Selain kabinet, dinding, lantai dan perabot, pencahayaan lampu juga antara unsur utama dalam tata hias kediaman. Penggunaan lampu adalah minimum pada waktu siang kerana kita lebih banyak menggunakan cahaya natural.
Waktu malamlah kita bergantung sepenuhnya terhadap cahaya lampu khususnya dalam rumah. Maka, pentingnya untuk tahu cara menggunakan peralatan lampu. Selain sebagai perhiasan, elemen pencahayaan lampu juga membentuk gaya hidup pemilik.
TIP-TIP MEMILIH LAMPU UNTUK KEDIAMAN ANDA!
1.Jika anda sedang mengubah suai rumah namun mempunyai bajet yang terhad, mulakan pemilihan lampu di ruang makan atau ruang tamu.
2.Pilih lampu meja dan lampu berdiri sekurang-kurangnya 2-4 biji bagi memudahkan anda untuk melakukan quick makeover di ruang rumah. Mudah juga untuk anda mengalihkannya mengikut kehendak.
3.Jika anda mahukan tarikan pada dinding, gunakan sebiji lampu dinding yang cantik agar dapat memberikan pancaran cahaya lampu yang kreatif dan unik pada dinding.
4.Jika almari pakaian anda kelihatan gelap atau suram, lekatkan sahaja bal LED tap-on agar mudah untuk anda melihat barang-barang di dalamnya. Ia mudah dipasang dengan menggunakan pelekat sahaja tanpa aliran elektrik. Maka, anda boleh menjimatkan kos pemasangan lampu di almari.
5.Kini, semakin kurang pemilik rumah yang menggunakan siling plaster dan lampu sorot ke bawah atau downlights kerana lampu tetap di siling lebih nampak hebat. Jika anda mahukan pencahayaan lampu yang lebih cerah, tambahkan sahaja lampu meja atau lampu berdiri.
Sumber: Amy Mohd
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: “Ada Bakat ID Tak I?..” Kilafairy Tunjuk Skil Ubah Suai Kediaman Dibeli 2 Tahun Lalu, Siap Dapat Pujian Warga Maya!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI