Alkisah, Anak saya kena serangga. Ubat habis. Google petua guna listerine ni. Bila try mujarab trus nak try pada yg lain. Try jugak rendam kaki dgn campuran air suam dan listerine, betul la.. lega kaki. Sengal2 pun hilang. Lepas tu apa lagi try juga pada yg lain.
Listerine adalah antara benda wajib yang akan aku beli dan letakkan di dalam tandas di rumah. Aku memang selalu berkumur dengan Listerine untuk pastikan mulut aku sentiasa wangi. Aku ajar anak aku yang berumur 9 tahun untuk amalkan perkara yang sama dan ianya memang bagus untuk gigi anak-anak yang suka sangat makan benda-benda manis.
Selain daripada digunakan untuk berkumur, Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif yang korang tak pernah tahu. Mari aku kongsikan 10 cara kegunaan lain Listerine yang boleh korang amalkan.
1. Hilangkan bau busuk pada ketiak
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau tengik korang tu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah bini korang suka kena peluk selalu.
2. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga
Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam. Kalau gatal nak kahwin lain, cara ni tak berkesan.
Ads
3. Membasmi kuman di mangkuk tandas
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas korang. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. Jangan sampai korang teruja nak cium mangkuk tandas tu pula nanti, naya.
4. Membantu hilangkan kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun.
5. Menghilangkan kutu di bulu haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt.
Ads
6. Membersihkan muka yang berjerawat
Jika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat korang tak hilang-hilang, jangan korang sental dengan kertas pasir terus. Cuba korang guna Listerine pula. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Barulah berbeza rupa kau dengan jalan berturap.
7. Membasmi kuman di berus gigi
Korang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu pula berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.
8. Bersihkan skrin tv atau monitor computer
Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.
Ads
9. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah.
Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.
10. Melegakan masalah kaki anda
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat. Barulah layak kaki korang tu pakai kasut Adidas NMD.
Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Korang bolehlah cuba. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur.
* Kredit : Shairy Hanapiah
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dalam kita pening kepala nak memikir konsep deko ruangan dapur, pasti banyak perkara yang bermain di fikiran seperti pilihan material counter top, pilihan warna kabinet, berapa banyak kabinet dapur nak letak untuk ruangan simpanan dan pelbagai lagi. Perasan tak semakin lama kita buat rujukan dan kajian dekorasi dapur, perkara yang paling penting adalah penetapan warna utama. Tidak kira apa pilihan konsep yang anda mahukan seprti moden minimalist, rustic chic, monokrom, dan pelbagai lagi, tema ini akan mengikut pilihan warna anda dan susunan lain akan menyusul mengikut kesesuaian.
Usah pening dan gusar, ikuti panduan 6 pilihan warna yang sesuai untuk dekorasi dapur rumah anda.
Kuning Matahari
Seperti sinaran mentari yang menerangi segenap isi alam semesta, warna ini melambangkan sikap optimis pemilik serta elemen keriangan yang dimilikinya. Selain itu, tona ini juga mampu merangsang selera makan dan secara tidak langsung berupaya menerangi ruang kelam di dapur anda. Padankan warna kuning dengan putih untuk tampilkan dekorasi yang seimbang. Antara bahagian dapur yang sesuai untuk ditekap warna kuning ini adalah kerusi bar, dinding accent atau backsplash, pilihan warna putih dan kuning juga sesuai diletakkan di pintu kabinet atau di permukaan counter top.
Biru Navy
Jika anda sukakan ketenangan, biru navy adalah pilihan yang tepat. Namun, pilihan rona ini jarang sekali dipraktikkan. Itu tidak bermakna anda tidak boleh mencubanya, gambar di bawah ini sudah memberi bukti nyata yang ia amat sesuai untuk digunakan di dapur.
Kelabu cerah dan putih adalah warna yang sesuai untuk dipadankan dengan biru navy. Jika pilihan wall panel serta backsplash warna kelabu industri, tatahkan kabinet anda dengan warna biru navy, pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya.
Metallic Megah
Kalau anda cuba untuk menambah elemen glitz dan elegan, pilihan bijak adalah warna metallic. Ianya kerana keadaan warnanya yang bling-bling menampakkan gaya mewah di dapur anda. Penataan warna metallic haruslah hadir bersama pilihan accent tembaga dan perak (pilihan material untuk paip singki dan lampu proofread yang digantung di atas island kitchen.
Material tembaga bangkit semula sebagai warna accent yang sesuai untuk digunakan di dalam rumah. Di dapur anda boleh gantikan segala perkakas krome dengan warna tembaga, percayalah dapur anda dari biasa kepada luar biasa serta bertambah menarik. Tambah lagi dengan pilihan teko serta cawan warna tembaga.
Warna kelabu
Adalah tidak wajar untuk katakan warna kelabu adalah pilihan yang membosankan. Tona kelabu akan membuatkan dapur anda lebih elegan dan bersih serta mudah untuk dipadankan dengan pelbagai material seperti kayu dan pelbagai lagi kemasan biasa kita lihat di dapur.
Di bahagian dapur, warna kelabu sesuai untuk dipadankan dengan warna perak. Kalau peti sejuk warna perak, saluti ruang simpanannya dengan warna kelabu, sama juga apabila dapur masak warna perak, hiasi kabinet serta laci kelilingnya dengan warna kelabu.
Lubang tandas bila berkeladak memang susah nak cuci. Sebab itu jangan biar kotor dan berkeladak baru nak cuci. Kadang-kadang bila dah cuci kesan degil masih ada lagi yang tinggal. Pening bukan! Bukan sekadar kotor, dengan bau lagi yang kurang enak membuatkan kita tak duduk senang.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan :
1 cup – Sodium bicarbonate (baking soda).
1/4 cup – citric acid(boleh di cari di kedai bakery).
1 sudu hydrogen paroxide(boleh di cari di farmasi)
1 Acuan silikon.
1. Campurkan Soda Bikarbonat dan Asid Citric. Gaul rata dan pastikan tak berketul.
3. Gaul lagi sampai anda dapat rupa yang sebegini. Tak berketul dan tak terlalu basah.
4. Masukkan dalam bekas acuan dan biarkan ia selama 4 jam.
5. Selepas 4 jam keluarkan dan isi lah dalam bekas comel.
6. Sekiranya anda hendak menggunakannya, anda hanya perlu mencampakkan saja seketul ke dalam lubang tandas rumah dan masalah selama ini pun sudah selesai. Masalah tandas berkeladak pun serta merta akan hilang. Cubalah.
Perkogsian Puan Suhaili Baharudin ini mungkin boleh dijadikan tip untuk anda di luar sana. Jom kita cuba!
Barn Door ataupun pintu bangsal kini dilihat semakin mendapat tempat dihati pemilik kediaman di Malaysia. Barn door bukan sahaja dilengkapi dengan fungsi yang praktikal malah ia juga mempunyai nilai-nilai estetikanya yang tersendiri.
Set barn door yang ideal juga berupaya mengubah penampilan sesebuah ruang dengan memberikannya karakter, mahupun sebagai titik fokal yang menarik. Rekabentuk pintu seperti ini akan memberi anda kebebasan untuk bereksperimentasi dengan pelbagai konsep seperti kontemporari, moden, dan klasik.
SUMBER FOTO : PINTEREST DAN CARIAN GAMBAR GOOGLE
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.