MENJUAL hartanah terutama rumah bukan sesuatu yang dapat diselesaikan dengan mudah kerana perlu melalui pelbagai proses.
Sebelum ini, pelakon Saharul Ridzwan atau nama sebenarnya Muhammad Saharul Ridzwan Hashim,35 dikatakan menjual rumah kediamannya yang terletak di Cyberjaya.
Menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok miliknya, pelakon drama Hati Perempuan itu memberitahu yang rumahnya kini susah ada pembeli. Akui bapa kepada tiga cahaya mata itu, biarpun rumah itu mempunyai banyak kenangan indah namun, beliau tetap mahu menjualnya.
“Bermacam-macam rasa bila rumah yang banyak kenangan ni, bakal beralih dan menjadi milik orang lain,” ujarnya.
Pun demikian, beliau bersyukur kerana segala urusan jual beli berjalan lancar dan dipermudah.
Pada masa sama, aktor itu berharap pengorbanan yang dilakukan itu dapat memberi hikmah buat dirinya dan keluarga.
Tip Jual Rumah Tanpa Ejen
Jual beli rumah ni, bukan sebarangan. Ini kerana ia melibatkan kerja-kerja berkaitan dengan surat hitam putih dan hal undang-undang lain. Menurut perkongsian propertyguru.com, sebelum jual rumah hadam dulu 8 langkah ni
Persediaan
- Semak status rumah dalam geran (master title, strata/individual title).
- Semak keluasan tanah, luas rumah, dan maklumat lain untuk iklan.
- Buat carian di pejabat tanah untuk pastikan tiada kaveat.
Melantik Peguam
- Lantik peguam yang berpengalaman dalam hartanah.
- Peguam yang mahir dapat mempercepatkan proses jualan.
- Cari peguam yang sesuai dengan jenis dan lokasi hartanah.
Iklan
- Iklankan rumah di laman web seperti Propertyguru, iProperty, dan media sosial.
- Gunakan kain rentang untuk menarik perhatian pembeli.
- Balas mesej dan panggilan pembeli dengan segera.
- Pastikan gambar rumah kelihatan cantik dan kemas.
Sesi Melawat Rumah
- Sediakan masa untuk membawa pembeli berpotensi melihat rumah.
- Atur sesi lawatan pada masa yang sesuai untuk pembeli.
- Promosikan kelebihan kawasan, kemudahan, dan suasana kejiranan.
Rundingan
- Tetapkan harga paling rendah yang boleh diberikan.
- Lakukan kajian harga pasaran dan pesaing.
- Sedia untuk proses rundingan harga dengan pembeli.
Dokumentasi & Serah Kunci
- Wang pendahuluan diberikan kepada peguam sebagai pemegang amanah.
- Pastikan pembeli lulus pinjaman rumah sebelum serahkan kepada peguam.
- Peguam sediakan dokumen perjanjian jual beli (SPA).
- Pembeli bayar wang deposit 10% setelah ditolak wang pendahuluan.
- Pemilik terima bayaran penuh setelah geran ditukar nama pembeli.
- Proses seterusnya diuruskan oleh peguam sehingga serahan kunci.
Kos Tambahan
- Pemilik perlu membayar kos seperti carian tanah, kos guaman, dan kos iklan.
- Siapkan diri dari segi masa, wang, dan tenaga untuk menjual hartanah sendiri.
Video pilihan:
Mesti Baca:Tingkat Kreativiti, 4 Tip Wujudkan Ruang Mesra Anak-Anak Di Rumah
Baca Lagi Di Sini:Rumah Rasa Panas Berbahang, Begini Cara Sejukkan Kediaman Secara Semulajadi!
Artikel Menarik: Cantikkan Bilik Anak Dengan DIY LAMPU HIASAN. Guna Kotak Terbuang Je!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Siling Rumah Bertingkat Bocor, Tanggung Jawab Jiran Atas
Bagi yang mendiami rumah bertingkat atau mempunyai strata seperti flat, apartmen, town house dan sebagainya, masalah siling bocor bukanlah sesuatu yang pelik. Yang menjadi isu adalah siapa yang harus dipertanggung jawab atau bagaimana cara untuk menguruskan isu ini lebih-lebih lagi jika tak dapat kerja sama dari unit atas?
Peguam hartanah En. Salkukhairi Abd Sukor berkongsi langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh unit yang terkesan.
Apa yang patut dilakukan jika pemilik mendapati terdapat kebocoran pada siling rumah strata mereka?
1. Buat aduan kepada pihak pengurusan (atau pemaju jika masih lagi dalam waranti).
2. Pemeriksaan akan dijalankan oleh pihak pengurusan/ pemaju di unit anda untuk mencari penyebab kebocoran dan siapa yang harus dipertanggungjawabkan. (Peraturan 57).
3. Seksyen 142 Akta Pengurusan Strata 2013 menyatakan, jika kebocoran terdapat pada siling rumah anda, maka unit di atas yang harus dipertanggungjawabkan jika tiada bukti yang menunjukkan sebaliknya.
4. Ini bukan bermakna automatik unit di atas yang mengakibatkan kebocoran. Justeru itu, pihak pengurusan boleh menjalankan pemeriksaan lanjut di unit tersebut demi mempercepatkan proses siasatan.
5. Bagaimana pula jika pemilik rumah enggan unitnya diperiksa oleh pihak pengurusan?
Menurut Peraturan 63, Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata 2015, sekiranya pemilik unit di atas anda tidak memberi akses ke unitnya untuk pemeriksaan, maka pemilik berkenaan boleh didapati bersalah dan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.
6. Jika berlaku kebocoran tersebut, daripada siapa kita boleh tuntut kerugian tersebut?
Ini bergantung sama ada harta tersebut masih dalam tempoh liabiliti kecacatan atau tidak.
Jika belum tamat tempoh liabiliti kecacatan, maka pemajulah yang perlu bertanggungjawab ke atas kerosakan itu manakala sekiranya sudah tamat tempoh liabiliti kecacatan dan terbukti unit di atas anda yang menyebabkan kebocoran, pemilik unit tersebutlah yang bertanggungjawab.
7. Kalau si pemilik unit tersebut gagal membaiki kebocoran itu sehingga menyebabkan pihak pengurusan terpaksa membaikinya, maka pihak pengurusan boleh tuntut kos pembaikan itu ditanggung oleh si pemilik unit itu.
Kalau nak tahu kupasan lebih lanjut, boleh baca terus pada perkongsian asal yang disertakan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pentingnya Miliki Insurans Rumah Ramai Yang Ambil Ringan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bukan Pakai Beli Je, Ini Faktor Yang Perlu Anda Lihat Untuk Beli Rumah
Adakah anda pasangan yang baru berkahwin atau sedang merancang untuk berkahwin dan masih tercari-cari solusi untuk memiliki kediaman sendiri? Pengalaman serta proses ini boleh menjadi sesuatu yang membebankan. Dengan harga yang diluar kemampuan, ditambah pula komitmen sedia ada, memiliki sebuah rumah ibarat impian yang mustahil untuk direalisasikan. Tetapi tidak dapat dinafikan, kehidupan harmoni sememangnya bermula dari rumah yang bahagia. Selepas penat seharian bekerja, sudah tentu kita mahu pulang ke rumah dengan tenang dan mempunyai kehidupan peribadi dan kerja yang seimbang.
Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kediaman idaman antaranya termasuklah ;
1. Lokasi yang strategik
Infrastruktur kawasan tempat kediaman yang lengkap termasuk jalinan jalan raya, kemudahan awam duntuk kemudahan pembangunan yang berada dalam kawasan tempat kediaman ahli keluarga. Pemilihan lokasi adalah penting terutamanya kepada mereka yang berulang-alik ke tempat kerja. Kawasan yang tidak terlalu sesak juga menjadi pilihan utama pembeli.
2. Persekitaran Tempat Kediaman
Keselamatan ahli keluarga patut diberikan keutamaan semasa memilih tempat kediaman, pastikan kawasan yang dipilih adalah aman dan dilengkapi dengan kawalan keselamatan seperti pengawal keselamatan dan sebagainya.
3. Kemudahan yang disediakan
Fikirkan tentang keperluan keluarga anda. Mungkin anda suka beriadah bersama, jadi pastikan kawasan yang dipilih mempunyai taman riadah sesuai untuk seisi keluarga. Kepada pasangan yang muda dan aktif pastikan tempat yang pilih berdekatan dengan gyms, pasaran membeli-belah. Keluarga yang mempunyai kanak-kanak, pastikan kawasan yang dipilih berdekatan dengan sekolah ataupun pusat perawatan seperti klinik.
4. Reputasi Pemaju
Pada masa yang sama, perkara yang kita tidak boleh pandang remeh adalah reputasi pemaju projek perumahan tersebut. Anda perlu mengkaji latar belakang pemaju dan rekod prestasi mereka.
Rumah merupakan keperluan bagi semua orang termasuk pasangan baru. Namun, jika ingin member rumah perlu mengambil kira beberapa faktor agar tidak menyesal pada kemudian hari. Kini, EcoWorld telah memperkenalkan satu program Stay2Own dengan konsep diami dan nikmati dahulu sebelum membeli kediaman, tolong anda yang ingin memiliki rumah impian penuh gaya tanpa bebanan yang terlalu tinggi.
Apa itu STAY2OWN?
Stay2Own merupakan skim pemilikan dengan konsep sewa-milik yang membenarkan anda menikmati kediaman di EcoWorld selama 5 (lima) tahun sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Ini bermakna, anda mempunyai tempoh 5 (lima) tahun untuk menikmati segala kemudahan dan fasiliti yang terdapat di dalam kawasan EcoWorld tanpa proses yang rumit dan beban yang keterlaluan.
Kelebihan S2O?
1. Bayaran pendahuluan yang rendah – Hanya perlu deposit sewa sebanyak tiga bulan sebagai pendahuluan. Wow!
2. Nikmati sebelum beli – tinggal di rumah impian anda dengan segera dan nikmati gaya hidup yang selesa sehingga lima tahun sebelum membuat keputusan untuk membeli. Tidak perlu tergesa-gesa!
3. Penjimatan dari bayaran sewa – sekurang-kurangnya 30% daripada bayaran sewa anda boleh digunakan untuk membayar sebahagian daripada deposit kediaman tersebut.
4. Harga kediaman kekal – peluang ‘mengunci’ harga pembelian kediaman. Anda boleh memilih untuk teruskan dengan ‘Option to Buy’ antara akhir tahun pertama hingga tahun kelima, memberikan fleksibiliti buat pembeli.
Pasti ramai di luar sana baru menyedari lebih indah memiliki sebuah kediaman sendiri dari menyewa seumur hidup. Dengan tawaran sebegini pasti ramai mampu memiliki kediaman idaman mereka. Tunggu apa lagi, kunjungi ruang pameran EcoWorld berhampiran anda atau layari www.ecoworld.my/hope
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI