Sungkupan adalah bahan daripada tumbuhan atau bahan lain yang digunakan untuk menutupi permukaan tanah. Bahan yang biasa sebagai sungkupan contohnya ialah bahan buangan kepala sawit, sabut kelapa dan plastik (silvershine) – sumber
Sabut kelapa pula merupakan lapisan atau kulit kelapa yang berwarna coklat untuk yang telah kering dan putih jika buahnya masih muda. Sabut kelapa dikatakan sesuai digunakan di taman sebagai sungkupan (mulching) kerana keupayaan dan kekuatannya menyerap dan mengekalkan kelembapan yang tinggi. Selain sebagai sungkupan, sabut kelapa juga boleh dijadikan sebagai salah satu bahan dalam penyediaan medium tanaman.
Ciri-ciri sabut kelapa
Penggunaan sabut kelapa merupakan salah satu langkah ke arah kitar semula dan environmental friendly. Ia mudah diperolehi dan disimpan sehingga apabila penggunaannya diperlukan. Namun terdapat pelbagai produk yang menjual sabut kelapa secara komersial sama ada untuk penggunaan komersial atau domestik. Sebelum menggunakan sabut kelapa yang dibuat sendiri, basuh atau rendam untuk beberapa ketika untuk membuang garam yang terdapat pada sabut tersebut. Selain itu sabut kelapa mengandungi potassium dan phosphorus yang boleh diserap oleh tumbuhan juga.
Sabut Kelapa Untuk Hidroponik
Coconut mats atau sabut kelapa yang paling kasar boleh digunakan sebagai medium tanaman hidroponik. Teksturnya yang lembut memudahkan pergerakan akar di samping ia merupakan bahan biodegradable. Sabut kelapa mempunyai kandungan potassium dan phosphorus yang diperlukan untuk membantu pertumbuhan pokok. Sabut kelapa mudah untuk dikendalikan sebagai medium tanaman hidroponik dan tidak mempunyai bau. Selepas tiga hingga empat tahun penggunaannya, sabut kelapa tersebut boleh dijadikan baja kompos di taman.
Sabut kelapa juga menyimpan lapan kali ganda kandungan air dari pada beratnya. Ia membantu tumbuhan di dalam hidroponik mendapatkan keperluan air yang secukupnya. Selain itu juga, ruang yang wujud di antara fiber sabut kelapa di dalam sistem hidroponik membekalkan 40% kandungan udara. Sabut kelapa mempunyai pH antara 6 hingga 6.7 dan ia sesuai untuk tanaman hidroponik. Tambahan pula, sabut kelapa tidak mudah dijangkiti fungus dan bakteria yang boleh memberi ancaman kepada tumbuhan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI