Daripada berdiri dengan penuh bangga dengan tradisi Malaysia dan Sweden sehingga kepada rasa cinta terhadap makanan, IKEA akan menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia ini dengan menawarkan pelbagai juadah kegemaran tempatan serta tawaran eksklusif untuk bulan ini sahaja!
Ini dilengkapkan lagi dengan komitmen kami untuk mengurangkan pembaziran, dengan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil langkah kecil ke arah gaya hidup lebih lestari. Bagi mewujudkan kehidupan yang lebih baik di rumah buat rakyat Malaysia dengan penyelesaian yang berfungsi dan lestari, kami turut bekerjasama dengan perusahaan sosial tempatan, Batik Boutique untuk menghasilkan pembungkus bekas makanan yang cantik yang mencerminkan warisan unik kita.
Pembungkus bekas makanan buatan tangan ini diilhamkan daripada warna diraja bendera Sweden serta motif batik tradisional kita, yang melambangkan kekayaan warisan Malaysia. Menyantuni komuniti tempatan yang kami kasihi, pembungkus ini merupakan hasil tangan tukang-tukang yang mahir, dihasilkan melalui teknik batik tradisional yang menghidupkan ciri keunikan pada setiap helai. Bukan sahaja cantik dilihat, pembungkus ini juga ada banyak penggunaan, baik sebagai hiasan mahupun aksesori fesyen untuk menzahirkan kebanggaan kita sebagai anak Malaysia!
Ads
Mulai 16 hingga 18 September, IKEA akan menawarkan pembungkus bekas makanan edisi terhad ini, eksklusif untuk ahli IKEA Family dengan perbelanjaan minimum RM400 di gedung IKEA.
Ads
Mulakan hari anda dengan juadah tempatan yang enak-enak belaka!
Setiap rakyat Malaysia pastinya setuju, makanan dan warisan budaya kita berpisah tiada. Malah, sesi makan bersama-sama rakan dan keluarga sememangnya satu detik kegemaran kita semua. Berinspirasikan budaya dan citarasa Malaysia dari kesemua 13 negeri, IKEA telah menghimpunkan satu rangkaian juadah kegemaran tempatan untuk memenuhi selera daripada mi soto yang panas-panas, sehinggalah mi rebus serta nasi lemak istimewa yang lazat.
Ads
Ceriakan setiap hari anda dengan beraneka pilihan sarapan pagi yang lazat mulai 11 September di Restoran Sweden IKEA yang tersedia dari pukul 9.30 pagi. Lihat tawaran terkini kami di IKEA.my/restaurant.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mesti ramai yang akan atau sudah memulakan perjalan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab untuk pergi mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal dijalankan pada 19 November depan.
Tetapi ingat, dalam kesibukan menunaikan tanggungjawab kepada negara, ada perkara lain yang lebih mustahak perlu ada lakukan iaitu langkah keselamatan sebelum pulang ke kampung. Bukan apa, khuatir nanti, dah sampai kampung baru teringat rumah tak dikunci rapi.
Jadi, pastikan sebelum anda memulakan perjalanan, pastikan anda buat 10 perkara ni:
1) Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan baik supaya tidak mudah dipecah atau diumpil.
2) Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.
3) Jika ada “auto timer” lampu. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi setiap hari.
4) Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik jika ada.
5) Jangan biarkan binatang peliharaan kebuluran semasa bercuti.
6) Maklumkan kepada jiran yang tidak pulang ke kampung dan berikan nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa semasa ketiadaan di rumah.
7) Pastikan tiada barang² kemas seperti emas, wang tunai, barang berharga dan sebagainya di dalam rumah atau disimpan di tempat yang selamat.
8) Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah mengetahui rumah ditinggalkan kosong.
9) Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan di rumah.
10) Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal dan berikan maklumat seperti Nama, Alamat, Nombor telefon yang mudah dihubungi, Tarikh berlepas dan balik juga Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Biru sering dikaitkan dengan kemewahan dan gologan bangsawan. Ini kerana masyarakat Mesir Kuno berjaya menghasilkan warna yang dikenali sebagai Egyptian Blue1 (atau cuprorivaite). Warna ini dipandang tinggi dan digunakan dalam barang perhiasan diri, seramik, patung bahkan di dalam makam firaun yang hebat. Oleh sebab itulah, warna ini kemudiannya dikaitkan dengan kerabat diraja, sebagai simbol prestij dan kedudukan.
Mengapa? Kerana untuk satu tempoh yang lama, satu-satunya cara untuk menghasilkan warna biru adalah dengan mengikis pigmen warna daripada batu permata yang sukar dijumpai pada masa dahulu, Lapis Lazuli1. Kesukaran untuk menjumpai batu permata ini juga bermakna hanya mereka yang berkemampuan sahaja yang ada akses kepada warna berkenaan.
Lama-kelamaan, warna biru mula berkembang dan kini dianggap sebagai salah satu warna yang popular. Ini disokong oleh tinjauan yang dilakukan oleh AkzoNobel baru-baru ini, dengan 21 peratus responden memilih warna biru sebagai warna pilihan utama mereka, sambil menyatakan warna biru sebagai warna yang memberi mereka paling banyak keseronokan. Mengapa? Kerana kami percaya warna ini mengingatkan kita kepada langit dan laut, dan ia juga terbukti secara saintifik2 bahawa warna biru membantu memupuk perasaan tenang atau damai serta ia juga sering dikaitkan dengan ketenteraman dan rasa selamat (anda perasan pakaian seragam polis juga berwarna biru?).
Hasil tinjauan itu juga menunjukkan bahawa biru adalah salah satu daripada warna utama yang membantu meningkatkan mood anda. Kemungkinan besar inilah sebabnya mengapa warna biru disarankan di lokasi yang sangat meresahkan dan menekankan seperti pejabat. Penggunaan lain untuk warna biru adalah di ruang tamu. Di sinilah keluarga biasanya menghabiskan masa mereka bersama dan warna biru membantu mengatur mood untuk perbualan santai sambil mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
Biru juga bersifat versatil dan serasi bergandingan dengan warna-warna lain seperti putih, kelabu dan hijau. Biru itu sendiri mempunyai 24 nada warna, memberikan anda banyak pilihan. Nada biru yang berbeza juga boleh digunakan sebagai ekspresi kemewahan, dan jika digunakan sebagai penyerlah dalam ruangan, boleh memberikan hasil akhir yang mempunyai kelas tersendiri dan sofistikated. Sebagai contoh, warna biru tua sejati boleh mencetuskan nuansa bangsawan yang mendalam, di samping memberikan sentuhan tersendiri kepada ruang tersebut.
Sekiranya anda mencari inspirasi tentang cara menggunakan warna biru di tempat tinggal anda, jangan risau kerana AkzoNobel, pengeluar jenama cat hiasan terkemuka Dulux, hadir untuk membantu anda. Dengan nada warna biru yang berbeza, ruang di rumah anda boleh berubah untuk menjadi tempat santai yang menenangkan.Page Break
Kanvas putih, berus biru
Putih dan biru adalah gabungan klasik yang terus bertahan dalam merentas ujian masa. Beberapa barangan, seperti tembikar, didapati dicat dalam kombinasi ini, daripada corak China kuno hinggalah ke corak Slavic abad ke-18. Gandingan ini masih digunakan secara meluas oleh penghias terkenal pada masa kini. Oleh kerana warna biru terdapat dalam corak dan perincian kecil, ia meningkatkan kesan putih dengan melebarkan ruang dan menjadikan bahagian dalam lebih luas. Malah warna yang lebih gelap seperti biru kelasi boleh dipadankan dengan warna putih untuk menjadikan bilik yang lebih kecil tampak lebih luas; kombinasi warna seperti ini boleh menyerlahkan lagi ruang tamu anda.
Nada Kelabu
Disebabkan kesamaan julat warna, kita akan berasa selesa untuk berada dalam lingkungan kombinasi kelabu dan biru. Suasananya santai dan menenangkan, di sambil memberikan nuansa yang suram namun elegan. Oleh itu, kombinasi warna ini sesuai untuk ruang seperti di bilik tidur, ruang tamu atau pejabat – tempat tempat yang anda banyak menghabiskan sebahagian besar masa anda. Dengan memilih warna lembut untuk bilik, anda akan mendapat suasana yang hebat untuk berehat dan segar semula.
Bumi & Langit
Dengan menggabungkan nada biru yang berbeza, anda akan seolah-olah berada di dalam bilik yang luas dan menenangkan. Dan seperti set ruangan di sini, bilik ini dihiasi sedikit dengan warna-warna bernada coklat yang hangat. Gabungan ini membantu mengurangkan keamatan dan sedikit melembutkan tona pada warna biru. Ini merupakan pilihan warna yang sesuai untuk bilik permainan atau taman asuhan anak anda. Untuk menyokong pandangan ini, kajian menunjukkan bahawa warna biru membantu meningkatkan kreativiti3, dan merupakan persekitaran yang baik untuk pertumbuhan anak anda.
Pati Biru
Hijau dan biru sentiasa serasi apabila digandingkan bersama. Tidak hairanlah warna-warna yang serupa dan saling berkait ini diletak berdekatan di palet warna. Dan tidak sia-sialah juga ia disebut warna pelengkap, kerana kedua-dua warna ini memberi kedamaian dan ketenangan. Walaupun begitu, gandingan dua warna ini baru saja popular. Gabungan warna biru dan hijau menjadikan ruangan lebih bersemangat, harmoni dan memberikan kesan kedalaman. Gandingan dua warna ini yang cerah atau pudar akan nampak cantik untuk bilik kanak-kanak, sesuai untuk anak perempuan atau lelaki
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Hujan lebat awal pagi semalam mengakibatkan kejadian bencana tanah runtuh setinggi 30 meter di Taman Melawati, Ampang.
Hal ini turut dikongsikan oleh penyampai radio Sharifah Shahirah berkenaan bencana berkenaan. Malah, selebriti ini sempat memuat naik hantaran berkenaan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang.
Penyampai Sinar FM Situ berkongsi kejadian sama yang berlaku di kawasan kediamannya.
“Next to our house Taman Melawati.
“Semoga dipermudahkan urusan. Anak-anak kawan kita duduk situ. Jadi depan mata kawan anak kita tadi ni.
Pukul 9.40 pagi kita hantar anak pergi kolej lalu situ tadi,” kongsi selebriti mesra disapa Shiera itu.
Terdahulu, beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar terhalang susulan dilanda banjir kilat pada pagi Selasa.
Menerusi video yang tular, kejadian menunjukkan runtuhan tanah berlaku berhampiran kawasan perumahan. Beberapa pokok tumbang di sekitar rumah dan kenderaan penduduk akibat aliran air deras dari bukit.
Beberapa penduduk turut memuat naik video insiden itu di media sosial memaparkan kerosakan yang berlaku.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.