Perasan tak, kadang-kadang akan ada kesan kekuningan pada bahagian bawah lengan atau ketiak walaupun baju telah dicuci. Lebih-lebih lagi pada pakaian bewarna putih. Kesan kotoran degil ini tidak hanya terdpat pada bahagian tersebut, malah juga boleh terjadi pada bahagian kolar dimana peluh selalu berkumpul.
Memang susah nak tanggalkan kesan kuning ni. Nak tak nak, terpaksa juga lah pakai kalau dah terdesak. Dan paling teruk, kita buang sahaja baju yang terjejas kerana tak sanggup menanggung malu berhadapan orang ramai dengan baju bertanda kuning pada bahagian tertentu.
Tetapi sebelum itu, apa kata anda cuba dahulu petua dari saudara Herry Rozular ini. Menurutnya, sabut ajaib yang berharga RM5.90 ini mampu menghilangkan kesan kuning pada pakaian dengan mudah. Betul-betul menakjubkan!
Menurut beliau lagi, sabun inibukan hanya boleh bantu hilangkan kesan kuning pada bahagian ketiak dan kolar baju, malah juga boleh digunakan untuk kasut yang kotor.
Inilah sabun yang disebut-sebut tu. Boleh dibeli di Daiso. Selamat mencuba!
“Masuk Daiso wajib korang grab blue stick soap ni! Sy dh lama geram dgn kotoran degil yg kuning kt part deodorant tu ? dah banyak kali sental tak hilang2 last2 try beli benda ni korang tgk la sendiri pic tu. Tu baru sekali basuh.
Sabun ni nk pakai korang kena sapu sikit kat kawasan kotoran n pakai berus utk sental. Lepas tu basuh mcm biasa. Sabun ni kat area kolar baju n kasut kotor pn boleh pakai. So lepas ni kalau kolar baju sekolah putih anak korang ada kotoran, ha cuba sental pakai sabun ni. Seketul ni RM5.90 je boleh beli kat Daiso
✌?“