Rumah teres pun ada jual di aplikasi Shopee?
Tidak dinafikan kebanyakan daripada kita lebih gemar membeli secara online kerana bukan hanya memudahkan, malah ia jauh lebih jimat kerana ditawar dengan harga lebih murah.
Baru-baru ini viral satu iklan penjualan rumah teres setingkat di Kluang yang dijual melalui Shopee dengan harga RM250,000
menerusi laporan Sinar Harian.Menariknya lagi apabila pemilik rumah berkenaan turut membenarkan penggunaan SPayLater yang mana pembeli boleh beli dahulu bayar kemudian dengan beberapa kaedah.
Difahamkan menerusi SPayLater pelanggan boleh membuat bayaran secara ansuran bulanan mengikut kadar kemampuan pengguna yang berminat.
Perkongsian tersebut sudah semestinya menjadi berita gembira buat bakal pemilik rumah pertama yang bertuah memiliki rumah terlebih dahulu dan membayar di kemudian hari.
IMPIANA : Menariknya boleh beli rumah bayar kemudian ni…hehe
Baca Lagi Di Sini: Baja Chitosan Dari Kulit Udang Jadikan Tanaman Immun Serangan Kulat
Mesti Baca: KOMPILASI TIP Buat Sendiri BAJA ORGANIK Mudah Guna Bahan Dapur
Artikel Menarik: KULIT TELUR + CUKA Berkesan Atasi Masalah Bunga/Buah Gugur Sebelum Masanya!
Sumber : Sinar Harian