Wow! Private Pool Di Halaman Kampung! Macam selalu saya perkatakan, setiap insan pasti mempunyai keinginan untuk memiliki kediaman sendiri. Kalau kita nak jadikan kediaman kita tu sebagai rumah ku syurga ku binalah kediaman itu dengan sepenuh hati. Jangan terlalu cepat untuk menghias mahupun menambah baik kediaman tanpa berfikir. Apa pun anda perlu rancang sebelum membuat sesuatu, periksa kehendak atau keperluan serta kemampuan. Jangan main buat sahaja.

Kali ini IMPIANA tertarik dengan sebuah rumah kampung ini, kalau tak tahu rumah ni terletak di kampung pasti ingat kediaman ini adalah banglo atau teres lot tepi. Apa pun syabas kepada pemilik kediaman ini kerana membina sebuah kolam persendirian dengan baik dan pastinya membuka mata semua pemilik di luar sana. Jom kita dengar apa yang pemilik ini ingin kongsikan.

“Sharing pengalaman membina private pool di laman kampung. Pembinaan private pool ini telah bermula sejak tamat PKP lalu iaitu pada pertengahan Jun 2020. Pada asalnya,kawasan ini hanyalah laman kampung biasa dengan tumbuhan tumbuhan didalam pasu. Proses pembinaan bukan suatu perkara yang mudah kerana struktur tanah yang berair dan di tambah lagi dengan cuaca yang tidak menentu.
Apa yang menarik, private pool dengan keluasan 15 feet x 10 feet ini di gali secara manual sepenuhnya, tanpa menggunakan backhoe. Memang kuat kuderat pekerja ni kan! Mengambil inspirasi dari Villa di sekitar ubud, Bali beberapa elemen Bali seperti pintu masuk, pergola dan ukiran batu di dinding di gunakan.

Cabaran berikutnya adalah untuk mengekalkan tahap kebersihan, ph dan klorin kolam. Hampir 6 bulan selepas projek dimulakan.. akhirnya kami mampu tersandar tenang mendengar deruan air sambil menikmati suasana tenang dan nyaman di dalam kawasan private pool ini.”




Ha….apa kata anda pula, hebat ke tidak? IMPIANA memang puji la pemilik ni. hebat sangat idea beliau.

Gambar: Tuah Kencana