Isi Kandungan
ToggleMempunyai rumah yang bersih dan wangi sudah semestinya menjadi idaman ramai. Mana tidaknya, kalau nak rasa selesa dan wangi, asyik kena ‘booking’ hotel boleh kempis dompet dibuatnya.
Nak cuba buat sendiri pewangi? Tak susah mana pun, Dato Alha Alfa sendiri kongsi cara buat pewangi supaya rumah sentiasa harum dan tahan lama.
Bahan-bahan:
Baking soda – 2 sudu
Ajax Fabuloso – 2 penutup – Keguanaan lain juga untuk cuci dan bersihkan minyak serta kotoran.
Downy Premium Parfum – 2 bekas penutup (ikut pilihan citarasa)
Cuka – 2 bekas penutup(ini untuk buang buih dan tak ada licin bila gunakan)
2 cawan air panas untuk larutkan bahan
Cara membuat:
Satukan semua bahan di atas.
Masukkan ke dalam bekas.
Spray pada tempat yang dikehendaki. Boleh bersihkan minyak-minyak, lantai dapur, meja, langsir atau sofa. Sangat wangi, segar dan tahan lama.
@alhaalfaofficial #livehack #rancakraya #perfumerumah #diy ♬ original sound – alhaalfa
Ingat, anda boleh mengubah jumlah minyak pati atau jenis minyak pati yang digunakan untuk mencipta pewangi yang sesuai dengan citarasa anda. Selain itu, sesuaikan juga jumlah garam dan vinegar mengikut keperluan anda. Selamat mencuba!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: alhaalfaofficial
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hanya Guna Lemon Berkesan Bersihkan Ketuhar Seperti Baru
Pernah tak anda guna microwave bertahun-tahun tapi jarang bersihkan pada bahagian dalam sehingga nampak hitam akibat sisa makanan yang terkumpul. Atau pun anda keliru nak gunakan pencuci yang bagaimana supaya nanti tidak lah microwave anda rosak atau bau sabun melekat pada makanan pula kan.
Impana nak kongsi satu cara hanya guna lemon untuk bersihkan bahagian dalam microwave. Murah, mudah dan senang saja untuk anda ikut. Jom tengok video yang dikongsikan oleh HomeStagingChanel
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Terdapat beberapa faktor kerja-kerja pengubahsuaian rumah mengambil masa yang terlalu lama ataupun melebihi bajet yang telah ditentukan. Salah satunya ialah, kesilapan merancang pemilik itu sendiri. Kadangkala ianya terjadi tanpa anda sedari. Dengan mengelakkan daripada melakukan kesilapan ini, anda bukan sahaja dapat menjimatkan sebahagian besar masa tetapi juga dapat memastikan segala perbelanjaan selaras dengan bajet anda. Dan paling penting, rumah impian anda bakal menjadi kenyataan dengan proses ubah suai yang berjalan lancar.
Berikut adalah LIMA kesilapan yang sering pemilik lakukan dan bagaimana untuk mengelaknya:
1. Mengupah Orang Yang Salah
Ramai pemilik rumah terburu-buru dan terus memilih pereka atau kontraktor pertama yang mereka jumpa. Ataupun terus saja menggunakan khidmat berdasarkan cadangan dari rakan-rakan. Anda mungkin akan menyesali perbuatan ini kerana perkara yang dilakukan tanpa perancangan dan penyelidikan selalunya akan membawa kepada kehancuran.
Untuk mengelakkan daripada membuat kesilapan ini, pastikan anda mencari beberapa calon dalam tempoh 6 bulan lebih awal. Dengan ini anda akan mempunyai banyak masa untuk interview atau periksa latar belakang dan kredibiliti kontraktor tersebut. Anda juga tidak perlu tergesa-gesa membuat keputusan selain dapat memberikan masa yang secukupnya buat kontraktor yang dipilih untuk membuat perancangan yang sepatutnya.
2. Setuju Dengan Harga Yang Murah
Harga yang murah memang kedengaran menarik dan megujakan para pengguna, tambahan pula dalam ekonomi yang tidak menentu ini. Tetapi anda perlu ingat, tawaran yang paling rendah tidak semestinya tawaran yang terbaik. Sesetengah pihak tidak bertanggungjawab akan berikan harga yang rendah kemudian memasang produk yang tidak berkualiti dengan kerja-kerja yang tidak kemas. Sakit hati kan? Ataupun akan ada charge tambahan mengejut untuk anda apabila kerja sudah dimulakan.
Jadi, pastikan anda meminta sebutan harga daripada beberapa calon kemudian pilih yang anda paling selesa dan yang anda rasakan paling amanah menjalankan tugas. Dua kriteria ini amat penting untuk anda pertimbangkan sebelum memilih pereka atau kontraktor untuk mengubahsuai kediaman impian anda.
3. Tidak Menetapkan Jangka Masa
Kerja-kerja renovasi boleh mengambil masa berbulan-bulan bergantung pada saiz dan berapa banyak kerja yang perlu diselesaikan bagi mendapatkan kediaman yang sempurna. Tetapi, tidak menetapkan garis masa yang realistik untuk menyiapkan segalanya merupakan salah satu kesilapan besar yang boleh anda lakukan.
Duduk dengan pereka dalaman anda dan buatkan jadual kerja sebelum proses ubahsuai dimulakan. Dengan cara ini anda akan dapat lihat sendiri progress dan juga kualiti kerja dengan lebih teratur. Memang tidak dinafikan pasti akan ada sedikit kelewatan jadi anda perlu lebih fleksibel dan berikan sedikit kelonggaran agar pekerja mempunyai masa untuk balik ke landasan kerja yang telah ditetapkan.
4. Tiada Konsep Atau Tema
Tidak membentangkan sebarang konsep atau tema tertentu sebelum memulakan sesi ubahsuai kediaman ini ibarat perbuatan yang sia-sia. Dengan mempunyai konsep pilihan, ia akan memberikan anda lebih idea tentang apa yang patut dilakukan dan material apa yang sesuai untuk digunakan. selain itu, konsep juga memberi peluang buat tuan rumah menyerlahkan personaliti kedalam seni hiasan dalaman. Rancang dengan teliti dan dapatkan pendapat dan nasihat pereka tentang konsep yang paling sesuai untuk kediaman anda.
5. Memandang Remeh Kos Ubah Suai
Ttidak menetapkan bajet yang realistik juga merupakan kesalah biasa yang dilakukan oleh sesetengah pemilik rumah. Dan perkara ini pasti akan mempengaruhi keseluruhan proses ubah suai. Ambil kira tentang perkara-perkara seperti keluasan ruang, material yang sesuai, upah pertukangan serta kerja-kerja elektrikal supaya segala bayaran adalah setimpal dengan kualiti hasil. Sebaik-baiknya, anda perlu meletakkan extra 20% daripada bajet sebenar sebagai langkah berjaga-jaga jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mesin Penapis Air Terbaik Untuk Setiap Rumah Di Malaysia
Adakah anda masih belum mempunyai kelengkapan mesin penapis air di rumah? Masih mencari-cari mesin penapis air yang berkualiti tinggi dengan harga yang sangat berpatutan? Ini satu khabar berita gembira untuk anda!
Bagi anda yang mahukan sebuah mesin penapis air di rumah, apa kata anda dapatkan mesin penapis air model Sterra Y keluaran daripada jenama Sterra ini. Nak tahu mengapa?
Mesin penapis air keluaran jenama Sterra ini walaupun ia masih baru diperkenalkan di pasaran Malaysia, namun dengan teknologi dan tahap kualiti produk yang dihasilkan boleh disifatkan mesin penapis air jenama ini sebagai salah satu produk yang berkualiti tinggi.
Jangan ada yang tidak tahu, meski ia baru sahaja diperkenalkan di pasaran Malaysia, mesin penapis air keluaran jenama Sterra merupakan salah satu jenama mesin penapis air yang terbaik di negara Singapura!
Untuk maklumat anda, mesin penapis air Sterra Y ini bukan sahaja diklasifikasikan sebagai salah satu mesin penapis air yang sangat berkualiti tinggi. Ini kerana, ia dilengkapi dengan fungsi sistem empat peringkat penapisan yang membolehkan anda menikmati air yang bersih dan segar serta tanpa sebarang kuman bakteria yang berbahaya.
Selain itu, ia juga mempunyai tiga jenis tahap suhu air iaitu panas, sejuk dan suhu bilik yang pastinya akan memudahkan kerja-kerja anda di dapur serta kegunaan seharian seisi keluarga anda.
Bukan itu sahaja, mesin penapis Sterra Y memiliki struktur reka bentuk yang sangat menarik dan moden. Malah, ia juga didatangkan dengan tiga pilihan warna yang sangat menarik.
Jadi, tidak disangkal lagi mesin penapis air Sterra Y sememangnya tampak sangat mewah dan elegan dengan harga yang sangat berpatutan.
Seperti umum mengetahui, mesin penapis air sememangnya amat penting sebagai barangan kelengkapan rumah bagi membekalkan air yang bersih. Tidak dinafikan juga, harga mesin penapis air jenama lain yang dijual di pasaran luar sangat mahal.
Tetapi tidak dengan mesin penapis air Sterra Y, kerana ianya dijual dengan harga yang sangat murah dan berpatutan berbanding dengan jenama mesin penapis air lain yang ada di pasaran luar.
Anda boleh sahaja memiliki mesin penapis air Sterra Y hari ini dengan harga cuma dari serendah RM1,299 sahaja. Menarik bukan?
Bukan itu sahaja, anda juga tidak perlu berasa bimbang kerana anda juga boleh mendapatkan mesin penapis air Sterra Y ini dengan membuat pembelian secara bayaran ansuran mudah dengan menggunakan aplikasi Atome.
Untuk info atau maklumat lanjut serta pembelian, anda boleh sahaja layari di laman sesawang www.sterra.my.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Cara Selamatkan Barang Elektrik dan Kereta Ketika Banjir
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI