angin kencang menjadikan situasi sukar dikawal.
Lebih 1,000 bangunan dilaporkan musnah susulan beberapa kebakaran hutan tercetus di sekitar bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat itu.
Wisma Putra melalui Konsulat Jeneral di Los Angeles mengesahkan tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terkesan dengan insiden berkenaan setakat ini.
Mesti Baca:
Tanam Halia Dalam Pasu, Ini Cara Semai Nak Hasil Besar & Gemuk!Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.