Kediaman dengan keluasan 646 kaki persegi ini dimiliki oleh seorang ibu muda Bersama seorang anak lelaki berusia 5 tahun yang terletak di bandar Ho Chi Minh telah mendapat sentuhan magis dari Toki Home. Menzahirkan sebuah dekorasi yang mencerminkan sifat si pimilik yang ceria dan mesara, kediaman ini ditata dengan rona yang ceria.
Menggariskan pemilihan rona kuning, biru dan putih, kediaman sempit ini ditata sebaik mungkin agar setiap sudut dmanfaatkan dan segala keperluan pemilik dapat disediakan. Pemilihan sofa kuning, membangkitkan lagi keseluruhan interior. Pemilihan dinding sebagai featurewall cukup sekadar menggunkan tekstur batu-bata dengan perincian tanaman gantung yang menghijau menjadikan dekorasi kediaman sempit ini nampak lebih unik.
Dapur berkonsepkan terbuka memberi kesan visual yang lebih luas. Lantainya pula sedikit tinggi bertujuan menjadi pemisah bagi setiap ruang. Disamping itu juga, pemilihan dapur lantai yang sedikit tinggi dapat mewujudkan kepelbagaian volume. Secara tidak langsung ia dapat memberi kesan visual yang tidak membosankan.
Pemilihan rona yang sama terut diserap dalam dekorasi di bahagian bilik utama dan kamar anak lelaki pemilik
Sumber: https://design-milk.com / Photos by Kingkien Photography.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
{VIDEO 360}Tranformasi Kediaman Sub-Sale hasilkan dekorasi gaya mewah namun santai
Penulis: Aan Jamaluddin
INFO KEDIAMAN
Nama pemilik: Dato Najib dan Datin Nita
Jenis kediaman: Banglow
Specifikasi: 5 bilik tidur, 6 bilik air, 1 ruang keluarga, 2 ruang tamu, dapur dan ruang makan
Konsep:
Lokasi: D’kayangan Heights
Lebih menarik, rumah sub-sale tiada ‘waiting period’ berbanding rumah baru yang adakalanya menelan masa lebih 3 tahun. Jadi jika anda merancang nak beli rumah yang boleh terus didiami, sub-sale adalah pilihan terbaik. Namun, sebelum berpindah masuk sudah pasti kediaman perlu diperbaiki dan dikemas. Almaklumlah rumah lama, pasti ada kerosakkan paling tidak perlukan cat yang baru untuk membangkit suasana kediaman yang diimpikan menjadi ‘rumahku, syurga ku’.
Seperti yang di lakukan pasangan yang dikunjungi penulis iaitu Dato’ Najib dan Datin Nita. Kediaman yang baru didiami adalah jenis sub-sale. ” Asalnya, kediaman ini berkonsepkan istana klasik Eropah. Melihat fasadnya menarik, ia mempunyai elemen yang menarik jika diubah mengikut cita rasa diimpikan,” pemilik memulakan bicara.
Keseluruhan kediaman ini adalah idea inspirasi Dato Najib yang di peroleh melalui kunjungan ke beberapa hotel tempatan. Walupun di awal perbicaraan pemilik menerang kediaman ini berkonsepkan istana klasik Eropah, zahirnya kini jauh berbeza. Lebih santai dan “homey” berbanding konsep yang terdahulu walaupun penulis tidak pernah melihat binaan terdahulu. Namun, dari apa yang dinyatakan pemilik dapat di bayangkan keadaan sebelumnya.
Antara elemen yang masih kekal dan kelihatan jelas konsep yang dulu dibawa oleh pemilik terdahulu adalah pada pintu kayu yang terletak berhampiran ruang aktif kediaman ini. “Disebabkan rekaanya yang unik, saya mengekalkan pintu ini namun diperketatkan dengan sistem keselamatan,” jelas pemilik.
Memandangkan pemilik seorang usahawan, kediaman ini dilengkapi dua ruang tamu dan setiap satunya mempunyai fungsi dan rekaan yang berbeza. Untuk ruang tamu utama, gaya hiasannya lebih santai dengan konsep english moden. Manakala untuk ruang tamu ke-2 ia digunakan apabila pengunjung menerima kunjungan rakan-rakan perniagaan. Dengan pemilihan rona yang lebih matang, ruang ini dilengkapi sofa kulit chesterfield yang mempu memuatkan lebih dari 6 orang dalam satu masa untuk pemilik berbincang hal-hal perniagaan.
“Bahagian transaksi antara kedua-dua ruang tamu tidak dibiarkan kosong. Sofa single dengan bingkai rona emas membangkitkan lagi aura kemewahan di ruang ini. Ia disediakan untuk menjadi ruang tamu kecil untuk menerima kunjungan santai dari rakan-rakan,” perinci pemilik. Bersebelahan dengan ruang ini, tersedia meja makan yang berupaya menempatkan 10 orang dalam satu masa.
Rekaan meja makan ringkas untuk memberi keseimbangan kepada rekaan chandelier sarat menerangi ruang ini. Cukup sekadar penggunaan cermin untuk kemasan kemeja untuk memberi kesan visual yang lebih menarik dari pencahayaan yang disediakan membangkit gaya mewah yang tidak disengajakan. Elak ruang ini tampil bosan dek pemilihan rona yang terlalu mendatar, dua kerusi wing chair rona biru padankan pada bahagian kanan dan kiri sisi meja.
“Kebanyakkan masa kami habiskan di dalam bilik tidur. Sebab itu, di dalam bilik tidur utama yang bersaiz besar ini lengkap dengan ruang menonton serta meja kerja untuk memudahkan serta memberi keselesaan kepada kami. Tambahan pula, kolam renang mudah diakses dari bilik tidur kami,” tambah pemilik. Melihat rekaan bilik tidur ini pemilik terasa berada di sebuah resort mewah.
Dengan dominasi rona putih, bukan sahaja menajdikan bilik tidur ini kelihatan lebih luas malah membentuk ambiance yang santai yang boleh menyebabkan pemilik banyak menghabiskan masa di dalam bilik berbanding ruang lainnya. Tidak cukup hanya disitu, bilik air yang dilengkapi dengan jakuzi diberi kemasan marbel bukan sahaja pada dindingnya malah dinding membuatkan penulis merasakan suasana seolah berada di dalam Hotel Versace yang pernah dikunjungi.
Menuju ke ruang atas kediaman, memperlihatkan perincian dan cita rasa tinggi pemilik. Hand rail yang diperbuat daripada kayu, dipadankan pula dengan baluster cast iron bermotifkan floral. Dinding di ruang tangga yang tinggi dan luas tidak dibiarkan kosong, cukup sekadar penggunaan wainscotting dengan rona putih memberi peluang kepada perincian lain untuk lebih menonjol terutamanya chandelier kristal yang gah memberi pencahayaan di ruang tangga ini.
“Bahagian atas ini jarang digunakan. Pada asalnya, aras ini menempatkan bilik tidur bersaiz kecil. Namun diubah suai menjadi empat buah bilik tamu, satu bilik pembantu rumah dan ruang menonton. Setiap bilik mempunyai gaya dekorasi yang berbeza. Yang paling menarik adalah bilik yang direka khas buat arwah ibu tersayang. Pemilihan rona tanah atau natural ditambah dengan percikan kesegaran rona floral menjadikan bilik ini kelihatan lebih tenang. Namun apakan daya, ibu pergi terlebih dahulu sebelum sempat menggunakan bilik ini,” terang pemilk sayu.
Setiap inci memperlihatkan pemilik seorang yang faham dengan apa yang diimpikan. Tiada ruang yang longgar, lengkap perincian namun tidak sarat. Yang menarik mata penulis adalah pada bahagian siling yang diinspirasikan dari hotel yang pernah dikunjungi di Melaka. Penggunaan kayu balau dengan gaya klasik, menyerlahkan lagi gaya kemewahan yang ditampilkan dalam keseluruhan dekorasi.
Melihat keseluruhan dekorasi yang sempurna, tidak sangka pemilik memperuntukkan tempoh untuk ubah suai keseluruhan kediaman ini. Dek beberapa faktor tertentu, ia menghalang proses ubah suai kediaman ini. Namun, berkat kesabaran dan sifat pemilik yang sangat terperinci setiap hasil menzahirkan sebuah kediaman yang indah buat mereka seisi keluarga membina mahligai bersama.
Klik link ni untuk melihat kediaman penuh rumah agam ni dalam 360 https://www.impiana.my/video360/dkayangan-heights-ilham-impiana-360/
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Denda RM 10K Jika Di Dapati Guna Ubat Semut Jenama Ni
Berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh PRN (pusat racun negara) baru-baru ini, 50 daripada 100 orang pernah menggunakan racun semut yang berjenama Shang Jia Ants Clean seperti dalam gambar.
Produk ini merupakan salah satu contoh racun perosak yang tidak berdaftar di Malaysia. Menurut kajian PRN, racun semut ini menggandungi bahan pencemar organik yang tidak teeurai dan tidak didaftarkan.
Jika terkesan pada tubuh, ia akan menyebabka simptom seperti loya, muntah-muntah, sakit perut, sawan, kekeliruan, degupan jantung yang tidak sekata dan dalam kes yang teruk boleh menyebabkan koma.
Akta Racun Makhluk Perosak 1974 memperuntukkan, jika seseorang didapati menggunakan racun perosak yang tidak berdaftar, seseorang itu boleh dikenakan hukuman penjara 1 tahun atau denda sebanyak RM10,000 bagi kesalahan pertama dan penjara 3 tahun atau denda sebanyak RM20,000 atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan kedua dan seterusnya.
Pesanan daripada Pusat Racun Negara: Elakkan daripada membeli racun tidak berdaftar kerana:
1. Racun yang digunakan mungkin sangat toksik kepada manusia atau berbahaya kepada alam sekitar sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang.
2. Jika berlaku keracunan, pihak perubatan sukar untuk memberikan rawatan kerana tidak dapat mengenalpasti bahan kimia yang digunakan. Racun tidak berdaftar biasanya tidak mempunyai label yang lengkap atau tepat.
Sumber: Pusat Racun Negara
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Selain Cuci, Ini Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Pindah Masuk Rumah
Tidak kira sama ada pasangan yang baru berkahwin mahupun telah berkeluarga, pindah ke rumah baru memang kita akan rasa teruja. Kebiasaannya, hal pertama yang akan anda akan lakukan setiap kali ingin berpindah adalah mencuci. Tak kira lah rumah baru ke lama, mencuci WAJIB dilakukan.
Tapi sebenarnya, setakat mencuci sahaja tak cukup. Ada beberapa perkara terutamanya mengikut islam yang perlu anda lakukan. Antaranya:
1. Laungkan azan
Ini perkara paling wajib dan utama dilakukan terutamanya bagi rumah yang telah lama ditinggalkan. Dalam hadis Rasulullah S.A.W pernah berpesan bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu telah lama tidak berpenghuni, ia pasti akan menjadi habitat makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-Ammar).
Jadi untuk memastikan ketenteraman nakal penghuni, buka semua tingkap dan pintu dan azan 4 penjuru untuk mengusir jin yangtelah bermastautin dalam rumah tersebut
2. Baca Surah Al-baqarah
Bila dah pindah ke rumah baru, malam pertama pastikan anda habiskan Surah Al Baqarah. Paling kurang pun pasangkan surah ini di dalam rumah. Biarkan ia bergema di seluruh rumah anda. Syaitan dan jin akan lari sebaik surah ini dibacakan. Lengkapkan dengan bacaan Yassin sekali.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”
3. Solat dan Membaca Al-Quran
Pastikan jangan ditinggalkan solat dan amalkan bacaan Al Quran setiap hari. Inilah pendinding kita umat Islam. Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar Rumah
Yang ni wajib buat sebelum berpindah masuk. Pagarkan rumah dengan renjisan air yassin pada setiap penjuru rumah. Lengkapkan dengan bacaan Yassin setiap hari sepanjang hari. Insyaallah rumah akan dilindungi.
Atau cara paling mudah, ambil segelas besar air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas) kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.
Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan dimulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam. Percaya dan yakinlah Allah sentiasa melindungi kita.
Sumber: https://sempoimedia.com
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI