Dekorasi

Rumah Teres Lama Diberi Nafas Baru Berkonsep Monokrom, Namun Kekalkan Identiti Asal

Share

Rumah teres lama meskipun telah berusia berpuluh tahun, jika diberi nafas baru dengan konsep dan dekorasi yang betul, tidak kurang cantiknya dengan rumah baru.

IMPIANA tertarik dengan konsep dekorasi dan make over yang dilakukan pada rumah
1845 Mersing Homestay. Memang cantik dan nampak cukup estetik rumah yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air ini.

Kekalkan Identiti Asal

Paling menarik, pemilik kediaman masih mengekalkan struktur dan identiti rumah asal, tanpa melakukan major renovasi. Ia dapat dilihat pada kemasan simen di ruang parkir, jeriji besi pada pintu, jubin lantai di ruang tamu dan dapur dan sebagainya.

Konsep Monokrom

Pemilik juga memilih bijak konsep Monokrom yang dianggap pilihan tepat kerana konsep ini sesuai untuk semua ruang rumah, malah tampak neutral dengan pemilihan rona seperti hitam, putih dan kelabu. Sekaligus menjadikan kediaman ini nampak lebih luas, moden namun kekal estetik.

Ruang Hadapan

Ruang Makan

Bilik Tidur

Bilik Air

Dapur

Laman Belakang

IMPIANA: Menarik transformasi yang dilakukan pada rumah teres lama ini. Nampak cukup cantik dan estetik apabila mengekalkan identiti rumah asal.

Mesti Baca: Beli Rumah Lama ‘Transform’ Jadi Baru, Hasilnya Memang Cantik & Kemas!
Baca Lagi Di Sini:Renovasi Rumah Lama Dengan Gaya Jepun. Rona Neutral Jadi Elemen Penting!


Artikel Menarik:Dekorasi Rumah Lama Usia 30 Tahun, Bila Dah Siap Renovasi Terus Nampak Moden

Sumber: Malaysia Homie, 1845 Mersing Homestay  

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Suhaidah Wahab