Rumah Rehat Tradisional Lengkap Dengan Private Pool

Share

Omah Liren yang terletak di Sungai Besar, Selangor dimiliki oleh seorang arkitek yang bernama Arissen bin Sanusi. Menurut beliau, Omah Liren berasal daripada perkataan bahasa Jawa yang membawa maksud rumah rehat.

Omah Liren direkabentuk oleh pemiliknya sendiri. Semasa merekabentuk Omah Liren, Encik Arissen menginginkan sebuah rumah yang simple

tapi menepati ciri sebuah keluarga. Beliau mendapat idea dan inspirasi dari pengalaman beliau sekeluarga yang selalu travel ke luar negara. Omah Liren dilengkapi dengan kemudahan private pool, ruang santai yang terbuka dan kemudahan lain seperti dapur.

.


.


.

Antara keunikan Omah Liren adalah asas rumah induknya yang berasal daripada kayu rumah lama kepunyaan ibu bapa Encik Arissen dan ditambah rekabentuk baru. Kawasan private

pool yang berhampiran memudahkan ibu bapa untuk memantau anak-anak.

Antara tips yang dikongsikan oleh Encik Arissen adalah letakkan perabot kayu di kawasan tertutup dan pastikan perabot kayu tidak didedahkan dengan kelembapan yang berlebihan.


.

Published by
Nor Nabilah