Rumah Pengumpul Barang Lama, Unik Pelan Lantai Tiny House Konsep Tradisional Klasik. IMPIANA cukup teruja berkunjung ke kediaman jenis tiny house berkonsep tradisional klasik milik Puan Zunaidah Ani ini. Apatah lagi dikelilingi pepohon di ruang laman yang cukup luas menghijau, saujana mata yang memandang.

Rumah yang dinamakan ‘AmBend Diko’ ini dilengkapi dengan dekorasi rumah yang cukup klasik. Baik dari segi reka bentuk, interior mahupun barangan serta perabot yang digunakan.

Berkongsi lebih lanjut, menurut pemilik kediaman ‘AmBend ‘ dalam Bahasa Jawa bermaksud anjung, manakala ‘Diko’ pula sempena nama gelaran suaminya, Mohd Suhardi.

Rumah Pengumpul Barang Lama, Unik Pelan Lantai Tiny House Konsep Tradisional KlasikRumah Pengumpul Barang Lama, Unik Pelan Lantai Tiny House Konsep Tradisional Klasik

Kediaman ini mempunyai tanah yang cukup luas, keseluruhan berkeluasan 65′ x90′ (5,850kps). Ia merupakan tanah pusaka pemberian daripada ibu dan bapa mertua Zunaidah sendiri kepada anak menantu.

Kediaman ini mempunyai 3 jenis AmBend iaitu AmBend Diko, AmBend Tamu dan Ambend Klasik yang mempunyai peranan tersendiri. Rumah Utama yang dinamakan AmBend Diko, berkeluasan 23’x25′ (575kps) menempatkan Zunaidah dan suami. Unit kedua, menempatkan bilik anak lelaki kedua dan keempat. Manakala unit ketiga yang dinamakan AmBend Tamu menempatkan bilik anak lelaki sulung dan ketiga.

Ambend Klasik pula yang terletak di hadapan rumah pula pada asalnya merupakan rumah khas yang menempatkan ayah mertua pemilik sendiri sewaktu hayat menjaganya.

Rumah Pengumpul Barang Lama, Unik Pelan Lantai Tiny House Konsep Tradisional Klasik Rumah Pengumpul Barang Lama, Unik Pelan Lantai Tiny House Konsep Tradisional Klasik Rumah Pengumpul Barang Lama, Unik Pelan Lantai Tiny House Konsep Tradisional Klasik

Ads

Setiap Unit Mempunyai Privasi Tersendiri

Pelan lantai rumah ini unik dan sedikit berbeza. Bagaikan berada di resort chalet, rumah ini mempunyai 3 unit ruang yang terpisah dan ruang tamu luar yang menjadi penghubung.

AmBend Diko dan AmBend Tamu, juga mempunyai ruang loteng yang luas dijadikan tempat tidur. Macam berada di rumah kampung dulu-dulu.

Menurut pemilik, pelan lantai rumah ini sengaja dibina seperti tiny house. Walaupun kecil setiap unit lengkap mempunyai dapur dan tandas sendiri. Ia juga sebagai perancangan buat anak-anaknya di masa hadapan, untuk ada privasi sendiri apabila pulang ke rumah namun tetap berkumpul bersama keluarga di rumah ibu bapa.

“Rumah ini dibina seperti ada satu tiny house (setiap anak) untuk masa depan mereka. Apabila mereka berkahwin, mereka akan duduk seorang satu ‘tiny house’ dan ada privasi sendiri dengan keluarga masing-masing, walaupun balik berkumpul di rumah ibu bapa,” jelas Zunaidah yang mempunyai 4 orang anak lelaki.

Pemilik Berjiwa Seni, Pengumpul Barang Lama Klasik

Pemilik kediaman memang berjiwa seni, merupakan penggemar dan pengumpul barangan lama yang klasik. Jadi tidak hairanlah perincian dekorasi rumah digarap indah dengan konsep ini.

Menjengah ke ruang tamu dalam di rumah utama, terpesona dengan keindahan dekorasi tradisional klasik yang diserlahkan. Mempunyai meja solek klasik yang dijadikan perabot hiasan di ruang ini.Begitu juga, ‘almari lauk’ zaman dahulu yang dibaik pulih semula, dijadikan almari meletak pakaian. Malah istimewanya pada bahagian tingkap pula, merupakan tingkap rumah tradisional Melaka yang dibeli daripada penjual barangan terpakai.

Ads

“Almari solek ini pemberian suami, hadiah anniversary kami yang ke-25. Kami beli di pusat perabot terpakai di Seremban.

” Almari (lauk) ini pula telah dibuang dek orang, kami kutip tepi jalan. Asalnya ia mempunyai cermin, kami tukar dengan rotan supaya lebih tertutup dan cat dengan warna gelap, bagi menepati konsep rumah,

“Tingkap ni asalnya daripada Melaka. Rumah Melaka yang dah dibuka, jadi kami beli daripada penjual barangan terpakai,” jelas Zunaidah.

Rumah Pengumpul Barang Lama, Unik Pelan Lantai Tiny House Konsep Tradisional Klasik Rumah Pengumpul Barang Lama, Unik Pelan Lantai Tiny House Konsep Tradisional Klasik Rumah Pengumpul Barang Lama, Unik Pelan Lantai Tiny House Konsep Tradisional Klasik Rumah Pengumpul Barang Lama, Unik Pelan Lantai Tiny House Konsep Tradisional KlasikRumah Pengumpul Barang Lama, Unik Pelan Lantai Tiny House Konsep Tradisional Klasik Rumah Pengumpul Barang Lama, Unik Pelan Lantai Tiny House Konsep Tradisional Klasik Rumah Pengumpul Barang Lama, Unik Pelan Lantai Tiny House Konsep Tradisional Klasik

Ruang Dapur Konsep Terbuka

Menariknya, bahagian dapur, ruang makan dan ruang tamu luar kediaman ini berkonsep outdoor dan terbuka. Mudah selepas masak terus menjamu selera dan menjadi tempat berkumpul bersama anak beranak mahupun tetamu yang datang.

Ads

Di ruang dapur juga menempatkan banyak barangan klasik seperti pinggan mangkuk lama dan almari lama. Malah kreatifnya pemilik kediaman, kaki mesin jahit lama diubahsuai ditambah ‘slab’ untuk dijadikan sinki di dapur.

Rumah Pengumpul Barang Lama, Unik Pelan Lantai Tiny House Konsep Tradisional Klasik Rumah Pengumpul Barang Lama, Unik Pelan Lantai Tiny House Konsep Tradisional Klasik Rumah Pengumpul Barang Lama, Unik Pelan Lantai Tiny House Konsep Tradisional Klasik Rumah Pengumpul Barang Lama, Unik Pelan Lantai Tiny House Konsep Tradisional Klasik

Memang terbaik, cantik hasil dekorasi tiny house berkonsep tradisional klasik ini. Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang lain.

INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Zunaidah Ani
Usia Kediaman: 3 Tahun
Lokasi: Klang
Keluasan Kediaman: Rumah Utama-AmBend Diko (575kps) 23’x25′, unit 1 (10’x12′), unit 2 AmBend Tamu (8’x16′)
Jenis Kediaman: Tiny House
Konsep: Tradisional Klasik

Spesifikasi Ruang:
Loteng, Dapur terbuka (Outdoor), Ruang Makan, Bilik Air, Ruang Tamu Dalam & Ruang Tamu Luar, Tandas

Mesti Baca: FARAH LEE Ubahsuai Rumah Kampung, Dekorasi ‘Vibes’ Lama Dimodenkan Susun Atur Lebih Kemas!
Baca Lagi Di Sini: Ubah Suai KABINET TV Lama, Hasilnya Klasik & Estetik!!
Artikel Menarik: Estetika ‘Detailing’ Ukiran Klasik Simple, Kediaman Semi D Inspirasi ‘French Minimalist’

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI