Rumah siling tinggi boleh buat loteng, guna setiap ruang sebaik mungkin. Bagi mereka yang memiliki rumah dengan siling yang tinggi dan luas, anda boleh memanfaatkan ruang tersebut dengan membina loteng.
Jangan membazir ruang yang ada, maksimumkan ruang sebaik mungkin. Berikut perkongsian daripada Atam Ayu
“Menjawab isu siling tinggi..rumah saya teres setingkat 4 bilik 2 bilik air berkeluasan 20×70
Binaan rumah 20×50. 2 bilik siling tinggi ukuran 14 atau 15 kaki. Saya buat loteng pada tahun 2021.
“Harga bilik pertama RM2800. Harga bilik kedua RM3200 ( tukar tingkap nako ke tingkap besi terbuka supaya senang untuk keluar/masuk ke tangki air ). Jumlah kos keseluruhan RM6000.
“Tangki air suami ubah dari kedudukan tengah ke bucu. Ruang tengah kami letak rumput karpet, jadikan ruang menonton wayang malam minggu. Tambah atap sikit. Semua suami diy sendiri sahaja. Ruang tangki dibahagian tepi kami buat stor. Jadi dari 4 bilik asal, jadi 7 bilik (2 tambahan loteng + 1 ruang tangki air).”
Berikut dikongsikan gambar-gambar proses sebelum dan selepas loteng dibuat.
Sumber: Atam Ayu
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.