Shah Rukh Khan antara nama besar di India, jika sebelum ini tular kediaman rumah lelaki hebat in di India. Rupanya Shah Rukh Khan juga miliki beberapa hartanah persendirian yang terletak di negara luar, termasuk Dubai.

Menurut Bollywood Shaadis, pada 2007, pemaju hartanah Nakheel memberikan hadiah istimewa kepada Shah Rukh Khan berupa sebuah vila mewah.

Isteri SRK, Gauri Khan, bertanggungjawab untuk mereka bentuk bahagian dalam rumah yang diberi nama “Jannat”, yang bermaksud syurga.

Rumah Shah Rukh Khan Di Dubai, Diberi Nama “Jannat” Bermaksud Syurga
Isteri Shah Rukh Khan sebagai pereka dalaman

Vila dengan pantai persendirian yang eksklusif

Rumah pantai Shah Rukh Khan berdiri di atas tanah seluas 14 ribu kaki persegi dengan keluasan bangunan 8.5 ribu kaki persegi.

Sehingga kini keseluruhan bahagian dalam vila ini tidak banyak didedahkan kerana ia sangat peribadi dan selamat, tetapi luarannya boleh dilihat oleh pengunjung.

Rumah Shah Rukh Khan Di Dubai, Diberi Nama “Jannat” Bermaksud Syurga
Villa Shah Rukh Khan dilengkapi pelbagai Kelengkapan Menarik

Dengan harga sekitar 10 Juta Ringgit Malaysia, villa Jannat dilengkapi dengan dua garaj automatik, enam bilik tidur dan kemudahan mewah seperti kolam renang peribadi dan pantai untuk memancing dan sukan air.

Untuk vila di Dubai ini juga, isteri Shah Rukh Khan turut menggabungkan beberapa perabot asli dengan perabot dari pelbagai negara.

Gauri Khan, isteri Shah Rukh Khan, yang bekerja sebagai pereka dalaman dan penerbit, turut mereka bentuk kandungan vila Jannat itu.

Pemandangan bangunan pencakar langit Dubai yang menakjubkan boleh dinikmati terus dari rumah ini.

Dijadikan Sebagai Rumah Percutian

Rumah di Dubai ini keluarga ini jadikan hanya sebagai rumah percutian dan rumah pantai. Jadi ia lebih santai dan kurang formal. Menurut Gauri, mereka sering berada di kolam renang, pantai atau berjemur.

Seperti yang dinyatakan di atas, Gauri Khan memainkan peranan aktif dalam mereka bentuk rumah mereka di Dubai dan Mumbai.

IMPIANA :  Untung SRK ada isteri pandai dalam reka bentuk dalaman rumah.

Artikel Menarik: Pros & Cons Guna MESIN BASUH Jenis Front Loader
Baca Lagi Disini:Cara Paling Berkesan Untuk Cuci Mesin Basuh, Modal Tak Sampai RM5.00 Pun!
Mesti Baca: Air Mesin Basuh Masuk Perlahan, Baiki Sendiri Modal Tak Sampai RM30

Sumber: Bollywood Shaadis

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI