Dekorasi

Rumah Saiz Kompak Nampak Luas & Selesa Dengan Konsep ‘Farmhouse’

Share

Konsep ‘farmhouse’ atau rumah ladang ala Inggeris itu kini semakin digemari, khususnya bagi yang sukakan gaya desa. Ia menerapkan rekaan dalaman rumah yang hangat dan romantik kerana dekat dengan alam serta kedesaan Inggeris.

Konsep ini juga sesuai bagi rumah yang bersaiz kompak dan kecil. Kediamannya yang kompak akan kelihatan cozy dan yang paling penting impak dekorasi yang dipilih menghasilkan ruang kelihatan lebih luas.

Seperti pemilik kediaman jenis teres  Watie Abdullah  diy sendiri ruang dapur dan patio dengan konsep ‘Farmhouse’ ini.

Ini perkongsiannya :

“Start deco dari nov tahun lepas, buat berdua laki bini je. Moga dapat beri inspirasi untuk semua.”

Ruang tamu. Termenung juga mula-mula dulu nak dedekor macam mana la ruang terhad.

Fire place untuk rumah farmhouse mesti nak kene ada ni, acah je la nak vibe rumah orang putih.

Ruang makan dan dapur. Nampak kecik betul.

Table bar ni diy sendiri dan kerusi dari ikea

meja tu custom made tahun 2017 lagi. Memang dari dulu suka elemen kayu

Ruang bawah island tempat simpan jajan untuk anak-anak buah

Cermin tingkap buat sendiri sbb nak nampk lebih rustik.

Backsplash jenis sticker, dekat shoppe banyak jual.

Baca Lagi Di Sini:6 Trik Super Jadikan Bilik Tidur Bebas Debu Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Menarik:3 Tip Untuk Bilik Tidur Kekal Sejuk Dan Nyaman Tanpa Air-Cond

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Nana