Akhir bulan lepas, agak viral apabila tindakkan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lupur (DBKL) mengambil tindakkan terhadap penduduk di sekitar seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang booking petak parkir kereta yang disediakan di kawsan flat dan PPR. Perkara ini bukan lah sesuatu yang baru, malah sudah lama menjadi isu dan bukan hanya di Kuala Lumpur malah di serata penempatan yang mempunyai jumlah penduduk yang padat.
Pengarah Penguatkuasa DBKL, Azman Mahmood, berkata setiap parkir disediakan adalah kemudahan umum atau awam untuk semua penduduk dan bukan parkir tetap untuk mereka.
“Konsepnya mudah, siapa cepat dia dapat parkir berkenaan dan ia disediakan untuk semua penduduk di kawasan berkenaan.
“Parkir berkenaan tidak boleh dikuasai atau dimonopoli pihak tertentu dengan meletakkan objek sebagai penanda atau booking.
“Sekiranya ada penduduk menggunakan satu petak parkir hari ini, belum tentu pada keesokan harinya atau hari akan datang parkir berkenaan adalah untuk kegunaan penduduk itu sahaja,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ada antara penghuni menggunkan tong minyak, botol, tong cat, tayar, besi dan sebagainya yang di letakkan di dalam kotak parkir sebagai tanda booking. “perbuatan meletakkan objek sebagai petunjuk bahawa parkir berkenaan dimiliki adalah salah dan boleh dikenakan tindakkan, tambah En Azman Mahmod.”
Rata-rata bersetuju dengan tindakkan yang dilakukan oleh pihak DBKL. Jadi, bagi anda yang menerima nasib yang sama, ini tidakkan yang boleh anda lakukan
BUAT ADUAN BERAMAI-RAMAI DI PEJABAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Kalau setakat seorang dua memang tak jalan. Kalau boleh, pakat ramai-ramai pergi buat aduan