Rupanya Macam Ni Tanam Serai dalam Pasu, Merimbun Isi Padat. Yang tak punya tanah walaupun sekangkang kera, sudah pasti tanaman berpasu menjadi pilihan. Nak bercucuk tanam dalam pasu ni, tak semudah dibatasan. Bukan sahaja teknik tanaman perlu teliti, pembajaan pun perlu dilakukan kerap supaya hasilnya menjadi macam tanam atas batas.
Antara herba yang sesuai di tanam dalam pasu adalah kari, selasih, pandan, serai dan pelbagai lagi. Tapi ramai kata tak menjadi tanam serai dalam pasu. Bukan sahaja isi kurus, serainya pun tak meriah. Nak ambil pun sayang-sayang je.
Menurut Mohd Amri, ada cara atau teknik perlu dilakukan kalau nak serai bercambah banyak dan merimbun macam tanam di tanah. Antara tip yang dikongsikan adalah seperti berikut:
PERINGKAT SEMAIAN, TANAM DAN BAJA.
1. Dapatkan serai yang lebihan anda beli di kedai atau pasaraya. Biasanya, akar sudah tiada sebab dibuang oleh pembekal. Tiada masalah, sahabat tetap boleh rendamkan ke dalam air kosong. Proses ini bertujuan untuk menggalakkan akar baru tumbuh atau bertunas. Kebiasaanya, mengambil masa 4 sehingga 5 hari. 2. Setelah akar keluar, bolehlah ambil beberapa batang dan tanam terus ke dalam tanah. Kaedahnya, saya selalu tanam secara SERONG atau lebih tepatnya pada sudut 45 darjah. Tujuan, untuk lebih cepatkan pokok membesar.
3. Kedalaman tanam ke tanah tidak perlu dalam. Sekadar menutup akar dan tidak perlu sampai menutup perut serai.
4. Jenis tanah pula, jangan guna yang terlalu poros. Pada peringkat awal, saya akan siram sehari dua kali. Sehingga stabil dan mula menampakkan daun-daun baru.
5. Pembajaan tidak perlu terlalu kerap, sekadar dua minggi sekali sama ada menggunakan baja berbentuk serbuk seperti tahi ayam, kambing, baja butiran seperti baja NPK 15:15:15 atau baja berbentuk cecair seperti baja ab.
6. Pokok serai yang matang, biasanya mengambil masa selama 5-6 bulan. Tapi, saya punya tanam dalam mac haritu, dah boleh guna untuk masak tak sampai 5 bulan pun lagi, hehe.
1. Pokok serai pun ada serangan mahkluk perosak seperti bena putih dan kulat. Justeru, boleh gunakan semburan organik seperti cuka kayu sambil diselikan dengan semburan yang telah dipelajari dari group ini. Iaitu menggunakan air rebusan cengkih, taburan kunyit atau sebagainya.
2. Selain itu, dalam 3-4 bulan sekali saya akan buat pemangkasan daub secara “ringan”bertujuan memastikan cahaya matahari sampai ke tengah rumpun. Ianya bagi mengelakkan rumpun serai terlalu lembab disebabkan daunnya terlalu lebat sehingga menutup pangkal. Apabila pangkal terlindung dari cahaya matahari, pokok mudah menjadi lembab dan serangga seperti pengorek batang menyerang dan bena putih boleh bersarang. Rupanya Macam Ni Tanam Serai dalam Pasu, Merimbun Isi Padat
Mekap bilik air guna cat epoxy dan wallpaper lantai, tak perlu ‘hack’ mozek tandas. Selalu ramai yang memilih untuk ‘hack’ atau memecahkan mozek/jubin tandas yang ingin dilakukan proses renovasi.
Tentunya proses ini memerlukan kos yang agak tinggi kerana bukan mudah untuk menyiapkan kerja-kerja memecahkan jubin lama tersebut. Tahukah anda bahawa ada cara yang lebih mudah, jimat dan mudah untuk mengubahsuai tandas anda tanpa perlu memecahkan mozek/jubin asal tandas.
Berikut langkah demi langkah untuk mengubahsuai tandas tanpa perlu memecahkan mozek/jubin lama.
GUNA CAT EPOXY IAITU CAT KHAS UNTUK MOZEK/JUBIN.
CAT TERUS MOZEK. BOLEH GUNA PRIMER TERLEBIH DAHULU.
LAPISAN PERTAMA CAT DIGALAKKAN UNTUK CAT TIGA LAPISAN UNTUK PASTIKAN CAT TAHAN LAMA.
LAPISAN PERTAMA CAT, DIGALAKKAN UNTUK CAT TIGA LAPISAN UNTUK MEMASTIKAN CAT TAHAN LAMA.
Kegunaan surat khabar dalam dekorasi rumah. Surat khabar bukan sahaja menyampaikan maklumat, malah boleh digunakan secara kreatif dalam hiasan rumah.
Adalah penting untuk memilih surat khabar dengan dakwat yang tidak luntur atau haus untuk memastikan penampilan hiasan yang tahan lama. Selain itu, pastikan anda mempertimbangkan tema dan gaya hiasan rumah anda supaya penggunaan surat khabar dapat disepadukan dengan baik ke dalam ruang.
Berikut adalah beberapa penggunaannya dalam hiasan rumah:
1. Gunakan sebagai Kertas Dinding
Surat khabar lama boleh digunakan sebagai kertas dinding untuk dinding. Kaedah ini memberikan sentuhan vintaj atau retro yang unik kepada bilik. Anda boleh melekatkan surat khabar terus ke dinding dengan gam khas atau menjadikannya lebih tahan lama dengan lapisan pelindung.
2. Karya Seni
Kertas surat khabar boleh digunakan sebagai bahan untuk membuat seni dinding. Sebagai contoh, anda boleh membuat kolaj dengan menggabungkan keratan akhbar dengan lukisan atau bingkai gambar untuk mencipta hiasan yang unik dan artistik.
3. Pembuat Bunga dan Hiasan
Keratan akhabar boleh dibuat bunga tiruan atau unsur hiasan lain. Contohnya membuat bunga daripada surat khabar yang kemudiannya boleh disusun dalam pasu atau dijadikan hiasan meja.
4. Pelapik atau Rak Laci
Gunakan keratan akhabar sebagai pelapik dalam laci atau rak buku untuk memberikan sentuhan kreatif dan mencantikkan ruang penyimpanan.
5. Lampu Hiasan
Anda boleh membuat lampu hiasan dengan menggunakan keratan akhbar untuk menutup lampu atau membuat lampu gantung kreatif. Ini boleh memberikan rasa pencahayaan yang unik dan menyeronokkan.
IMPIANA: Dengan sedikit imaginasi dan kreativiti, surat khabar lama boleh dijadikan elemen hiasan yang menarik dan berbeza untuk mengindahkan kediaman anda.
Buat para ibu bapa yang bakal dan baru sahaja menimang cahaya mata pertama, pasti berasa amat teruja untuk menyediakan sebuah bilik yang sangat cantik khas buat permata hati.
Bukan sahaja berasa teruja, malah pasti ada juga yang sudah tidak sabar untuk melakukan dekorasi bagi ruang kamar tersebut, betul tak?
Namun begitu, tidak dinafikan kadang-kadang bukan satu perkara yang mudah untuk mendapatkan sumber idea inspirasi yang menarik. Tidak mengapa, jangan anda bimbang. Mari IMPIANA kongsikan beberapa idea dekorasi bilik tidur anak yang menarik.
Bukan sahaja menarik, idea dekorasi bilik tidur ini amat sesuai bagi anda yang mengemarkan konsep dekorasi yang tampak estetik. Untuk mendapatkan hasil dekorasi seperti ini, anda disarankan untuk menggunakan pemilihan warna cat dinding dan perabot yang terang seperti putih, coklat dan kelabu.
Foto: Facebook Kakidekko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.