Biasanya rumah adalah harta pusaka yang tinggi nilai sentimentalnya kerana di situlah tersimpan segala memori suka duka bersama insan tersayang.
Tenang sungguh melihat kediaman ini. Elemen moden dan klasik digabungkan dalam sebuah kediaman peninggalan keluarga. Memang ada sentimental value!
Pemilik kediaman yang juga seorang pereka hiasan dalaman, Johann Nawawi, jiwanya lebih tenang dengan warna-warna neutral serta dekat dengan kehijauan alam.
Untuk kediaman ini, elemen natural dan dramatik bersatu dalam suasana yang cukup mendamaikan. Kediaman ini diberi sentuhan unik sekaligus menyerlahkan aura semula jadi pada setiap ruang.
“Saya menetap di rumah ini sejak tahun 1979. Ia merupakan rumah peninggalan keluarga. Selepas bapa meninggal, saya terus tinggal di sini.
“Walaupun diubah suai, namun ciri-ciri lama masih dikekalkan kerana ia mempunyai nilai sentimental. Strukturnya juga masih kuat dengan elemen batu-bata.”
Menurut Johann, asalnya rumah ini berbentuk kotak (segi empat) namun dia mengubahnya dengan memecahkan beberapa ruang. Johann turut membina courtyard bersebelahan ruang playroom yang lengkap dengan kolam ikan dan sangkar burung.
“Saya memang suka courtyard dalam rumah kerana di sinilah ruang kegemaran saya terutamanya untuk berehat dan bersendirian. Kalau bersama keluarga biasanya kami akan berkumpul di ruang dapur.”
TERAP ELEMEN KLASIK
Walaupun kini zaman moden, Johann tetap menyeimbangkannya dengan elemen klasik.
“Rumah ini tiada ruang dapur kering atau dapur basah. Saya gabungkan ruang dapur dan ruang makan. Sebelah luarnya saya buatkan taman mini dilengkapi pokok-pokok hiasan.
“Saya juga mahir dalam kerja-kerja kayu dan architecture maka ada sesetengah perabot mahupun hiasan dalam rumah ini dihasilkan sendiri seperti lampu dan meja.”
Selain sebagai hobi, Johann turut mengambil tempahan kerja-kerja kayu menggunakan tangan dan kaedah tradisional.
“Dari bahagian lounge sampailah ke ruang dapur saya menerapkan elemen simen. Saya turut menggunakan elemen-elemen klasik seperti pintu Melaka lama yang dijadikan sebagai partition antara entrance dan lounge.”
Kata Johann, pintu itu memang dicari di Melaka manakala interior dia lakukan sendiri. dia juga gemar mengumpul barang-barang dari negara Asia seperti labu, kendi, tenun, keris lama dan pottery.
Kredit Foto: Majalah Nona
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI