Hartanah

Rumah Teres Dua Tingkat Dijual RM1.4 Juta, Reka Bentuk Moden Kontemporari Buat Ramai Teruja!

Share

Membeli rumah ini bukan benda boleh buat main sebab ia merupakan satu komitmen berpanjangan dan kadang-kadang komitmen sampai hujung nyawa kita. Jadi bila membeli rumah, belilah rumah yang tepat dan bersesuai dengan bajet kita berserta kejiranan yang bagus.

Rumah Teres Dua Tingkat Dijual Dengan Harga RM1.4 Juta, Reka Bentuk Buat Ramai Teruja!

Baru-baru ini, rumah teres dua tingkat di Shah Alam, Selangor diiklankan sehingga ia mencuri perhatian ramai di Facebook.

Kalau dilihat melalui gambar-gambar dalaman rumah ini yang dikongsikan di dalam kumpulan Facebook Iklan Bukit Jelutong oleh Zubir Jafre

, mungkin ada yang tak percaya dengan apa yang dilihat.
Konsep reka bentuk moden kontemporari mewah
Rumah yang terletak di Shah Alam ini telah diubahsuai sepenuhnya dengan konsep reka bentuk moden kontemporari yang sangat mewah, sampai ramai yang berangan nak jadikan rumah ni sebagai ‘forever home’.

Rumah yang berstatus freehold ini terletak di kawasan berpagar dan dikawal 24 jam.

Dengan keluasan tanah 3,187 kaki persegi dan kawasan binaan sekitar 3,200 kaki persegi, rumah ini menawarkan ruang yang cukup luas dengan 5+1 bilik tidur dan 5+1 bilik air. Tak cukup dengan itu, dapur rumah ini pun lengkap dengan kabinet dengan reka bentuk elegan.

Dan bagi yang teliti, rumah ni menghadap ke arah selatan, membolehkan cahaya matahari masuk dengan sempurna sepanjang hari.

Bukan sekadar cantik di mata, ubah suai rumah ini semuanya diluluskan oleh majlis bandar tempatan.

Ini penting, sebab tak semua rumah yang diubah suai ikut piawaian, dan banyak yang terpaksa berdepan dengan isu perundangan selepas beli.

Di bahagian komen, ramai netizen puji dengan pilihan reka bentuk pemilik rumah yang penuh citarasa.

IMPIANA : Patut la harganya RM1.4 juta, lihat pula reka bentuknya. Pembeli baru cuma perlu masuk dengan kaki yang bersih je konsepnya.

Mesti Baca: Bertahun Menyewa, Usahakan Beli RUMAH SENDIRI Walaupun KECIL Ini Sebabnya!


Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Artikel Menarik:TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!

 

Published by
Nana