Dekorasi

Rumah Sejuk Tanpa Guna Aircond, Ini Yang Perlu Dilakukan Ketika Bina Rumah

Share

Rumah sejuk, berangin walau tanpa aircond memang dambaan setiap pemilik kediaman yang tinggal di negara ini yang beriklim Khatulistiwa.

Keadaan cuaca yang panas lembap mahu tak mahu kita terpaksa menggunakan pendingin hawa agar dapat keselesaan bila berada di rumah.

Namun begitu untuk memmperoleh kediaman yang sejuk ini tak semestinya dengan menggunakan pendingin hawa. Melalui system pengudaraan yang baik kediaman juga boleh jadi sejuk.

Perkara ini boleh dipraktikkan bagi yang ingin membina sendiri rumah. Berkongsi pengalaman membina kediaman yang sejuk Najmuddin Sulaiman berkongsi info yang perlu dilakukan.

Guna kembali sistem pengudaraan Melayu dulu

Mengambil kira sistem pengudaraan rumah yang digunakan boleh orang Melayu dulu kala ujar Najmuddin kediaman yang dibina menurutnya sejuk sekali gus bakal menjimatkan penggunaan elektrik.

Katanya dalam membina kediaman ini ada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan untuk menjayakan misi rumah yang sejuk ‘tanpa pasang aircond’ yang terletak di Kota Bharu Kelantan ini.

“Tak perlu pasang aircond” inilah kata-kata beberapa orang yang telah datang melawat bangunan ini.

“Ya seawal saya bangunkan bangunan ini, saya telah kaji sistem ventilation yang telah digunakan pakai oleh orang melayu dulu dulu yang menyebabkan rumah mereka sejuk tanpa perlu pasang aircond,,”jelas Najmudin dalam hantaran di Facebook tentang kediaman yang dibina sebagai ‘pondok’ mengaji warga emas.

Poin penting supaya rumah yang dibina sejuk

Terangnya antara poin penting untuk menjayakan misi kediaman sejuk tanpa perlu pasang aircond ini adalah;

Bangunan mesti lawan angin (timur – barat), hampir sepanjang tahun angin bergerak dari timur ke barat. Jika angin datang dari utara, angin tersebut agak keras.
Bangunan ini ada lorong di tengah untuk udara mengalir.

Sekeliling bangunan ini level siling pula dipasang bata bunga (lubang angin). Udara panas yang dihasilkan oleh badan manusia dalam bilik akan naik keatas dan akan disedut keluar oleh bata bunga (lubang angin).

Udara panas adalah bertekanan tinggi, manakala udara sejuk bertekanan rendah. Jadi secara semula jadi udara sejuk akan menarik udara panas.

“Saya juga custom tingkap bila buka tingkap akan dibuka ke atas bukan ke sisi seperti kebanyakan tingkap pasang siap. Setiap satu frame saya bahagi tiga. Bila buka tingkap, ia juga akan bertindak sebagai “awning” penahan hujan dan cahaya matahari.

Pemilihan warna juga penting, semua warna putih adalah warna yang terbaik untuk memantul haba.

“Alhamdulillah, bila kediaman sejuk tak perlu pasang aircond maka teramat jimatlah bil elektrik,”ujar Najmudin dalam hantaran beliau yang mendapat hampir enam ribu tanda suka.

Sumber:  Najmuddin Sulaiman

Baca Lagi : Rumah Rasa Panas Berbahang, Begini Cara Sejukkan Kediaman Secara Semulajadi!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Rose