Siapa kata rumah sewa tak boleh cantik hiasan dalamannya? Jangan sampai rumah sewa anda jadi seperti kisah dibawah ini. Kisah rumah sewa yang macam longgokan sampah. Tetapi sebelum itu IMPIANA ingin berkongsi dengan anda beberapa tip untuk menjaga dan menghias rumah sewa.
Tips bagaimana menghiasi rumah korang:
KISAH RUMAH SEWA
Mengucap panjang melihat keadaan rumah sewa yang dihuni tiga wanita muda yang juga merupakan pelajar institut pengajian tinggi ini. Rumah yang sepatutnya menjadi tempat yang selesa untuk berlindung, bertukar menjadi seperti tempat perlupusan sampah. Lebih mengejutkan lagi, salah seorang penghuninya tidur di bawah katil.
TERGERAK HATI nak pergi tengok rumah yang disewakan pada sekumpulan budak perempuan di salah sebuah institut pengajian tinggi di Malaysia. Mula-mula saya pergi, mereka tak bagi masuk sebab saya lelaki. Tak apalah, memang logik pun mereka tak izinkan. Keesokkan harinya, isteri saya pergi ke rumah sewa itu, tetapi mereka tetap tak berikan keizinan juga atas alasan, banyak barang-barang peribadi dan mereka tidak mahu orang luar tengok.
Akhirnya saya berjaya keluarkan surat dan buat laporan polis untuk melakukan siasatan. Saya dapat masuk ke rumah saya itu sebab saya ada bukti bergambar yang dirakam oleh orang menyamar jadi tukang baiki bumbung. Cuba anda bayangkan, macam mana rumah boleh menjadi seperti longgokan sampah? Dengan dapur rumah yang penuh berminyak, pinggan mangkuk tak dicuci. berulat dan berbuih. Tandas penuh dengan tahi dan bau hancing. Bilik kotor, tuala wanita lama dan dah hitam berlongok dalam tong sampah.
Saya mengucap panjang depan budak-budak perempuan yang wajahnya iras seperti Nasha Aziz, Nora Danish dan Fazura itu. Muka cantik tetapi perangai tidak secantik wajah. Saya terus keluarkan surat untuk mereka berpindah keluar dari rumah sewa itu dalam tempoh 24 jam. Deposit saya memang tidak akan pulangkan sebab saya perlu gunakan duit itu untuk mengupah orang mencuci rumah dan membaiki kerosakan yang mereka telah lakukan pada rumah sewa saya.
Budak-budak perempuan ini bernasib baik sebab saya tak heret mereka ke balai polis untuk tindakan lanjut. Kalau ikutkan hati, memang nyaris saya berbuat demikian. Dari apa yang saya kira, hampir RM10,000 kerugian yang saya alami.
Sumber: Tidak Diketahui