Industri Seni Bina bukanlah satu industri yang biasa. Ia adalah industri yang cukup hebat di mata dunia. Jika kita perhatikan reka bentuk arkitek-arkitek hebat yang menghasilkan projek-projek mega pastinya bakal mengunci kata-kata di situ. Siapa yang berani menyangkal idea dan konsep yang menjadi satu mercu kejayaan di mata dunia.
Hari ini IMPIANA ini berkongsi sebuah rumah agam yang pastinya ramai tidak menyangka kediaman ini sebenarnya terletak di Damansara. Antara rumah termahal di Malaysia ini sudah pastinya menjadi ikonik dalam Industri Seni Bina. Firma Arkitek Jouin Manku bukan nama kecil dalam arena industri seni bina ini, mereka telah diberi kepercayaan untuk menghasilkan rumah agam yang dinamakan YTL Residence dengan sempurna.
Projek yang mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan pada tahun 2008. Dengan keluasan sekitar 5,000 hingga 10,000 kaki persegi. Ketika tahun ini berapakah usia anda? Bayangkan sebuah rekaan sebegini rupa telah jayanya direka dengan sentuhan yang menakjubkan.
Rumah agam YTL Residence ini menempatkan tiga generasi keluarga di dalam satu bumbung.
Menempatkan ruang termasuk: 9 bilik tidur, 2 bilik keluarga, dapur keluarga + makan peribadi, pustaka keluarga, bilik permainan, kolam renang, ruang belajar, ruang makan formal, kawasan penerimaan tetamu, 21 bilik mandi, 2 suite tetamu dan tempat letak kereta.
IMPIANA difahamkan kediaman dalam 3 generasi keluarga ini, masing-masing mempunyai volume yang berbeza. Ruang berkumpul membentuk keseluruhan ruang dalaman, pangkalan ruang yang menempatkan untuk fungsi keseluruhan pemilik di dalam rumah, manakala ruang untuk tetamu dan persendirian keluarga yang tinggal di dalam YTL Residence ini dibina dan direka dengan penuh ciri-ciri privacy. Dalam asyik dengan seni bina ini arkitek seni bina ini tidak lupa akan kesedaran hijau di persekitaran rumah agam ini dengan mengetengahkan konsep membenarkan tumbuh-tumbuhan luar biasa yang berasal dari rantau ini untuk membanjiri persekitan kediaman ini dengan sempurna.
Ads
Terinspirasi oleh kecanggihan dan kekayaan yang terdapat di hutan dan lanskap semula jadi Malaysia, Arkitek Jouin Manku berusaha untuk memasukkan bukan sahaja pokok-pokok biasa, tetapi juga kualiti tumbuhan yang rare ke dalam volume projek ini. Ketenangan dan keharmonian, ruang dan kekosongan ada di dalam tiga jilid rekaan kediaman agam ini yang menentukan konsep projek.
IMPIANA juga menganjurkan kelas webinar untuk anda tambah ilmu dalam bercucuk tanam. Kali ini IMPIANA bawa anda untuk sertai bengkel online ‘Smart Watering System.
IMPIANA ingin menjemput anda menyertai WEBINAR IMPIANA untuk mempelajari tentang bagaimana untuk membuat sistem siraman automatik sendiri dengan MUDAH dan MURAH! Jom cepat-cepat daftar diri anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pokok cili mempunyai jangka produktiviti yang terhad iaidtu antara 8-12 bulan sahaja. Selesai tempoh produktiviti, pokok mula mengering dan buah yang jadi dihujung produktiviti pun tak cantik. Untuk memastikan stok tak putus, kebiasaanya proses tanam semula atau sulam dilakukan.
Namun seorang petani komersial iaitu Safirin dari Indonesia punya kaedah dan cara tersendiri dan bijak. Pokok cili yang tua diasah atau rawat semula untuk memastikan ia terus mengelurakan hasil. Teknik meremajakan semula pokok cili tua ini diberi nama “cut back”.
Teknik ini dapat mengeluarkan hasil dalam tempoh yang lebih singkat kerana pohon sudah sedia matang. Langkah-langkah teknik “cut back” yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:
1. Buang atau cabut tanaman cili yang sudah mati atau layu
2. Pangkas cabang-canbag cili yang telah kering, rosak, berpenyakit dan tidak normal. Hanya tinggalkan batang keras. Tapi, pastikan sisa beberapa helai daun walaupun hanya 3-4 helai sahaja pada pokok
3. Sapu bahagian cabang atau ranting yang dipotong dengan fungisida dan insektisida (anti funggus dan hama)
4. Gembur tanah sekitar pangkal pokok dan taburkan baja. Baja yang disarankan adalah NPK
5. Tunggu sehingga pokok cili mengeluarkan tunas-tunas baru
6. Bila dah mula tumbuh tunas, lakukan pembajaan 2 minggu sekali dengan baja NPK
7. Tinggalkan hanya 3-5 tunas yang betul-betul sihat dan seterusnya penjagaan pokok cili yang telah mengalami proses “Cut Back ” seperti biasa
Kebersihan dan keceriaan ruang dapur tidak boleh dipandang remeh kerana selain menjadi tempat menyediakan dan memasak makanan, ia juga berperanan sebagai ruang sosial buat keluarga dan tetamu berkumpul. Jadi tidak wajar jika ruang ini dibiar kotor atau tidak terurus kerana ia mungin akan mengundang rasa kurang senang kepada orang lain yang datang berkunjung.
Jika anda tidak mahu lagi ruang dapur kediaman dibelenggu dengan aura kurang enak, ikuti tip-tip mudah yang IMPIANA sediakan ini, pasti dapur akan sentiasa terasa segar dan bersih. Tetamu juga akan lebih selesa jika persekitarannya kemas dan terhindar dari sebarang kotoran serta bau busuk.
Pastikan segala peralatan dapur anda dilap kering sebelum letakkan di dalam bekas atau digantung pada cangkuk. Anda bayangkan jika segala sudip dan senduk diletakkan secara menegak dalam bekas plastik dan airnya bertakung di dalam? Anda pasti tidak akan menggunakan lagi perkakas tersebut.
2. Jangan bertangguh untuk membuang sampah di tong atau bilik sampah yang disediakan oleh majlis bandaraya serta jawatankuasa penduduk. Mahukah anda bau isi perut ikan menyelubungi kediaman anda?
3. Pastikan anda mencuci bersih segala pinggan dan mangkuk yang telah kita gunakan sewaktu makan. Pasti anda tidak mahu tidur bersama aroma lauk basi dibiarkan semalaman. Jadi, masalah ini boleh diselesaikan dengan menyegerakan pencucian segala perkakas, kerana bau sahaja sudah cukup menyeksakan dan belum lagi dengan kehadiran lalat serta makhluk perosak yang lain.
4. Seterusnya, bezakan papan pemotong di rumah anda. Jangan campurkan papan pemotong daging dengan papan pemotong sayur dan papan pemotong roti. Sewaktu mencuci, fokuskan cucian anda terhadap kesan potongan pisau kerana tanpa kita sedari, terdapat jutaan bakteria yang membiak di dalam ruang potongan kecil tersebut. Penulis akan memastikan untuk melalukan air panas kepada setiap papan pemotong untuk membunuh bakteria dari terus membiak.
5. Gunakan lilin aromaterapi sebaik sahaja anda selesai membersihkan dapur sebagai salah satu alternatif daripada menyembur pewangi. IMPIANA mencadangkan bauan serai atau lemon.
6. Kerap mengganti atau cuci kain langsir yang menghiasi dapur anda. Ini amat penting kerana material yang digunakan untuk kain langsir ada yang nilon, polyester, dan kain cotton. Kain cotton meresap segala partikel halus masakan anda dan ianya berisiko tinggi untuk memerap bau yang akan membuatkan anda tidak selesa di kemudian hari. Selain itu, jika anda menggunakan sistem ventilasi udara, pastikan anda mengikut jadual servis berkala yang ditetapkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tour De Force, sebuah nama yang kita akan biasa dengar di luar negara sahaja kan? Salah sekali jika anda pun berfikiran sebegitu. Ini kerana, ia adalah nama bagi sebuah rumah yang telah dikeluarkan oleh NU INFINITY malah ia berada di Selangor, Malaysia. Haaa jangan perlekeh-lekehkan orang Malaysia ya. Rumah yang kita rasa, hanya ada di luar negara, sudah ada pun di Malaysia. Di Tour De Force ini, apa yang saya boleh lihat di interiornya, ia bermain dengan konsep corak marble dan banyak pantulan digunakan seperti cermin. Kita boleh lihat, di dinding yang sebagai kaki rumah pun, ada cermin. Sungguh hebat sekali pereka rumah ini.
Beberapa info yang saya dapat dari NU INFINITY, ada sebuah pasangan pelanggan mereka menginginkan rumah baharu yang jauh lebih kecil daripada rumah lama mereka, mudah diselenggara, bergaya dan moden. Satu lagi kriteria utama ialah tiada langsir digunakan, itulah sebabnya pintu louvre pengatup boleh alih gaya resort dipilih. Ini juga bertujuan untuk menyaring sinaran matahari terbenam di luar padang golf yang tidak dapat dilihat oleh harta itu. Memandangkan ketinggian siling di Ruang Tamu, pereka memilih marmar kelabu dalam kemasan diasah dengan tepi serong pada sambungan untuk menambah kedalaman. Cermin gerbang bertujuan untuk memantulkan pantulan dalam nada kelabu yang canggih sambil menyembunyikan lajur. Di samping itu, dapur dibina dengan bijak supaya kelihatan diletakkan dengan betul di lokasi cul-de-sac itu. Keputusan untuk meninggalkan satu dinding kosong daripada almari dan menggantikannya dengan cermin berwarna kelabu meningkatkan keanggunan dapur. Terbuka semenanjung bertindak sebagai elemen perbualan di mana ahli keluarga boleh berdiri atau duduk untuk menjamu selera. Ciri siling yang dipilih dengan teliti bertujuan untuk memisahkan ruang kiri dan kanan secara senyap sambil menarik perhatian kepada laluan ke bilik tidur.
Selain daripada itu, sofa yang digunakan di situ. Fuhh material yang digunakan adalah kulit dan ada pula tempat letak kepala yang memboleh diri dalam keadaan tenang dan rileks. Ini dah jadi satu kepastian yang pemilik rumah pasti sentiasa berasa tenang apabila pulang dari kerja.
Jadi, secara konklusinya, rumah ini sememangnya rumah yang di antara yang terbaik untuk dimiliki oleh semua golongan umur.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.