Rupanya Macam Ni Tanam Serai dalam Pasu, Merimbun Isi Padat

Share

Rupanya Macam Ni Tanam Serai dalam Pasu, Merimbun Isi Padat. Yang tak punya tanah walaupun sekangkang kera, sudah pasti tanaman berpasu menjadi pilihan. Nak bercucuk tanam dalam pasu ni, tak semudah dibatasan. Bukan sahaja teknik tanaman perlu teliti, pembajaan pun perlu dilakukan kerap supaya hasilnya menjadi macam tanam atas batas.

Antara herba yang sesuai di tanam dalam pasu adalah kari, selasih, pandan, serai dan pelbagai lagi. Tapi ramai kata tak menjadi tanam serai dalam pasu. Bukan sahaja isi kurus, serainya pun tak meriah. Nak ambil pun sayang-sayang je.

Baca juga: Cara Simpan Halia, Cili Dan Serai Dalam Peti Sejuk Tahan Lebih Sebulan

Menurut Mohd Amri, ada cara atau teknik perlu dilakukan kalau nak serai bercambah banyak dan merimbun macam tanam di tanah. Antara tip yang dikongsikan adalah seperti berikut:

PERINGKAT SEMAIAN, TANAM DAN BAJA.

1. Dapatkan serai yang lebihan anda beli di kedai atau pasaraya. Biasanya, akar sudah tiada sebab dibuang oleh pembekal. Tiada masalah, sahabat tetap boleh rendamkan ke dalam air kosong. Proses ini bertujuan untuk menggalakkan akar baru tumbuh atau bertunas. Kebiasaanya, mengambil masa 4 sehingga 5 hari. 2. Setelah akar keluar, bolehlah ambil beberapa batang dan tanam terus ke dalam tanah. Kaedahnya, saya selalu tanam secara SERONG atau lebih tepatnya pada sudut 45 darjah. Tujuan, untuk lebih cepatkan pokok membesar.
3. Kedalaman tanam ke tanah tidak perlu dalam. Sekadar menutup akar dan tidak perlu sampai menutup perut serai.
4. Jenis tanah pula, jangan guna yang terlalu poros. Pada peringkat awal, saya akan siram sehari dua kali. Sehingga stabil dan mula menampakkan daun-daun baru.
5. Pembajaan tidak perlu terlalu kerap, sekadar dua minggi sekali sama ada menggunakan baja berbentuk serbuk seperti tahi ayam, kambing, baja butiran seperti baja NPK 15:15:15 atau baja berbentuk cecair seperti baja ab.
6. Pokok serai yang matang, biasanya mengambil masa selama 5-6 bulan. Tapi, saya punya tanam dalam mac haritu, dah boleh guna untuk masak tak sampai 5 bulan pun lagi, hehe.


Tanah organik/ baja murah kat link ni https://invol.co/cl8ige7


PERINGKAT KAWALAN SERANGGA.

1. Pokok serai pun ada serangan mahkluk perosak seperti bena putih dan kulat. Justeru, boleh gunakan semburan organik seperti cuka kayu sambil diselikan dengan semburan yang telah dipelajari dari group ini. Iaitu menggunakan air rebusan cengkih, taburan kunyit atau sebagainya.
2. Selain itu, dalam 3-4 bulan sekali saya akan buat pemangkasan daub secara “ringan”bertujuan memastikan cahaya matahari sampai ke tengah rumpun. Ianya bagi mengelakkan rumpun serai terlalu lembab disebabkan daunnya terlalu lebat sehingga menutup pangkal. Apabila pangkal terlindung dari cahaya matahari, pokok mudah menjadi lembab dan serangga seperti pengorek batang menyerang dan bena putih boleh bersarang. Rupanya Macam Ni Tanam Serai dalam Pasu, Merimbun Isi Padat

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Impiana