Rumput tumbuh celah simen lantai retak, batu bata paver block di halaman rumah memang pemandangan biasa. Adakala sampai sakit mata dibuatnya.
Kita bina semua itu untuk elak masalah ini tapi lain pula jadinya. Supaya tak stres dengan rumput liar yang tumbuh melata ada beberapa cara yang boleh kita praktikkan.
Tip ini dikongsi oleh netizen dalam satu hantaran di laman Tukang Apa Hari Ini. Perkongsian ini dibuat selepas seorang ahli bertanya cara untuk menangani masalah ini.
Assalam macam mana nak elak dari rumput tumbuh celah batu?
Berikut adalah beberapa solusi yang dikongsi buat yang berdepan masalah sama.
Buka semula paver block kemudian alas dengan plastik khas untuk elak rumput liar bercambah. Selepas itu baru pasang semula paver block.
Tiada nisbah tepat untuk membuat bancuhan ini. Jika nak hasil lebih cepat letak cuka lebih dari air. Sembur hari ini, esok rumput akan kering dan senang cabut. Pastikan cabut rumput selepas disembur.
Selepas cabut sembur seminggu sekali. Insya-Allah rumput tak tumbuh. Selamat untuk haiwan kerana tak beracun dan batu pun kurang berlumut.
Tapi sebelum itu racun dulu rumput, selepas rumput mati cabut dan bersihkan. Selepas bersih, siram air simen di celah-celah batu.
Guna minyak hitam kereta terpakai, tuang celah-celah bata. Minyak masak terpakai pun boleh juga digunakan.
Beli garam kasar kemudian tabur pada celah batu bata atau simen. Buat pada hari yang panas. Rumput akan kering dan boleh cabut. Kemudian ulang lagi tabur garam untuk elak rumput baru tumbuh.
Sumber: Tukang Apa Hari Ini
Baca lagi: Buat Baja Sendiri Guna Rumput Liar & Air Hujan, Hasilnya Tanaman Sangat Subur!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.