Kediaman yang cantik, selesa dan praktikal untuk didiami sudah tentu menjadi idaman bagi ramai individu. Tidak perlu terlalu mewah, cukup sekadar dapat menampung isi rumah dengan nyaman dengan dekorasi yang memenuhi citarasa pemilik.

Walaupun kediaman yang hanya disewa, perkara tersebut tidak wajar dijadikan alasan untuk mengetepikan elemen dekorasi dan nilai estetika ketika menghias. Malah, inilah masanya untuk anda bereksperimentasi dengan konsep dan tema yang sesuai dengan gaya hidup anda.

Baru-baru ini telah viral dekorasi rumah sewa yang begitu menarik untuk dikongsi. IMPIANA berpeluang menemuramah pemilik, Nur Diyana tentang idea dan inspirasinya menatarias setiap ruang yang tampil selesa dan menarik.

Q: Mengapa dekorasi di rumah dianggap penting?
D: Dekorasi rumah dianggap penting kerana setiap keluarga mengimpikan suasana persekitaran yang selesa untuk hidup bersama. Benarlah, rumahku,syurgaku. Namun, dekorasi di rumah sewa sebenarnya bergantung pada budi bicara dan kebenaran dari tuan rumah. Bagi saya, ini sangat penting bagi tidak menimbulkan apa apa masalah kelak. Ambil kira segala kerja pembaikan yang dilakukan bila mahu meninggalkan rumah kelak, jangan sesekali tinggalkan dinding yang berlubang, cat semula jika perlu dan tidak tinggalkan rumah yang kotor. Sentiasa pulangkan rumah dalam keadaan yang terbaik.

Q: Apakah konsep yang digunakan di rumah sewa?
D: Saya seorang yang fleksibel apabila melibatkan konsep. Kami sepakat memilih rona kelabu bagi penataan seluruh ruang dari ruang tamu,bilik tidur sehinggalah ke dapur. Namun,setiap ruang ditatarias dengan elemen dekorasi yang berbeza walaupun berkongsi warna yang sama. Misalnya, saya menggunakan peralatan kayu dan rotan serta beberapa warna neutral di bahagian bilik tidur utama. Ini adalah texture bagi mencipta konsep seakan Urban Boho. Penggunaan peralatan rustic di dapur pula membawa kepada tema rumah ladang (farmhouse). Kami sendiri masih melakukan eksperimen dalam pemilihan tema yang digemari sebagai persiapan untuk rumah sendiri nanti.

Q: Berapa lama masa yang diambil untuk persiapan rumah sewa?
D: Kami sudah mula mengumpul peralatan dekorasi selama setahun sebelum menyewa bersama. Persediaan untuk rumah sewa juga termasuk dalam persiapan perkahwinan. Kami percaya – beli sedikit sedikit dahulu jadi tidaklah bajet dikeluarkan dalam kadar besar sekaligus dalam satu masa.

Q: Anggaran bajet?
D: Saya dikenali oleh rakan rakan di media sosial kerana perkongsian ‘’dekorasi bajet’’. Alatan deko yang dibeli hampir kesemuanya di dapati di jualan perabot terpakai atau di beli semasa jualan penghabisan stok. Sejulah bajet yang dikeluarkan hanya pada pembelian cat dan perabot besar. Yang lainnya saya dapatkan dengan harga serendah RM 1.00 – Bila balik ke rumah saya akan lakukan kerja kerja DIY sendiri bagi membaik pulih peralatan dan menjadikan ianya sebagai alat dekor di rumah.

IKLAN

Q : Pesanan kepada semua yang mungkin masih berfikir untuk dekorasi rumah sewa?
D: Dalam masa sekarang, sudah ramai rakan rakan dalam group dekorasi di Facebook yang berkongsi tentang tatarias rumah sewa mereka. Saya juga rasa teruja dengan hasil kerja mereka. Antara tips yang boleh diamalkan adalah pastikan perabot yang dibeli praktikal untuk di bawa berpindah kelak, terhadkan perabot yang menjadi keperluan sahaja dan berbelanjalah dengan bijak. Untuk pulangan modal, barang barang yang sudah tidak dipakai selama tiga bulan berturut turut bolehlah dijual semula atau disedekahkan. Rumah sewa yang lapang tanpa barang yang banyak pasti memudahkan urusan untuk berpindah kelak. Jaga rumah sewa seperti rumah sendiri. InsyaAllah tiada siapa yang akan rugi.

Puan Diyana juga ada berkongsi hasil dekorasi kediaman sewa yang didekor beliau. Jom kita cuci mata!

RUANG TAMU/ RUANG MAKAN

Rumah Sewa Bukan Alasan! Wanita Ini Deko Kediaman Penuhi Citarasa Dengan Bajet TerhadRumah Sewa Bukan Alasan! Wanita Ini Deko Kediaman Penuhi Citarasa Dengan Bajet TerhadRumah Sewa Bukan Alasan! Wanita Ini Deko Kediaman Penuhi Citarasa Dengan Bajet TerhadRumah Sewa Bukan Alasan! Wanita Ini Deko Kediaman Penuhi Citarasa Dengan Bajet TerhadRumah Sewa Bukan Alasan! Wanita Ini Deko Kediaman Penuhi Citarasa Dengan Bajet Terhad

IKLAN

Rumah Sewa Bukan Alasan! Wanita Ini Deko Kediaman Penuhi Citarasa Dengan Bajet Terhad

DAPUR

IKLAN

Rumah Sewa Bukan Alasan! Wanita Ini Deko Kediaman Penuhi Citarasa Dengan Bajet TerhadRumah Sewa Bukan Alasan! Wanita Ini Deko Kediaman Penuhi Citarasa Dengan Bajet Terhad

BILIK TIDUR

Rumah Sewa Bukan Alasan! Wanita Ini Deko Kediaman Penuhi Citarasa Dengan Bajet Terhad Rumah Sewa Bukan Alasan! Wanita Ini Deko Kediaman Penuhi Citarasa Dengan Bajet Terhad Rumah Sewa Bukan Alasan! Wanita Ini Deko Kediaman Penuhi Citarasa Dengan Bajet Terhad Rumah Sewa Bukan Alasan! Wanita Ini Deko Kediaman Penuhi Citarasa Dengan Bajet Terhad Rumah Sewa Bukan Alasan! Wanita Ini Deko Kediaman Penuhi Citarasa Dengan Bajet Terhad

Rumah Sewa Bukan Alasan! Wanita Ini Deko Kediaman Penuhi Citarasa Dengan Bajet Terhad Rumah Sewa Bukan Alasan! Wanita Ini Deko Kediaman Penuhi Citarasa Dengan Bajet Terhad Rumah Sewa Bukan Alasan! Wanita Ini Deko Kediaman Penuhi Citarasa Dengan Bajet Terhad

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI