Wow! Private Pool Di Halaman Kampung! Macam selalu saya perkatakan, setiap insan pasti mempunyai keinginan untuk memiliki kediaman sendiri. Kalau kita nak jadikan kediaman kita tu sebagai rumah ku syurga ku binalah kediaman itu dengan sepenuh hati. Jangan terlalu cepat untuk menghias mahupun menambah baik kediaman tanpa berfikir. Apa pun anda perlu rancang sebelum membuat sesuatu, periksa kehendak atau keperluan serta kemampuan. Jangan main buat sahaja.
Kali ini IMPIANA tertarik dengan sebuah rumah kampung ini, kalau tak tahu rumah ni terletak di kampung pasti ingat kediaman ini adalah banglo atau teres lot tepi. Apa pun syabas kepada pemilik kediaman ini kerana membina sebuah kolam persendirian dengan baik dan pastinya membuka mata semua pemilik di luar sana. Jom kita dengar apa yang pemilik ini ingin kongsikan.
“Sharing pengalaman membina private pool di laman kampung. Pembinaan private pool ini telah bermula sejak tamat PKP lalu iaitu pada pertengahan Jun 2020. Pada asalnya,kawasan ini hanyalah laman kampung biasa dengan tumbuhan tumbuhan didalam pasu. Proses pembinaan bukan suatu perkara yang mudah kerana struktur tanah yang berair dan di tambah lagi dengan cuaca yang tidak menentu.
Ads
Apa yang menarik, private pool dengan keluasan 15 feet x 10 feet ini di gali secara manual sepenuhnya, tanpa menggunakan backhoe. Memang kuat kuderat pekerja ni kan! Mengambil inspirasi dari Villa di sekitar ubud, Bali beberapa elemen Bali seperti pintu masuk, pergola dan ukiran batu di dinding di gunakan.
Ads
Cabaran berikutnya adalah untuk mengekalkan tahap kebersihan, ph dan klorin kolam. Hampir 6 bulan selepas projek dimulakan.. akhirnya kami mampu tersandar tenang mendengar deruan air sambil menikmati suasana tenang dan nyaman di dalam kawasan private pool ini.”
Ads
Ha….apa kata anda pula, hebat ke tidak? IMPIANA memang puji la pemilik ni. hebat sangat idea beliau.
Raya hari tu, Impiana lihat ramai rakan-rakan yang memanggil tukang cuci sofa dan karpet untuk datang kerumah. Tidak terkecuali juga, ada yang sewa kelengkapan khas untuk DIY sendiri je utuk cuci karpet dan sofa yang dah kepan tu seperti vakum khas. Tapi, kedaua-duanya kelihatan memerlukan kos yang tiggi juga kan? Walaupun anda boleh sewa vakum khas untuk mencuci karpet dan sofa, harganya boleh tahan mahal juga.
Tapi, Hong Guan ada caranya yang tersendiri untuk lebih jimat. Guan telah mengubah suai vakum habuk biasa menjadi vakum khas untuk menyedut lebihan air pada karpet yang dicuci dengan modal tak sampai RM 50 pun. Menurut Guan, yang peting adalah kepala penyedut vakum dan tong kedap udara. Jom kita baca cara-cara untuk ubah suai vakum kering biasa keapda vakum air.
Projek DIY terbaru saya. Menyediakan sambungan tong pengekstrak air dari vakum biasa untuk sedut air selepas cuci karpet dan sofa. Modal tak sampai RM 50 pun. Sangat bagus dan berfungsi dengan baik
Potong kobis? Mudah sahaja. Pejam mata pun boleh buat. Tapi tanpa anda sedar, sebenarnya teknik yang digunakan salah sama sekali. Disebabkan itu, hidangan kobis anda kelihatan tidak menarik untuk dijamu dan ada pula sampai bahagian batang keras pun di goreng sekali.
Sebenarnya, memang betul memotong kobis sangat mudah. Akan tetapi, ada teknik profesional yang lebih memudahkan anda dan secara tidak langsung menjadikan hidangan makanan anda kelihatan lebih menarik ketika dihidang. APa kata, tonton tutorial 5 kaedah memotong kobis macma profesional dari akaun Youtube Cooking with Sonny
Jika ada bahagian kobis yang tidak digunakan, untuk memastikan ia kelihatan segar boleh sapukan jus lemon pada bahagian yang dipotong
Linear Landscape Sdn. Bhd., penyertaannya di dalam Malaysia Landscape Architecture Award yang dianjurkan oleh Institute of Landscape Architect Malaysia (ILAM) memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Syarikat perundingan landskap yang diasaskan oleh LAr. John Lew Thye Yong ini sering mendapat pengiktirafan disebabkan idea kreatifnya dalam menghasilkan sebuah reka bentuk landskap yang hebat.
161 Electic M adalah cetusan nilai seni bina Mediterranean yang telah digabungkan dengan elemen estetika tropika di Malaysia. Jika anda berada di perkarangan kediaman ini, rasa macam anda berada di kepulauan Mediterranean. Keseluruhan lot kediaman berkeluasan 21,085 kaki persegi di kelilingi dengan tanaman yang tidak memerlukan penjagaan yang rumit atau less maintenance.
“Pemilik mengimpikan sebuah kediaman sarat dengan latar landskap menghijau. Oleh itu sepanjang proses perbincangan dilakukan, penglibatan pemilik amat diperlukan bagi melancarkan urusan reka bentuk. Sebolehnya saya ingin merealisasikan impian pemilik di samping rekaan paling ideal buat kediamannya”, jelas pereka
Seluas 13,660 kaki persegi keluasan persekitaran kediaman ini diperuntukkan sebagai perimeter kawasan hijau semula jadi.
Melihat pada reka bentuk kediaman ini secara keseluruhan, terdapat tembok pagar padu melingkari garis sempadan kediaman yang memberi privasi optimum kepada pemilik. Di laluan pintu masuk kediaman, untuk kemasan driveway, pereka telah memilih material cobble stone sebagai kemasan. Kebaikan menggunakan cobble stone dengan konsep pemasangan interlocking ini secara tidak langsung menyelesaikan masalah water run off terutama ketika hujan.
Kalau dah kata konsep Mediterranean tu, tak lengkap tanpa ruang serbaguna atau plaza kan? plaza yang terbina harus dihiasi dengan elemen air sebagai elemen penyegar. Memercikkan lagi konsep yang di cadangkan, pemilihan jubin artisan dengan rekaan khas motif geometrik menjadi kemasan pada elemen air. ini.
Rimbunan Peltophorum pterocarpum yang sedia ada di hadapan lot kediaman di kekalkan untuk menyuntik suasana redup dan nyaman di kawasan parkir dan driveway. Memberi sokongan yang padu terhadap penataan gaya laman di ruang hadapan, pereka telah mereka sebuah laman subur di sudut hadapan kediaman dengan menghimpunkan pelbagai tumbuhan renek pelbagai tekstur dan warna. Menyeimbangi keperluan persekitaran agar ianya hadir dalam gaya semula jadi, pereka menyediakan sebuah kolam kecil yang menjadi habitat si teratai.
Selain itu, bagi memberi kemudahan kepada pemilik untuk menghayati sudut laman yang di gelar enchanted garden ini, laluan dari batu kelikir disediakan dalam bentuk organik dan ringkas. Laluan tersebut menghubungkan bahagian hadapan laman terus ke sisi kediaman yang menempatkan taman linear yang diberi nama The Creek.
“Nama ini di beri sempena terusan anak sungai yang dibina dari kolam teratai di bahagian hadapan, merintangi keseluruhan bahagian sisi lot kediaman ini. Secara tidak langsung aliran anak sungai yang mengalir menjadi instrumen alami menambah suntikan elemen semula jadi yang diimpikan pemilik”, Tambah pereka lagi.
Outdoor social space pemilik banyak tertumpu di bahagian belakang. Sebuah kolam renang menjadi ciri utama mendominasi keseluruhan gaya dekorasi laman belakang. Pemilihan masonite tile rona biru memberi impak air kolam renang jernih bak kristal.
“Memperjelaskan lagi suntikan Mediterranean yang cuba dibawa, pemilihan jubin bermotif geometrik rona biru sekali lagi diterapkan pada dinding water curtain tersebut”. Tegas pereka yang cuba menzahirkan laman impian pemilik.
Selain daripada binaan kejur, pereka turut melakukan pemilihan soft landscape yang teliti. Setiap tumbuhan atau tanaman yang digunakan untuk menghiasi laman ini disusun secara organik. Pemilihan pokok-pokok hutan seperti Muraya paniculata, Sandoricum koetjape, Eugenia syzyades, Eugenia campanulata menyatu membentuk kanopi padat menyuntik ambien segar.
Pereka memilih untuk menggunakan batu kerikil menghampari keseluruhan ruang kerana selain ia mudah dijaga, ia juga mampu menyelesaikan masalah ruang. Ini disebabkan oleh kawasan tersebut terlindung dari kanopi pokok yang memagari keseluruhan lot kediaman ini. Hal ini menyebabkan ruang tersebut tidak telus cahaya dan menyukarkan pertumbuhan rumput.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.