Mempunyai rumah yang bersih dan wangi sudah semestinya menjadi idaman ramai. Mana tidaknya, kalau nak rasa selesa dan wangi, asyik kena ‘booking’ hotel boleh kempis dompet dibuatnya.
Nak cuba buat sendiri pewangi? Tak susah mana pun, Dato Alha Alfa sendiri kongsi cara buat pewangi supaya rumah sentiasa harum dan tahan lama.
Bahan-bahan:
Baking soda – 2 sudu
Ajax Fabuloso – 2 penutup – Keguanaan lain juga untuk cuci dan bersihkan minyak serta kotoran.
Downy Premium Parfum – 2 bekas penutup (ikut pilihan citarasa)
Cuka – 2 bekas penutup(ini untuk buang buih dan tak ada licin bila gunakan)
2 cawan air panas untuk larutkan bahan
Cara membuat:
Satukan semua bahan di atas.
Masukkan ke dalam bekas.
Spray pada tempat yang dikehendaki. Boleh bersihkan minyak-minyak, lantai dapur, meja, langsir atau sofa. Sangat wangi, segar dan tahan lama.
Ingat, anda boleh mengubah jumlah minyak pati atau jenis minyak pati yang digunakan untuk mencipta pewangi yang sesuai dengan citarasa anda. Selain itu, sesuaikan juga jumlah garam dan vinegar mengikut keperluan anda. Selamat mencuba!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: alhaalfaofficial