Pelakon, Farid Kamil,43 tidak tahu-menahu mengenai rumah teres dua tingkat miliknya yang dikatakan dalam proses lelong dengan harga lebih setengah juta Ringgit kerana pinjaman rumah dibayar oleh penyewa sejak 2019.

Farid berkata, selama rumah itu disewa, dia tidak berdepan sebarang masalah sehingga dimaklumkan mengenai lelongan itu.

“Saya sudah tidak tinggal di rumah itu sejak lebih 10 tahun lalu. Rumah berkenaan dibeli pada 2011 dengan harga RM300,000 dan disewakan sejak 2019.

“Sejak dari itu penyewa membayar terus ke akaun bank pinjaman rumah ini. Sebelum ini tiada apa-apa masalah sehingga sekarang baru dapat tahu rumah itu akan dilelong,” katanya.

Menurut Farid, isu rumah beralamat di Jenjarom, Selangor itu akan diselesaikan dengan segera oleh penyewa berkenaan.

“Penyewa berjanji akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Harap ini menjawab segala spekulasi,” katanya.

Rumah Teres FARID KAMIL Bakal Dilelong, Penyewa Yang Bayar Ansuran Pinjaman Sejak 2019

Rumah Bakal Di Lelong Viral Di Media Sosial

Terdahulu, tular di media sosial mengenai sebuah rumah teres dua tingkat yang dikatakan milik pelakon popular, Farid Kamil yang dalam proses lelong dengan harga lebih setengah juta ringgit.

Perkara lelongan itu menjadi kecoh dan menarik perhatian ramai apabila tersebar iklan mengenainya yang diletakkan pada senarai lelongan awam bertarikh 22 Januari ini pada harga permulaan RM522,000.

Ads

Rumah teres itu dipercayai beralamat di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor mengikut maklumat dimuatkan di laman sesawang lelongan berkenaan dan iklan di akhbar yang juga tertera nama pemiliknya, Farid Kamil Zahari.

Difahamkan, rumah teres itu mempunyai keluasan kira-kira 1,760 kaki persegi, dibeli pada 2011 dan status pemilikan Bumiputera.

Rumah Teres FARID KAMIL Bakal Dilelong, Penyewa Yang Bayar Ansuran Pinjaman Sejak 2019

David Teo Terkilan, Rumah Dihadiahkan Bakal Dilelong

Sementara itu, Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG), David Teo adalah individu bertanggungjawab menghadiahkan kediaman kepada Farid terkilan jika berita lelongan itu adalah benar.

David berkata, dia baru sahaja mengetahui mengenai berita lelongan itu selepas dihubungi media.

“Kalau Farid ada masalah, sepatutnya dia beritahu saya. Mungkin saya boleh beli rumah ini daripadanya.

Ads

“Rugilah rumah ini terpaksa dilelong kerana nilainya sudah dua kali ganda berbanding ketika dibeli kira-kira 10 tahun lalu.

“Saya sanggup beli daripada Farid dan berikan jumlah yang dimahukan. Kemudian mungkin saya boleh jual semula rumah ini.

“Tetapi, sekarang sudah tak boleh buat apa-apa sebab rumah bakal dilelong,” katanya.

Rumah Teres FARID KAMIL Bakal Dilelong, Penyewa Yang Bayar Ansuran Pinjaman Sejak 2019

Rumah Disewakan Kepada Bekas Pekerja

Menurut David, difahamkan Farid tidak menginap di rumah berkenaan, sebaliknya menyewakannya kepada bekas pekerja. Katanya, dia membayar wang pendahuluan untuk kira-kira 30 kakitangan sebagai hadiah berikutan kecemerlangan kutipan filem terbitan MIG pada ketika itu.

“Kami memang tidak pernah bercerita soal peribadi. Sebab itulah saya tak tahu Farid ada masalah kewangan.

Ads

“Kami berhubung pun hanya berkaitan kerja, dia hubungi saya minta diberikan watak hero dan saya tawar berlakon dalam filem Bisikan Dosa.

“Selain itu, saya memang tidak ambil tahu mengenai soal kehidupan peribadinya,” kata David.

Mesti Baca: Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Baca Lagi Di Sini: Ambil Tahu 100% Rumah Bakal Dibeli, Elak ‘Projek Sakit’ Pemaju
Artikel Menarik: Semak Semula Perjanjian Jual Beli Rumah, Takut Berlaku Kematian Waris Kena Sambung Bayar Loan

IMPIANA: Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi penyelesaian terbaik buat pelakon Farid Kamil ini.

Sumber: Hmetro, Bharian

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI