Jangan ada yang tidak tahu, sebenarnya ada beberapa jenis pokok yang baik untuk sebagai tanaman di kawasan laman rumah mengikut kepercayaan agama Islam. Pokok-pokok ini dipercayai amat baik sekiranya ditanam kawasan laman rumah kerana berupaya menjadi sebagai pendinding kepada kediaman anda daripada dimasuki oleh makhluk yang jahat seperti Jin dan Iblis.
Bagi yang masih belum mengetahui perkara ini, sudah pasti anda ingin mengetahui jenis-jenis pokok tersebut. Oleh itu, mari IMPIANA kongsikan bersama anda antara pokok yang sesuai untuk dijadikan sebagai tanaman di kawasan rumah.
1.Pokok Durian Belanda
2.Pokok Limau Nipis
3.Pokok Limau Purut
4.Pokok Bidara
Keempat-empat jenis tanaman pokok ini dipercayai berupaya untuk menghalau makhluk yang jahat seperti Jin dan Iblis daripada memasuki ke ruang dalam rumah.
Perkongsian ini boleh dijadikan sebagai ilmu pengetahuan serta panduan kepada semua yang beragama Islam dalam usaha mencegah perkara yang tidak baik berlaku di dalam kediaman anda.
Namun begitu, anda harus mengetahui tanaman jenis-jenis pokok ini bukan bererti kita bergantung sepenuhnya kepada pokok tersebut sebagai pelindung tetapi sebagai salah satu ikhtiar atau langkah yang boleh anda lakukan untuk menghindari daripada perkara buruk yang tidak diingini berlaku.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Meja Kopi Yang Sesuai Untuk Peminat Gaya Moden & Unik