Dekorasi

Rumah Pemain Bola Sepak Dipecah Masuk. 13 Tip Lindungi Rumah Dari Pencuri!

Share

Rumah pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee dilapor telah dipecah masuk sewaktu beliau keluar menyertai latihan bersama pasukannya.

Rumah pecah masuk

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh pemain tersebut melalui beberapa hantaran di IG Story hari ini. Dalam hantaran tersebut, beliau turut memuat naik beberapa keping gambar dipercayai keadaan rumahnya selepas kejadian tersebut berlaku, pada 22 Mei.

Menurut Khuzaimi, apabila tiba di rumahnya selepas pulang daripada menjalani latihan, beliau mendapati pintu pagar depan dan belakang rumah telah terbuka.

Rumah Pemain Bola Sepak Dipecah Masuk. 13 Tip Lindungi Rumah Dari Pencuri!

Hasil pemerikansaan yang dibuat, pemain tersebut mendakwa kehilangan beberapa barang berharga. Difahamkan, barangan peribadi yang didakwa hilang termasuklah sebuah motosikal, beg silang pelbagai jenama dan juga pasport.

Rentetan itu, sebagai langkah berjaga-jaga, berikut merupakan 13 tip mudah yang dikongsi oleh Zam Hartanah untuk memastikan keselamatan kediaman anda.

1. Pastikan semua laluan akses seperti tingkap di pasang jeriji. Persiapkan lapisan perlindungan pertama.

2. Pasang kunci tambahan bagi setiap pintu, supaya perompak mengambil masa untuk pecah masuk.

3. Boleh beli sensor anti-thief jenis bunyi siren di kedai, harganya murah. Boleh pasang dekat setiap pintu atau tingkap yang boleh dibuka. Ia bertujuan untuk mewujudkan situasi panik kepada perompak yang mahu memecah masuk dan menyedarkan kita yang sedang tidur lena.

4. Pasanglah kamera litar tertutup (CCTV) kalau ada bajet lebih. CCTV teknologi sekarang sudah dilengkapi dengan motion sensor bertujuan mengesan pergerakan pada waktu yang kita tetapkan contohnya pukul 12 malam sehingga 6 pagi. Bila ada pergerakan, akan ada signal atau bunyi.

5. Buka lampu bahagian luar seperti depan pintu dan bahagian belakang pintu.

6. Pastikan pagar rumah ditutup dan berkunci. Semuanya bertujuan untuk menyusahkan dan melambatkan perompak.

7. Bagi rumah yang bercermin, letakkan tinted supaya perompak tak nampak bahagian dalam rumah.

pecah rumah

8. Sila kunci pintu bilik tidur masing-masing.

9. Simpan peralatan atau senjata seperti kayu golf, hoki, dan lain-lain sebagai alat mempertahankan diri.

10. Bila terdengar bunyi mencurigakan atau bunyi siren terus hubungi 999. Dapatkan bantuan polis atau guard bagi kawasan gated area.

11. Boleh juga pasang lampu limpah LED jenis motion sensor pintu depan dan belakang pagar. Ia berfungsi pada waktu malam, bila ada pergerakan lampu limpah LED Ini akan suluh secara mengejut dan terang ke arah perompak. Secara tak langsung mereka terkejut dan akan lari.

12. Bertegur sapa dengan jiran, supaya kita dan jiran-jiran pun ambil tahu antara satu sama lain.

13. Bahagian siling jangan lupa dipasang jeriji juga.

Semoga bermanfaat!

Mesti Baca:Tingkat Kreativiti, 4 Tip Wujudkan Ruang Mesra Anak-Anak Di Rumah
Baca Lagi Di Sini:Rumah Rasa Panas Berbahang, Begini Cara Sejukkan Kediaman Secara Semulajadi!
Artikel Menarik: Cantikkan Bilik Anak Dengan DIY LAMPU HIASAN. Guna Kotak Terbuang Je!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Nana